50

Romance Completed 51694

Gambar Julia ditenung lama. Rindu.

'Ju, bodoh ke saya bila saya masih mengharapkan adanya jodoh antara kita berdua?'

~Flashback~

Selesai mengemaskan pemakaian tudungnya, Julia melihat jam kecil diatas meja belajar. 9.15 pagi. Kelas pukul 8.30 - 10.00 paginya dibatalkan hari ini. Jadi setelah mandi, mencuci baju, menyidainya dan solat subuh, dia menyambung menyiapkan sedikit tugasan yang perlu dihantar minggu hadapan.

Rakan-rakan sebilik yang lain sudah lama meninggalkan bilik, samada untuk kelas pagi mahupun perjumpaan secara berkumpulan untuk menyiapkan tugasan di kawasan bangunan kuliah Human sciences yang dipanggil Center. Berdekatan bangunan kuliah ini ialah pintu masuk tingkat bawah masjid untuk perempuan dan juga beberapa kedai serbaneka serta kedai fotostat.

Namun kerana kelas pukul 10 pagi nanti ialah di bangunan Administration, Julia perlu keluar lebih awal kerana hostelnya jauh kedalam kira-kira hampir 3KM. Dengan berjalan kaki mengambil masa kira - kira 20 ke 25 minit.

Andai bernasib baik, dia boleh menaiki bas universiti dan menjimatkan masanya. Julia mengunci pintu bilik. Dia mulai menuruni anak tangga dan mula berjalan menuju ke pagar hostel untuk keluar. Ahaa, ada bas sedang menunggu di depan pagar. Segera dia memanjat tangga bas.

Kelas pagi Amalin berjalan seperti biasa jadi hari ini Julia berseorangan ke kelas. Julia melihat jam tangannya. 9.45 pagi. Patutlah kelas ni tak habis lagi. Awal lagi ni. Julia hanya menunggu di koridor kelasnya. Pensyarah dan pelajar yang menggunakan kelas ini akan tamat kelas mereka pada pukul 10 pagi nanti, jadi dia perlu menunggu sedikit.

Matanya melilau mencari kelibat Amalin namun masih belum ada. Notanya dibaca sekali lalu buat kali kedua sebagai persediaan untuk kelas ini. Khusyuk sekali.

"Mereka tak keluar lagi?" Tanya satu suara. Julia segera berpaling mencari tuan punya suara. Dia kenal pemilik suara itu. Ahmad Firhan Haikal, a.k.a jejaka yang disukai Amalin dalam diam. Dari Amalin dia mengetahui segalanya tentang Firhan. Jumlah adik beradiknya, bapanya yang berpangkat Tan Sri. Gigih Amalin mencari maklumat pasal jejaka ini.

"Belum" Jawab Julia sopan.

Firhan mati kutu mahu menyambung perbualan. Namun ini peluangnya. Dia sedang berdua dengan gadis yang disukainya hampir 2 tahun. Selalunya Julia berdua dengan Amalin, yang setiap kali bercakap seolah cuba menggodanya. Firhan tak gemar begitu.

"Nota ni dapat mana? Boleh tak kalau nak pinjam untuk fotostat?" Tanya Firhan. Padahal dia dah pun ada nota subjek ini.

"Dapat dari senior. Boleh je. Lepas kelas nanti ambil dengan saya" Balas Julia lurus.

Firhan melompat kegirangan namun cuma dalam hati. 'Good move Fir!'. Satu demi satu pertanyaan dilontarkan Firhan, dan Julia dengan lurusnya menjawab. Menghasilkan satu perbualan yang yang menyeronokkan bagi mereka, dihiasi gelak tawa mereka berdua, sehinggalah Amalin tiba.

"Hai Ju, hai Fir, seronoknya korang sembang" Tegur Amalin, cuba untuk menyertai perbualan mereka berdua.

"Hai Amalin, tak ada sembang apa pun, Firhan nak pinjam nota je ni" Balas Julia.

"Hai Amalin. Ok Ju, nanti lepas kelas ye" Firhan mengingatkan.

"Fir, kalau you nak pinjam nota I pun boleh... Eh alamak, ada conteng pula" Amalin yang tadinya galak membelek notanya segera menutup nota itu. Malu dengan Firhan. Contengannya adalah sesuatu lukisan yang berbentuk bunga, kereta ataupun watak anime tatkala dia kebosanan didalam kelas.

"Tak apalah, I pinjam nota Ju je. Thanks by the way!" Jawab Firhan.

"Ju bagi I nombor telefon you boleh ke? Senang nak pulang nota ni nanti" Sambung Firhan. Nulia hanya mengangguk dan memberikan Firhan nombor telefonnya.

"Nanti dia dah mesej you, jangan lupa bagi I nombor telefon dia dekat I" Bisik Amalin semasa mereka mula mengambil tempat masing-masing didalam kelas.

Julia hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience