7

Romance Completed 51694

"Ju, kak Ana ada baca kertas kerja Ju yang mencari penyumbang untuk alatan dalam Bilik Media sekolah". Ucap kak Ana, Chief Clerk (CC) sekolah rendah tempat Julia mengajar.

"Ya kak? Ada apa-apa masalah yang Ju kena baiki ke?".

"Oh tak ada pun. Tak ada apa-apa masalah dengan kertas kerja tu. Cumanya akak nak maklumkan, bila sumbangan tu masuk, semuanya akan jadi aset sekolah. Makna kata, kalau Ju pindah sekolah lain nanti, Ju tak boleh bawa semua alatan tu. Sebab dah jadi hak milik sekolah ni". Terang kak Ana.

"Oh ya saya faham kak. Jangan risau. Sumbangan itu nanti memang akan jadi hak milik sekolah ni sampai bila-bila kalau pun Ju di pindahkan nanti". Balas Julia. Kak Ana mengangguk.

"Baguslah macam tu, akak bukan apa, takut nanti lepas Ju diserap jadi guru tetap, bila kena pindah, baru Ju tahu yang barang tu Ju tak boleh bawa. Dekat sekolah baru nanti kalau tak ada kelengkapan Ju kena cari penyumbang semula. Kesian dekat Ju lah". Tutur kak Ana, takut Julia salah faham dengan niatnya bertanya.

"Ju faham kak, jangan risau. Kelengkapan tu nanti memang untuk Bilik Media sekolah ni. Moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak dalam sesi pembelajaran anak-anak sekolah ni". Julia tersenyum sebaik sahaja habis berkata-kata.

"Nanti kalau ada apa-apa, Ju boleh tanya pentadbir, terutamanya guru besar sebab semua sumbangan mesti dalam pengetahuan guru besar". Kak Ana menepuk bahu Julia lembut

"Baik kak, setakat ni tak ada lagi yang nak menyumbang. Baru ada satu syarikat yang berminat tapi Ju kena pergi jumpa dia dulu untuk beri penerangan yang lebih jelas pasal Bilik Media ni".

"Lama ibu tak jumpa Ju. Ju sihat?". Sebaik tiba dirumah Fatimah di Gombak, ibu Fatimah, Puan Hajar menyambut mereka di pintu.

"Alhamdulillah sihat ibu. Ibu sihat? Maafkan Ju ye ibu, minggu ni Ju ikut Imah balik dan tumpang rumah ibu". Tangan dihulur untuk menyalami Puan Hajar, pipi kiri dan kanan dicium.

"Laaaaa, apa nak minta maaf. Ibu lagi suka. Anak dengan cucu ibu balik minggu ni. Ju ada terasa nak makan apa-apa tak? Ibu boleh buatkan". Perut Julia diusap lembut. Julia hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"Tak ada ibu. Terima kasih, sebab ibu selalu tanya. Imah pun sama. Tak ubah macam ibu".

"Imah merajuklah macam ni. Ibu tak tanya Imah pun nak makan apa bila anak dengan cucu ibu ni balik". Fatimah berpura-pura menarik muka, mengusik ibunya dan Julia.

"Awak tu nanti dah ada cucu ibu dalam perut baru ibu tanya nak makan apa. Kalau sekarang ibu tahu dah, tolak batu dengan kayu je awak ni, semua ibu masak awak makan". Anaknya dirangkul lembut. Imah tergelak besar.

"Ish, baru nak menggedik manja dengan ibu, tak jadilah gayanya macam ni". Fatimah tak lekang memeluk ibunya.

Julia yang memandang terasa sayu. Entah apa khabar abah dan uminya. Sejak dia menikahi Ammar di Songkhla, pintu rumah keluarganya terus tertutup buat Julia. Walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain kerana Julia pernah dijadikan anak angkat sepupu uminya selama 6 tahun, tetap abah umi juga yang membuat dia rasa selamat setelah bonda angkatnya meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan pulang dari kerja.

'Abah, umi, Julia rindu. Maafkan Julia, abah, umi'.

"Termenung apa lagi anak ibu ni, jom masuk. Boleh rehat-rehat dulu. 3 jam dalam kereta mesti lenguh pinggang Ju". Serentak, ibu menarik tangannya masuk kerumah. Dia pusing kebelakang, mahu mengambil begnya tapi dihalang Fatimah.

"Tak apa Imah bawa masuk. Tu Ju dah bawa beg besar kat perut Ju tu". Fatimah tersengih dapat mengusik Julia. Julia tergelak kecil.

"Maaf Imah, susahkan Imah lagi".

"Mana ada susah. Imah okey. Bagi lah Imah peluang kutip pahala bantu dua orang sekaligus ni. Doakan jodoh Imah cepat sampai. Doa ibu ni, tambah lagi kalau tengah mengandung, mujarabnya tak perlu dipersoalkan dah". Mereka duduk diruang tamu melepas lelah.

"Ya Allah, kurniakanlah Imah jodoh yang soleh, handsome, baik hati, bertanggungjawab dan sayang Imah dan anak anak mereka sampai ke syurga". Julia menadah tangan mendoakan Fatimah.

"Ibu nak aminkan biar cepat sampai jodoh Imah. Aaamiiinn". Puan Hajar mengaminkan doa Julia. Fatimah tersengih menunjukkan simbol bagus dengan ibu jarinya. Gelas berisi air oren dicapai dan mula meminumnya dengan perlahan.

"Assalamualaikum, Fatimaaaahhhh". Kedengaran suara Hafiz memberi salam. Fatimah mengangkat kening, memberi isyarat seolah bertanya kepada ibunya siapa diluar.

"Tu haaa jodoh Imah dah sampai. Panjang umurnya". Mendengar ayat dari mulut Puan Hajar, air dalam mulut Fatimah tersembur keluar diikuti dengan batuk berterusan. Perit. Julia menepuk belakang Fatimah lembut.

"Imah okey tak ni?" Tisu dicapai dan dihulur kepada Fatimah. Air yang termasuk dalam hidungnya dihembus keluar.

"Masuklah Hafiz. Imah ada kat dalam ni haa. Kebetulan baru sampai dari Kuantan. Duduklah dulu". Pelawa Puan Hajar.

"Huishh, air tempias apa ni atas meja?" Tanya Hafiz kehairanan.

"Bukan tempias, Imah tu haa jadi bomoh tak bertauliah, seru jodoh dia datang. Itu yang disembur air habis tu". Julia sudah tersengih melihat muka Fatimah yang masam. Tangannya mencapai tisu dan di lap kesan air pada permukaan meja.

"Ibu niiii...." Mukanya tegang. 'Ada ke patut ibu cakap Imah jadi bomoh tak bertauliah tengah seru jodoh'.

"Patutlah kaki saya macam ditarik-tarik untuk datang kesini dan meminta izin makcik menyunting Imah untuk jadikan Imah isteri saya yang sah". Lancar Hafiz berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mukanya tak usah dicerita, memang tersipu malu dan merah habis!

"Dah dah dah, awak jangan nak terikut dengan ibu tu membahan saya. Ibu ni pun... " Fatimah masih lagi menunjukkan ekspresi muka yang masam. Puan Hajar tergelak, seronok dapat mengusik anaknya.

"Makcik, saya nak beritahu dan minta izin makcik ni, nak bawa 2 anak makcik pergi jumpa bos saya esok. Insya Allah bos saya akan menaja perbelanjaan Bilik Media sekolah mereka. Tapi esok dia nak dengar penerangan dari cikgu berdua ni dulu". Terang Hafiz.

"Jauh ke tempatnya?" Tanya Puan Hajar.

"Tak makcik. Dekat Wangsa Maju tu je. Nanti lepas perbincangan tu dah habis, saya hantar kedua ni balik dengan selamat".

"Haa yelah. Esok sebelum pergi Hafiz datang sarapan sini sekali dengan kami". Pelawa Puan Hajar.

"Cantik sangatlah tu ibu. Ehh makcik". Hafiz menekup mulutnya yang tersasul.

Enjoy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience