56

Romance Completed 51694

"Mama, Bell betul perlukan duit tu ma. Tolong lah bagi Bell duit tu cepat-cepat" Rayu Shasabila.

"Cuba Bell beritahu mama, Bell nak guna duit tu untuk apa? Dah lah Bell tak jelaskan lagi dekat mama pasal semua gambar-gambar tu. Ammar dengan babah dah buat laporan polis pasal Bell. Kalau Bell tak beritahu mama, mama tak boleh tolong Bell. Mama tak ada duit sebanyak tu" Panjang leteran Azian.

"Bell akan jelaskan nanti, tapi sebelum tu mama kena bagi Bell duit tu dulu. Bell urgent nak guna duit ma. Antara hidup dan mati Bell ni" Rayu Shasabila lagi.

Tadi dia cuma berhubung dengan Azian melalui panggilan telefon. Kali ini dia mengambil risiko untuk datang kerumah Azian demi untuk mendapatkan wang. Iqbal dan orang-orangnya sudah mula memburu dia dan Kamarul. Kamarul lebih sanggup bersembunyi dari mencari jalan untuk membayar hutang itu.

Namun, Shasabila perlu membayar hutang kepada majikannya untuk duit hasil jualan butik yang sudah dicurinya selama ni. Jumlah terkumpul mencecah RM10,000.00. Samada dia membayarnya atau meringkuk dalam penjara. Dia tiada pilihan yang lain.

"Mama tak ada duit banyak macam tu Bell" Balas Azian. Shasabila sudah panik. Dia yang begitu terdesak dan dalam ketakutan tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Rantai dan loket yang tergantung dileher Azian diperhati. Cincin dikedua tangannya juga menarik perhatian Shasabila.

"Mama, Bell minta maaf. Tapi Bell perlukan ni" Rantai leher Azian direntap. 2 bentuk cincin ditarik keluar dari jari Azian secara paksa. Dia berlari keluar ke keretanya dan terus berlalu pergi. Meninggalkan Azian dengan lehernya yang melecet dan jarinya sakit. Pinggulnya juga sengal gara-gara ditolak Shasabila sewaktu mereka bergelut tadi.

"Tak guna Bell, kau ambil rantai dengan cincin aku" Azian sudah menangis sambil terduduk.

"Ni je yang aku ada Iqbal. Kau ambil lah semua. Nanti aku bayar lagi. Kau lepaskan lah aku. Bagi aku masa. Nanti aku bayar. Lagipun, Kamarul yang guna duit tu. Kau carilah dia sekali" Rayu Shasabila lagi. Rantai dan cincin Azian sudah dicampak ke tanah berhampiran kaki Iqbal.

"Siapa pun guna duit tu, aku tak kisah. Yang aku kisah, kau kena bayar duit tu sebab kau peminjam. Aku kesian betul tengok kau, tak habis-habis kena tipu dengan Kamarul. Dipergunakan. Baik kau jadi kekasih aku. Aku boleh jaga kau. Boleh bagi kau duit"

"Hutang duit butik kau macam mana? Dah selesai?" Sambung Iqbal. Berdasarkan reaksi Shasabila yang hanya mendiamkan diri, Iqbal hanya tergelak. Dia sudah dapat meneka jawapannya.

"Kau cakap yes je untuk kerja dengan aku, aku akan pastikan kau tidur atas duit Bell" Pujuk Iqbal. Shasabila meludah tepat kemuka Iqbal.

"Aku tak nak jadi pelacur!" Tempik Shasabila.

"Itu je kerja yang kau boleh buat Bell untuk dapat duit dengan cepat" Pujuk Iqbal lagi.

"Aku tak nak" Shasabila terus-terusan meronta. Sehinggalah menyebabkan pegangan orang-orang Iqbal terlepas pegangan mereka terhadap Shasabila. Shasabila mengambil peluang meloloskan dirinya walaupun berisiko.

Dia berlari sehinggalah dia terjumpa balai polis. Shasabila terus memasukinya. Dia yakin orang-orang Iqbal tidak akan berani mengejarnya sehingga ke dalam kawasan balai polis itu. Dia duduk melepas lelah seketika.

Datang seorang lelaki yang berpakaian kasual mendekati Shasabila setelah didapati aksi Shasabila sedikit mencurigakan.

"Cik buat apa kat sini?" Tanya lelaki itu yang tidak diketahui siapa atau apa pangkatnya.

"Saya tengah selamatkan diri dari peminjam wang berlesen encik. Kalau saya masuk sini, mereka takkan kejar saya sampai dalam ni. Tolong saya encik. Saya betul-betul terdesak. Kalau saya tak bayar, mereka akan jadikan saya pelacur encik. Saya tak nak" Air mata sudah berlinang dimatanya.

"Elok awak masuk buat report kat dalam. Dah banyak kali dah kami nasihatkan, jangan terjebak dengan peminjam wang berlesen ni. Tapi tak juga dengar. Haisy, kan diri sendiri dah susah" Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

Dengan langkah yang menggigil, Shasabila masuk kedalam balai dengan niat mahu membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Namun, hal yang sebaliknya pula berlaku apabila dia menyerahkan kad pengenalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience