24

Romance Completed 51694

"Semua hal-hal menyedihkan datang menyerang fikiran. Macam rakaman yang dimainkan semula berulang-ulang. Setiap kali teringat, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya tertanya-tanya, besar sangat ke kesalahan saya sibuk bekerja sampai awak buat saya macam ni?

Hari-hari saya tanya diri sendiri, apa yang saya boleh buat untuk halang ini dari berlaku? Kenapa saya tak perasan semua ni? Kenapa saya percaya yang selama ni awak keluar awak pergi kerja sedangkan awak menipu saya?

Yang paling teruk, saya mempersoalkan, kenapa Allah bagi saya dugaan yang macam ni. Sedangkan Dia tahu keluarga saya pun layan saya teruk. Kenapa Dia masih lagi hadirkan awak yang pada akhirnya tetap buat saya rasa kecewa?

Awak tahu, dulu-dulu, apa pun jadi antara saya dan kakak abang saya, atau antara saya dan adik-adik saya, mesti saya yang akan disalahkan. Mesti saya yang kena mengalah. Saya pembawa malang keluarga saya. Sebaik sahaja dilahirkan, rumah saya dirompak.

Sebaik sahaja umi saya disahkan mengandungkan saya, terbongkar tentang abah saya ada hubungan dengan orang lain sehinggakan umi juga menganggap saya pembawa nasib malang. Lalu saya harus pandai-pandai membawa diri. Tak dipedulikan sesiapa sehinggalah bonda dengan rela hati membawa saya tinggal bersama. Uruskan makan minum saya. Jaga makan pakai saya. Tanggung belanja sekolah saya walau bonda cuma kerja kilang dengan gaji yang tidak seberapa. Kalau bonda tiada, entah agaknya saya sudah mati tak bernyawa.

Awak ingat tak, antara janji awak pada saya masa awal kita kahwin dulu, adalah untuk tak menduakan saya. Saya pegang janji awak. Saya percayakan awak. Tapi bila semua tu terbongkar, luluhnya hati saya. Betapa kecewanya saya.

Paling tak, saya fikir malam tu kita cuma akan bergaduh dengan teruk. Siapa sangka, selepas 2 hari menyambut hari ulangtahun pernikahan keempat, saya menerima tamparan dan talak satu sebagai hadiahnya.

Hampir 7 bulan hidup saya terumbang-ambing, hidup saya baru sahaja mula kembali tenang. Tapi awak muncul semula. Awak ingatkan saya kembali pada kesakitan saya, pada derita saya, pada kekecewaan saya. Sakit. Sakit sangat rasa tu. Sebab orang yang paling saya percaya mengkhianati saya" Dalam keadaan mata masih terpejam, air mata berlinangan, panjang lebar Julia meluah rasa. Untuk kedua kalinya dia bercerita panjang, selain Fatimah yang sangat dipercayainya.

"Ju, abang..." Ayatnya tergantung disitu. Jujurnya dia kehilangan kata-kata. Sengsara bagaimana pun dia, sengsara lagi Julia yang bersendirian menanggung segalanya.

Air mata diseka dengan lengan baju. Julia membuka matanya. Diberanikan diri memandang Ammar tepat dimatanya yang sudah merah akibat menangis. Tangan Ammar dicapai. Dicium tangan itu, lama. Tangan yang sepatutnya di salami sebelum penceraian mereka disahkan. 'Ya Allah aku berdosa buat macam ni, ampunkan aku ya Allah'.

"Ju minta maaf, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ju minta abang halalkan segala makan dan minum ju selama bergelar isteri abang. Ju tak mampu nak rujuk semula dengan abang. Ju tak mampu nak lupa kesakitan Ju buat masa sekarang. Ju minta maaf. Kalau pun kita rujuk semula, Ju takut Ju tak mampu jadi isteri yang taat pada abang, jadi isteri yang menyenangkan abang. Paling Ju takut mungkin kita akan terputus buat kali kedua" Kepalanya diangkat semula. Tangan Ammar dilepaskan perlahan.

"Ju tumpang gembira abang dah dapat kehidupan yang abang inginkan selama ni. Abang dah dapat kesenangan semula. Abang dah ada kereta yang sangat elok, abang dah tak payah kerja teruk-teruk macam dulu. Hubungan abang dengan keluarga pun dah okey. Bagi Ju, itu dah cukup untuk Ju. Tengok abang senang dah cukup buat Ju senang.

Setelah semuanya yang berlaku, abang percayalah tak pernah sedikit pun Ju rasa menyesal nikah dengan abang. Walaupun hubungan kita tidak berpanjangan, setidaknya Ju masih ada seseorang yang Ju boleh sayang, baby ni. Abang baliklah kepangkuan keluarga abang semula. Jangan cari Ju lagi.

Hentikan semua sumbangan abang ke sekolah. Tak apa, Ju akan cari penyumbang lain nanti. Baik kita hentikan semua ni sebelum terlambat. Sebelum kita lagi sakit dimasa akan datang" Entah dari mana datang ketenangan itu. Ammar sudah teresak menangis. Kedua tangan Julia dicapai. Digenggam dan dibawa ke mukanya.

"Ju, tolonglah bagi abang peluang kedua. Abang perlukan Ju. Semua ni bukan semata sebab baby. Abang memang nak Ju" Dengan susah payah dalam beresak tangis Ammar meluahkan kata.

"Tak boleh abang. Tak semua yang kita nak kita boleh dapat. In order to gain something something, we have to lose something. Ingat tak abang pernah cakap ni dekat Ju dulu-dulu? Right now, Ju lagi rela abang kehilangan Ju sebagai isteri abang, dari abang kekal hidup susah macam masa abang dengan Ju" Air mata Ammar diseka dengan tangannya.

"Tapi semua ni tak bermakna tanpa Ju ada dengan abang"

Sejujurnya, dia tahu Ammar mungkin sudah berubah. Mungkin Ammar juga menderita dengan perpisahan mereka. Dapat dilihat tubuh Ammar sudah susut berbanding 7 bulan dahulu. Pipinya juga cengkung. Tapi kenapa harus dipaksa untuk bahagia sedangkan jalan mereka sudah terpisah terbentang jelas didepan mata?

"Ini takdir kita abang" Sambung Julia.

Biar takdir yang menentukan kisah hidup kita,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience