Epilog

Romance Completed 51694

Tanda nama dibetulkan. Tudung berkali dirapi. Matanya sempat menjeling jam dinding, 6.30 pagi. Hari ni dia bakal mengacarakan majlis mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk sekolahnya.

Walaupun sekolah terletak hanya 15 minit dari rumah sewa, hari ni Julia membuat keputusan untuk pergi lebih awal ke sekolah. Sempat dia bertenang dan membuat sedikit persediaan. Mungkin dia boleh membantu guru-guru dan ahli jawatan kuasa membuat persiapan akhir sebelum menyambut ketibaan tetamu lain dan VIP.

Pengalaman kali pertama menjadi pengacara majlis setelah beberapa kali dia dilatih oleh Ustaz Hisham, guru yang menjadi rebutan untuk menjadi pengacara setiap kali adanya majlis besar yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.

Segugus kunci rumah beserta kunci keretanya diambil dari rak kecil bertingkat yang dijadikan tempat dia meletak alat solek dan alat kelengkapan diri yang lain. Kertas skrip serta info tetamu VIP dilipat dua serta dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Botol air serta plastik mengandungi ubatannya tidak dilupakan. 'Okay, I'm ready for today!'

Setibanya di sekolah, masing-masing sudah mula mengambil tempat yang ditugaskan. Memberi sentuhan terakhir sebelum majlis bermula.

Jam ditangan dikerling, 7.50 pagi. Masih ada 10 minit lagi sebelum majlis bermula. 'Pergi tandas dulu lah. Majlis dah mula nanti susah pula nak pergi tandas'. Desis hati kecil Julia. 5 minit kemudian Julia kembali mengambil tempat di tepi pentas kecil didalam dewan sekolah rendah itu.

"Teacher Julia, ada perubahan untuk tetamu VIP kita. Syarikat yang hendak memberi sumbangan tu menghantar CEO nya sendiri, bukan wakil seperti yang diberitahu sebelum ini."

Terang Cikgu Salmah sebaik dia mendekati Julia.

"Baik cikgu. Saya tukar namanya ya. Siapa ye nama dia cikgu?" Pen merah dikeluarkan dari beg tangan yang berada di kerusi yang disediakan, membelakangkan Cikgu Salmah dan tetamu lain yang tidak disedarinya mula mendekati mereka.

"Assalamualaikum". Pergerakan Julia terhenti. Spontan, mata nya dihala ke satu susuk yang baru mendekati mereka. Kertas skrip bersaiz A4 yang dipegang laju diletak ke perut. Menghadang pemandangan lelaki itu yang sememangnya sudah terlekat disitu, walaupun dia tahu lelaki itu sudah nampak segalanya. Air liur terasa kesat ditekak. Sekejapan, pemandangannya berpinar dan terasa gelap.

"Allah".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience