69

Romance Completed 51694

Cuti sekolah sudah 2 minggu bermula untuk tahun 2019. Hampir 2 minggu jugalah dia tidak berhubung dengan Firhan. Walaupun setiap hari ada sahaja mesej dari Firhan bertanyakan khabarnya dan juga Maryam.

Julia hanya duduk dirumah ditemani Kak Tini yang akan berulang alik setiap hari untuk menjaga Julia. Fatimah juga sudah kembali ke rumah keluarganya di Gombak sepanjang cuti ni. Dia juga membuat persediaan untuk majlis nikah yang dijadualkan berlangsung pada cuti sekolah Mac 2020 nanti.

Ada juga dia terfikir untuk balik ke kampung, tetapi dibatalkan niatnya apabila teringatkan cerita Ammar tentang kemarahan abahnya yang masih belum reda. Tanpa disedarinya, dia melepaskan keluhan, meluahkan rasa sesak dalam dirinya.

"Haih Ju, bukan main lagi tu mengeluh. Kenapa? Cuba cerita pada Kak Tini, mana tahu akak boleh bantu"

"Tak ada apa lah kak. Saja je kak" Jawab Julia melindungi apa yang dirasakannya.

"Tak percayalah akak. Ju mengeluh tu bukan main lagi. Alah, akak pun pernah duduk dalam situasi Ju. Akak tahu apa yang Ju fikir. Mesti Ju fikir pasal nak terima Ammar semula atau tak, betulkan?" Teka Kak Tini. Julia hanya tersenyum tawar.

"Akak ibu tunggal. Anak akak 4 orang. Diceraikan suami semasa mengandungkan anak bongsu akak. Dia, senyap-senyap kahwin lain. Bila rahsia tu pecah, pada awalnya akak terima untuk bermadu. Sebab akak tak ada kerja. Akak cuma surirumah yang tak ada pendapatan.

Madu akak pindah masuk rumah sewa kami yang ada dua bilik. Akak duduk bilik belakang dengan anak-anak. Suami dan madu duduk bilik depan. Bilik besar. Rumah kampung, jenis rumah yang tinggi tu. Naik tangga kayu terus nampak pintu.

Madu akak masa tu kerja. Jadi setiap hari dia akan keluar dengan suami akak sama-sama. Naik motor. Akak kena buat kerja rumah. Jaga anak-anak. Madu akak bersalin pun akak yang jaga. Dia kerja pun akak yang jaga anak dia.

Kemuncaknya, satu hari bila suami dengan madu akak balik, dia tengok dekat dahi anak dia ada benjol. Budak baru mula merangkak kan, tersembam masa merangkak tu benda biasa tambah lagi semuanya akak kena buat sendiri. Tak sempat nak belek anak.

Suami akak pukul akak, dengan dia menjerit cakap akak dera anak madu akak. Dia heret akak sampai ke pintu. Akak tak nak, akak malu, takut tuan rumah nampak akak kena pukul macam tu. Akak paut kaki suami akak. Dia tarik kaki dia, dia tendang akak sampai akak terus jatuh kebawah.

Ketinggian dalam 7 8 kaki macam tu. Akak pengsan, dan tuan rumah yang panggilkan ambulans. Allah Maha Besar, rupanya masa tu akak tengah mengandungkan anak bongsu tu. Tapi dia selamat dengan kuasa Allah.

Balik rumah dari hospital, tuan rumah dengan isteri dia yang tolong jemput. Sampai je rumah, akak disambut dengan talak. Sedih? Sedih juga.
Mulai dari hari itu, akak kena berdikari sendiri. Macam-macam kerja akak buat" Panjang lebar cerita Kak Tini. Julia masih setia mendengar.

"Mesti Ju tertanya-tanyakan, apa kaitannya dengan Ju. Macam ni, kalau begitu perangai Ammar, akak sendiri akan jadi orang yang menegah Ju dari nikah semula dengan dia. Tapi kalau sisi baik dia lebih banyak, Ju pun rasa boleh lupakan apa yang dia buat, Ju terimalah.

Tapi kalau Ju sendiri rasa susah nak maafkan, atau mungkin dah maafkan tapi tak mungkin melupakan, jadi biarlah semuanya begini sahaja. Ju bukan tak kerja. Ju mampu besarkan Maryam. Ju boleh jadi ibu ayah Maryam pada masa yang sama. Luka kita Ju, kita je yang tahu" Sambung Kak Tini.

"Saya kena betulkan banyak benda lagi kak. Hubungan saya dengan umi abah saya. Hubungan saya dengan mama Ammar kalau saya terfikir nak nikah semula dengan dia. Sebab selama ni, mama dia tak pernah terima saya. Banyak benda kena fikir kak. Buat masa sekarang fokus saya pada Maryam je"

"Perasaan Ju pada Firhan?" Tanya Kak Tini. Julia hanya tersenyum.

"Tak ada apa-apa kak. Saya cuma anggap dia sebagai kawan. Tumpang kasih sayang keluarga dia. Silap juga kan kak. Saya macam dah bagi harapan pada Firhan. Sedangkan dia lebih layak dapat orang yang lebih baik dari saya. Bekas suami akak ada ajak akak rujuk?" Tanya Julia. Kak Tini hanya menggeleng.

"Lepas bercerai entah kemana dia. Akak pun tak ambil tahu dah. Sebab akak sibuk cari rezeki besarkan anak-anak" Balas Kak Tini.

"Kita orang perempuan ni macam ni lah Ju. Bila bercerai, anak-anak yang akan menguatkan kita. Kita berhenti jadi isteri, tapi kita akan jadi ibu sampai mati. Ju fikirlah, macam yang akak cakap, kalau kebaikannya lebih banyak, terimalah" Paha Julia ditepuk perlahan.

Maaf lambat update. Saya kemalangan hari Sabtu lepas. Tangan dua-dua sakit, susah sikit nak menaip. Insya Allah saya cuba untuk update secepat mungkin. Terima kasih kerana membaca :)

Share this novel

Syifa Umairah
2020-12-21 10:05:16 

keep fighting author!

Syifa Umairah
2020-12-21 10:05:15 

keep fighting author!


NovelPlus Premium

The best ads free experience