67

Romance Completed 51694

"So inilah ye janda yang nak kahwin dengan Firhan tu?" Tanya Sharina sewaktu dia melihat Julia sedang duduk disofa bersama Maryam, Puan Sri Safiah dan adik-adik Firhan yang lain.

Julia menelan air liur. Dapat dirasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Patutlah dia rasa tidak sedap hati untuk kesini.

" Apa ni Ina cakap macam ni?" Tegur Puan Sri Safiah.

"Ina tanya yang betul je mak lang. Betul lah ni kan perempuan yang Firhan suka sangat tu. Dah jadi janda dah kan? Anak satu?" Selamba dia mengambil tempat disalah satu sofa.

"Tak, apa masalah Kak Ina ni? Kenapa nak tanya macam tu?" Tanya Farisya tegas.

"Apa salah akak? I'm just stating the obvious. Akak ada je tunggu bang chik, anak dara lagi, last-last janda juga bang chik kejar. Tahu macam tu better akak jadi janda anak satu awal-awal. Mesti bang chik suka akak kan?" Balas Sharina.

Julia hampir menangis disitu. Tak pernah lagi dia berhadapan dengan situasi sebegini selama hidup. Dia hanya menunduk memandang wajah Maryam dan kedua tangannya menutup telinga Maryam. 'Ibu minta maaf Maryam, Maryam kena dengar benda-benda macam ni'.

Dia hanya hadir sebagai kawan Firhan, juga sebagai tanda mengenang jasa Firhan serta keluarganya. Bukan kerana dia sudah menerima Firhan dalam hidupnya.

"Bang chik dengan mak lang tak takut ke? Orang ni jadi janda mestilah sebab dia bermasalah. Sebab tulah diceraikan. Kau pun pandai je ambik kesempatan kan? Mesti kau nak bang chik sara hidup kau anak beranak. Tu yang kalut nak kahwin dengan bang chik lepas kena cerai" Sharina masih seronok berhujah.

"Sharina...!" Jerit Firhan. Dapat dilihat urat yang menegang di leher dan pipi Firhan yang sedang menahan marah. Disisinya ada Tan Sri Hamzah dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Sharina terdiam menelan air liur.

Firhan mengatur langkah ke arah Julia. Maryam diambil dari pangkuan Julia.

"Sini sayang baba. Ju, jom kita pergi duduk tempat lain" Lengan baju Julia ditarik.

"Sekali lagi bang chik dengar Ina cakap yang bukan-bukan pasal Julia, bang chik takkan anggap Ina adik bang chik lagi dah"

"Hanya untuk orang luar ni bang chik dah nak tolak Ina?"

"Bang chik sayang ina macam bang chik sayang Farisya, Farahanim. Tak pernah lebih dari tu. And mind your words, Ju bukan orang luar untuk bang chik dan family bang chik" Marah Firhan. Suaranya ditahan agar tidak mengejutkan dan menakutkan Maryam.

"Macam ni punya rapat kita dua, bang chik boleh cakap yang bang chik sayang Ina macam adik? Bang chik tipu. Bang chik bagi harapan lepas tu bang chik juga yang sakitkan Ina. Lama Ina tunggu bang chik. Senang-senang je bang chik tolak Ina untuk perempuan ni dengan anak dia"

Album gambar dibuka dan dicampak ke kaki Firhan. Terpapar gambar mereka bersama-sama sepupu yang lain, namun Firhan dan Sharina lebih mesra. Julia sekadar melihat sekilas. Firhan sudah bertambah bengang. Julia mengambil Maryam dari Firhan.

"Saya minta maaf sebab dah buat cik dan Firhan salah faham dan bergaduh. Saya dengan Firhan tak ada apa-apa hubungan. Kami cuma kawan. Saya dengan anak saya minta maaf sekali lagi. Kami balik dulu. Mama, daddy, Ju dengan Maryam balik dulu ye. Ju minta maaf sebab kedatangan Ju dengan Maryam buat mama dan family bergaduh dengan cik ni" Julia mencapai beg lampin Maryam dan beg tangannya serta disangkut ke bahu.

Setelah menyalami tangan Puan Sri Safiah, Julia mahu segera keluar dari situ. Dia terasa sesak. Namun pergerakannya dihalang oleh Puan Sri Safiah.

"Jangan balik lagi sayang. Ju tak ada salah apa-apa pun. Anisah, suruh Ina ni balik. Mak lang tak pernah ajar Ina jadi kurang ajar. Tapi kalau macam ni perangai Ina, baik Ina balik lepas tu tak payah datang rumah mak lang lagi"

"Tak apa, biar Ju dengan Maryam balik dulu" Julia menarik tangannya lembut dari pegangan Puan Sri Safiah.

"Baguslah kalau sedar diri. Silakan balik sekarang. Tak payah datang sampai bila-bila lagi dah" Lantang Sharina bersuara.

Firhan sudah mencerlung matanya mendengar kelantangan mulut Sharina.

"Ju no, jangan balik lagi. I hantar nanti. Tunggu dulu. I have something for Maryam" Lengan Julia dipaut lembut. Beg tangan dan beg Maryam juga diambil dan sudah bertukar bahu.

"Sharina pergi balik. Jangan buat kacau dekat majlis rumah pak lang. Ina tak ada hak nak cakap macam tu dekat tetamu pak lang. Memalukan betul, pak lang bagi sekolah belajar sampai universiti, macam ni perangai dan kelakuan Ina?"

Julia resah. Telefon bimbit dipandang. Pemandu Grab itu sudah tiba dihadapan rumah Firhan. Firhan yang memahami terus keluar, duit not 100 dikeluarkan dan diberi kepada pemandu Grab itu. Permohonan maaf diucapkan berkali-kali. Nasib baik pemandu Grab tu memahami.

Share this novel

Novelette
2020-12-19 23:14:34 

Salah cara nak pikat Firhan.

Syifa Umairah
2020-12-19 23:13:07 

sharina ni adab dia kelaut


NovelPlus Premium

The best ads free experience