41

Romance Completed 51694

Sedang Julia makan di beranda rumahnya bertemankan Ammar, Ammar memberitahu julia tentang keputusannya menyewa rumah kosong disebelah rumah Julia.

"Hah? Kenapa?" Tanya Julia.

"Boleh tengok-tengok Ju dengan baby masa pantang. Lagipun, abang dengan Hafiz pindah sini mulai bulan depan. Sebab abang jaga kedai babah yang dekat Kuantan ni"

Julia terangguk-angguk sambil terus menyuap makanan. Ammar pula leka memandang wajah Julia yang masih menyuap makanan. Dapat dilihat pipi Julia yang mulai kembang berbanding awal mereka berjumpa.

"Eh sorry, Ju makan tak pelawa langsung" Ucap Ju menyedari keterlanjuran perbuatannya.

"Hahaha, biar jelah Ju makan. Kami tak apa, tak mengidam" Tutur Hafiz sambil tergelak. Fatimah juga kelihatan berselera makan.

"Tak apa, mereka boleh pergi IKEA bila-bila masa je. Kita ni nak sampai sana kena drive 3 jam setengah baru sampai. Tu pun kalau tak kena pusing cari tempat letak kereta kosong, entah-entah jadi 4 jam" Fatimah menyuap karipap ke mulutnya.

"Malam ni boleh tidur lena-lena ye baby. Jangan suruh ibu kejut bonda malam-malam cari meatball" Sambung Fatimah.

Walaupun mereka semua tergelak dengan ayat yang keluar dari mulut Fatimah, hati Ammar, walaubagaimanapun, terasa perit. Sepatutnya di waktu begini, dia yang melayan karenah Julia. Sama-sama mencari makanan di waktu malam, atau ke tempat jauh semata untuk memenuhi kehendak Julia mengidam.

Birai matanya terasa panas. Ammar berdehem seketika kemudian dia mula bertanya.

"Ju ada nak makan apa-apa lagi?"

"Sekarang tak ada dah. Ni dah dapat ni" Makanan dalam bekas itu ditunjuk. Julia sedar akan riak wajah Ammar yang berubah, namun dia biarkan sahaja. Dia dan Ammar sudah tiada apa-apa hubungan.

"Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Kami gerak dulu lah. Kan Am?" Tepuk Hafiz pada belakang Ammar.

"Ha ye. Kami gerak dulu. Nanti ada apa-apa Ju beritahu je abang yea" Ammar sudah ke pagar diiringi Julia sementara Hafiz sudah masuk ke dalam kereta. Fatimah masih di beranda rumah Julia.

"Assalamualaikum, laaa Am ada kat sini ke?" Tegur Kak Adah.

"Waalaikumussalam, ye kak. Akak buat apa kat sini?" Tanya Ammar.

"Akak nak hantar nasi ni dekat Cikgu Ju. Memang akak selalu hantar awal. Akak tak tahu pula rupanya kamu ni suami Ju" Ammar menunjukkan riak wajah terkantoinya. Julia melihat Ammar dan mengangkat kening, meminta penjelasan diberikan nanti.

"Akak kenal ke abang?" Tanya Julia. Hendak
disebut nama Ammar takut menimbulkan curiga pada Kak Adah.

"Apa tak kenalnya, Am lah yang buat kenduri doa selamat setiap hari Jumaat tu. Akak tak tahu kamu isteri dia. Itu yang akak datang hantar makanan ni" Panjang lebar Kak Adah bercerita.

Julia terkedu. Ammar pula menunduk sahaja ke bawah. Kakinya menguis pasir yang ada.

"Malam ni kamu datang ke?" Tanya Kak Adah lagi.

"Datang kak. Tapi saya hantar kawan saya balik hotel dia sekejap. Nak tukar baju" Emmm menipu lagi kali ni. Tapi takkan nak beritahu yang dia dengan Julia tidak serumah.

"Oh yelah. Hati-hati. Jumpa kamu nanti. Akak balik dulu lah ye Ju. Ni untuk kamu. Am nanti makan kat sana ye" Bungkusan makanan bertukar tangan. Kak Adah sudah berpamitan untuk pulang.

Pandangan mata Julia masih menikam wajah Ammar.

"Err, abang balik hotel dulu dengan Hafiz" Cepat-cepat dia meminta diri.

"Okay, but you owe me an explanation Ammar Sidqi" Alamak, kalau Julia dah sebut nama penuh tu, memang keadaan tidak selamat dah buat Ammar.

"Okey" Reda dan bertabahlah Ammar oii.

Even in a crowded room, I'd still look for you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience