63

Romance Completed 51694

"Sunyi rumah bila Maryam dah balik Kuantan, kan bang?" Ujar Puan Sri Safiah. Tan Sri Hamzah yang sedang membaca buku mengangguk.

"Syakir dengan adik-adik pun tak habis-habis tanya bila Maryam nak datang semula" Jawab Tan Sri Hamzah.

"Kalau Firhan nak Julia, abang restu ke?" Duga Puan Sri Safiah.

"Apa masalahnya sampai saya tak nak restu?" Balas Tan Sri Hamzah dengan soalan semula.

"Yalah, status Ju tu, abang tahu kan?" Terang Puan Sri Safiah.

"Tak kemana pasal status tu. Asal bukan tunang orang, bukan isteri orang, cukuplah. Lagi pun, saya nampak, sejak Firhan jumpa Julia semula, dia nampak lebih hidup. Awak faham tak maksud saya?" Ujar Tan Sri Hamzah.

"Abang pun nampak? Saya ingat saya je yang rasa macam tu. Saya macam nampak sikap dia masa dia mula-mula jumpa Ju dekat asasi dulu. Masa dia sekelas dengan Ju. Masa dia satu kumpulan untuk tugasan dengan Ju. Dia ceria. Dia, hidup! Sampailah Ju kahwin. Dia berubah. Jadi pendiam sangat. Banyak memendam. Masuk TUDM semata untuk ubati hati" Air mata yang mengalir dikesat.

Masih jelas difikiran Puan Sri Safiah saat Firhan kembali ke rumah dengan linangan air mata. Hanya kerana Julia cakap 'I can' t'.

"Asal anak kita bahagia, saya doakan kali ni Firhan dapat bersatu dengan Julia. Saya suka tengok Firhan yang sekarang abang. Dia dah mula banyak cakap, banyak senyum, banyak gelak. Muka dia berseri sangat. Saya suka tengok anak saya bahagia macam tu" Sambung Puan Sri Safiah.

"Awak ibu, kena banyak doakan untuk Firhan, untuk anak-anak kita, untuk cucu-cucu. Jangan putus asa. Saya pun suka tengok Firhan bahagia macam tu. Macam awak cakap, dia nampak hidup. Bila Ju setuju je, kita terus pergi jumpa keluarga dia ye Yah" Tangan isterinya diraih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience