58

Romance Completed 51694

"Tahniah Imah, cantik sangat Imah hari ni" Julia memeluk Fatimah erat.

"Biasa je lah. Terima kasih Ju sebab datang. Maryam pun, terima kasih sebab datang. Behave pulak tu dengan baba" Fatimah mencuit pipi Maryam yang sedang tidur dipangkuan Firhan.

"Baba?" Soal Julia pelik.

"Yalah, papa Ammar. Baba Firhan. Dua-dua azankan Maryam, dua-dua kena dapat title teragung" Usik Fatimah.

"Hahaha, eh janganlah Imah. Nanti saham Firhan jatuh. Susah orang nak masuk line" Balas Julia. Membuang kekok. Firhan cuma tergelak.

"Hati baba Maryam dah ambil. Kalau orang beratur pun, tak ada apa dah baba boleh bagi. Kan Maryam?" Pipi Maryam yang sedang tidur pulas dicium lembut oleh Firhan.

Julia mendiamkan diri sahaja. Malas melayan usikan Fatimah barusan. Dengan statusnya yang begini, dia tidak mahu sekiranya Firhan menjadikan dia dan Maryam sebagai alasan untuk tidak menerima orang lain.

"Jom kita makan dulu, lepas ni boleh balik" Ajak Julia.

"Tak apa, Ju pergi makan dulu. I pangku Maryam. Kita gilir-gilir" Ujap Firhan. Julia terasa serba salah.

"Tak apa, ibu berpantang pergi makan dulu. Dah sampai masa makan ni. Nanti kejap lagi Maryam bangun minta susu pula" Sambung Firhan apabila melihatkan reaksi wajah Julia.

Sedang makan, Fatimah mendekati Julia.

"Ju, kalau Firhan minta Ju terima dia, Ju nak terima dia?" Tanya Fatimah. Julia yang sedang makan tersedak. Cepat-cepat Fatimah hulurkan air.

"Ya Allah soalan Imah ni, mencemaskan betul. Tak lah Imah, kami kawan je. Dia bantu Ju dengan Maryam sebab Ammar kan tak boleh datang" Jawab Julia.

"Cuba Ju tengok, Firhan dengan Maryam tu tak ubah macam ayah dengan anak. Puan Sri tu, lagilah, jaga Ju memang macam anak dia sendiri dah. All this while Ju menderita sendirian. Mungkin Firhan lelaki yang dikirimkan Allah sebagai jawapan kepada doa-doa Ju selama ni?" Julia berpaling ke arah yang ditunjukkan Fatimah.

Benar, Firhan tak ubah seperti bapa yang baru mendapat anak sulung. Malam tadi juga apabila dia terlambat sedar sewaktu Maryam menangis mahukan susu, Firhan yang datang mengetuk pintu sehingga dia terbangun. Selepas itu, Farisya menawarkan diri untuk menemani Julia tidur, takut dia tidak sedarkan diri apabila Maryam bangun lagi nanti.

Begitu besar budi keluarga Firhan. Disebabkan itu, Julia begitu takut sekiranya dia dan Maryam nanti akan menjadi punca kenapa Firhan tidak mempunyai masa untuk membina keluarganya sendiri.

"Kami kawan je Imah. Lagipun, tengoklah status kami. Tak sekufu. Mana mungkinnya orang boleh terima. Imah, sekarang ni Ju fikir nak jaga Maryam je. Ju tak nak jadi punca lagi seorang anak terputus hubungan dengan mama dan keluarganya. Ju serik dah. Ju takut kalau-kalau lalui hal yang sama lagi" Jawab Julia perlahan.

"Lepas semua yang Ju lalui, Imah harap sangat Ju boleh berbahagia. Kalau Ju perlukan apa-apa bantuan, Ju beritahu Imah ye. Jangan simpan sendiri macam dulu-dulu"

"Ya, Ju faham. Tapi nanti Imah dah kahwin, Ju tak boleh kacau Imah selalu. Nanti Hafiz marah" Usik Julia.

"Berani dia marah? Imah marah dia balik. Alah lagipun nanti kami PJJ juga. Ju masih lagi terikat dengan Imah" Balas Fatimah sambil tergelak.

"Tak apa I bawa, you jalan je" Tegah Firhan sewaktu Julia mahu mengambil beg Maryam. Beg diambil dan disangkut ke bahu kanannya sementara Maryam masih dipangkunya.

"Kalau macam tu, bagi I pegang Maryam"

"No no no, mama cakap jangan bagi you bawa barang berat. Nanti masuk kereta I'll let you hold her. Jalan je" Beria Firhan menegah. Julia, walaupun berat hati, hanya mengikuti.

Sebaik kereta mula bergerak menuju ke Petaling Jaya dari Gombak, Firhan cuba memecah hening dalam kereta.

"What's your next plan?"

"Next plan? Hmmm, besarkan Maryam jelah. Lepas tu kerja macam biasa" Jawab Julia.

"Ever think of remarry?" Ah sudah. Dah kenapa semua suka tanya soalan mencemaskan hari ni?

"No, I think I had enough" Jawab Julia pendek.

"Dengan I pun?" Jantung Julia seakan mahu terjatuh mendengar soalan Firhan. Dia faham maksud soalan tu, tapi nak jawab ke, nak pura-pura tak faham je?

"Ju, all this while, I selalu doakan you bahagia. But, I selit juga doa, moga-moga ada jodoh antara kita" Julia masih mendiamkan diri. Menunggu ayat seterusnya dari Firhan.

"Could you please consider me to part of your life?" Gemersik suara Firhan kedengaran dicuping telinga Julia.

"Firhan..." Julia bersuara tapi dipintas oleh Firhan.

"Tak payah bagi jawapan sekarang. Fikir je dulu. I boleh tunggu. I nak jadi the one yang boleh jaga you dengan Maryam. I tahu Maryam masih ada papa dia, but I wanted to be part of her life as well"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience