66

Romance Completed 51694

"Abang ada balik kampung Ju. Jumpa abah dengan umi. Abang minta maaf Ju. Abah masih marahkan kita. Umi pula, kirim salam dekat Ju" Seperti biasa, Ammar datang untuk menjenguk Maryam. Namun dia setakat berada diluar rumah sahaja. Tidak masuk kedalam.

"Tak apa abang. Terima kasih banyak-banyak dah balik kampung. Ju, tak ada apa-apa expectation pun. Ju tahu Ju salah, Ju kena terima hukuman. Mungkin, inilah hukumannya" Jawab Julia tenang.

"Abang minta maaf Ju. Sebab abang, Ju jadi macam ni. Sepatutnya, abang yang terima hukuman ni. Sebab Ju dengan Maryam tak salah. Abang yang mungkir janji nak jaga Ju sampai bila-bila" Luah Ammar kesal.

"Abang, jangan risau. Jangan salahkan diri abang juga. Ju dah terima semua ni. Soal abah umi, Ju serahkan je pada Allah yang lebih mengetahui. Insya Allah, bila masanya sesuai, Ju balik minta maaf dengan mereka"

"Maafkan papa ye Maryam. Gagal sediakan keluarga yang baik untuk Maryam. Gagal baiki hubungan ibu dengan nenek dan tok abah Maryam. Maryam bagi papa masa sikit lagi ye, papa cuba lagi" Tutur Ammar sambil mengagah anaknya. Maryam memandang Ammar dengan matanya yang membulat.

Comel. Anugerah Allah yang hampir sahaja hilang dari sisinya. Julia hanya melihat situasi itu. Banyak kali Ammar luahkan mahu mereka bernikah semula. Tapi dia masih menimbang tara kesan dari perbuatannya nanti. Dia lebih selesa begini, buat masa sekarang. Hanya bertemankan Maryam. Sumber kekuatan hidupnya.

"Mama Firhan ajak Ju ke rumah mereka. Ada kenduri katanya. Mama dengan daddy Firhan pun nak jumpa Maryam" Ucap Julia.

"Ju tengah minta izin dengan abang ke?" Ammar mengangkat keningnya nakal.

"Kalau abang cakap abang tak bagi pergi?" Ammar menatap wajah Julia sehingga Julia berasa tidak selesa.

"Kalau abang tak bagi tak apalah" Jawab Julia bersahaja. Dalam kepalanya dia sudah memikirkan alasan untuk diberi kepada Firhan.

"Ju pergilah. Bawa Maryam. Mereka pun dah banyak kali bantu Ju kan. Nanti ke KL Ju ikut abang. Firhan ada beritahu abang juga pasal kenduri tu. Tapi abang tak dapat pergi. Giliran abang jaga mama kat hospital. Nanti abang suruh Amir hantar dan ambil Ju" Ammar cuba untuk mengikhlaskan diri walau terasa sakit dihati.

"Terima kasih abang"

"Sama sama. Jangan lupakan abang yea" Gurau Ammar. Julia tergelak.

"Abang kan papa Maryam. Mana boleh lupa. Hero dan cinta pertama Maryam"

"Cinta pertama Ju juga kan?" Usik Ammar lagi. Julia hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience