80

Romance Completed 51694

17 Oktober 2020

Ammar mendukung Maryam sambil memegang payung, manakala Julia membawa tikar yang digunakan tadi. Seiring, mereka bersama melangkah keluar dari kawasan tanah perkuburan. Tempat bersemadinya Ahmad Firhan Haikal.

Hari ini genap 7 bulan pemergian Firhan. Pintu kereka dikuak. Maryam diletakkan ditempat duduk belakang, dalam Carseat nya.

"Ju ada nak singgah mana-mana?" Tanya Ammar. Julia hanya menggeleng.

"Kalau macam tu, kita pergi rumah Firhan terus ye?" Cadang Ammar. Julia hanya mengangguk.

"Terima kasih abang" Ucap Julia. Ammar hanya tersenyum. Jarak rumah Firhan dengan kawasan perkuburan itu tidaklah begitu jauh. Namun dek kerana kesesakan jalan, ianya mengambil masa hampir satu jam untuk mereka tiba.

"Assalamualaikum" Ucap Ammar. Pintu rumah yang sememangnya terbuka itu dilihat sahaja. Menunggu tuan rumah keluar menyambut mereka.

Julia pula mengambil Maryam dari dalam kereta.

"Waalaikumussalam. Masuk Am, mama ada kat dalam. Tengah pakai tudung. Haaa datang dah cucu Tok Daddy. Sini dengan Tok Daddy sayang" Tan Sri Hamzah menghulur tangan, serentak itu Maryam juga mengangkat tangannya tanda mahu didukung.

"Jom masuk, duduk dulu. Tunggu mama turun kejap, lepas tu kita makan" Sambung Tan Sri Hamzah. Ini bukan kali pertama Ammar dan Julia datang bertandang. Kali pertama adalah 4 bulan selepas kemalangan itu berlaku. Sejak dari itu, hampir setiap 2 minggu mereka ke KL. Menziarahi pusara Firhan.

"Ju, sampai dah. Jom jom kita makan dulu. Lepas tu baru kita bercakap. Jom Am. Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri. Kamu pun dah selalu datang kan" Jemput Puan Sri Safiah.

Suasana dimeja makan tidak lah begitu meriah. Kerana hanya mereka berlima sahaja. Adik-adik Firhan tidak kelihatan.

"Farisya dengan Farahanim mana ma?" Tanya Julia.

"Mana lagi hujung-hujung minggu macam ni. Pergi berjalan lah. Katanya tadi nak pergi Mid Valley. Mama cakap dah, balik nanti mama sembur dengan air sabun. Mandi dulu kat luar baru boleh masuk. Dengan kes Covid sana sini, boleh dia nak berjalan" Jawab Puan Sri Safiah bersungguh.

Julia dan Ammar tergelak. Serius betul nada Puan Sri Safiah. Tapi bertuah siapa yang punya ibu, apatah lagi seperti Puan Sri Safiah. 'Bertuah awak Firhan'. Hati Julia terasa seperti dijentik kenangan bersama Firhan. Tak lama, tapi indah-indah semuanya.

Firhan bawa dia ke hospital. Firhan azankan Maryam. Firhan luahkan perasaan tanpa paksaan. 'Firhan! Awak tak tunaikan janji awak nak jaga saya dengan Maryam'

Sehelai sampul surat bersaiz A4 ditolak kearah Julia.

"Ini hadiah terakhir Firhan untuk Ju dan Maryam" Ujar Tan Sri Hamzah memulakan perbualan diruang tamu itu sebaik sahaja mereka selesai makan.

Julia mengangkat kening. Wajah Tan Sri Hamzah dan Puan Sri Safiah dipandang bersilih ganti.

"Ada apa dalam ni?" Tanya Julia.

"Ju bukalah tengok sendiri" Jawab Tan Sri Hamzah.

Perlahan sampul itu diambil. Dibuka dan dikeluarkan. Isi kandungan dibaca perlahan setiap barisnya.

"Kenapa?" Tanya Julia. Air matanya sudah bergenang.

"Daddy dengan mama pun tak tahu. Tapi srkarang ni, daddy nak serahkan pada yang berhak" Jawab Tan Sri Hamzah.

"Tapi Ju dengan Firhan belum ada apa-apa hubungan pun. Daddy dengan mama lagi berhak" Tingkah Julia.

"Daddy dengan mama dah dapat apa yang patut jadi hak kami. Tapi yang ni hak Ju dan Maryam. Ju ambil lah. Tunaikan hasrat Firhan. Terima hadiah terakhir dari Firhan" Jawab Puan Sri Safiah pula.

Air mata Ju sudah berlumba menuruni pipinya. Ammar hanya berdiam diri.

"Ju tak boleh terima ma. Jumlah ni banyak sangat untuk kami. Ju tak perlukan banyak macam ni" Ujar Julia.

"Ada sebab kenapa Firhan buat semua ni. Ju ambil lah. Apa yang Ju nak buat lepas tu, terpulang dekat Ju" Puan Sri Safiah memeluk Julia yang sudah teresak menangis.

Maaf lama menyepi. N tak sihat sangat-sangat. Terima kasih kepada yang bertanya khabar dan pembaca semua yang masih setia membaca.

Share this novel

Syifa Umairah
2021-01-05 12:53:17 


NovelPlus Premium

The best ads free experience