29

Romance Completed 51694

*flashback*

"Ju nak cakap apa dekat Imah?" Pada hari Ahad pagi tu, Fatimah menerima satu pesanan WhatsApp dari Julia. Meminta untuk berjumpa dengan dirinya. Segera dia bersetuju dan tempat perjumpaannya ialah rumah Julia sendiri.

"Encik Ammar yang menyumbang untuk Bilik Media tu, bekas suami Ju" Fatimah pamer muka terkejut. Bukan kerana berpura dengan hakikat yang Ammar adalah suami Ju yang telah menceraikannya, tetapi kerana akhirnya Julia memberitahunya. Melihat Fatimah berdiam diri, Julia menyambung.

"Kalau jadi apa-apa dekat Ju bila bersalin nanti, boleh tak Imah jaga baby Ju? Ju tak nak Imah serahkan pada Ammar" Sambung Julia.

"Kenapa?" Tanya Fatimah memecah sunyi.

"Ju tak nak nanti baby Ju susahkan dia dan keluarga. Mama dia takkan terima anak Ammar sebabnya ibunya adalah Ju. Abah umi pun tak akan terima.

Ju dah set satu email. Kalau jadi apa-apa dekat Ju masa bersalin, Imah dengan Ammar akan terima satu email. Dalam tu ada video Ju rakam sebagai wasiat. Maklumat bank, nombor telefon agen takaful pun Imah akan dapat.

Duit Ju tinggal, tak banyak. Tapi insya Allah cukup untuk baby sampai dia besar. Ju tahu, apa yang Ju minta ni, perkara yang besar. Akan susahkan Imah sampai bila-bila. Imah boleh tolak, Ju okey dengan semua keputusan Imah" Tutur Julia.

"Ju jangan fikir banyak-banyak. Insya Allah Ju dengan baby akan selamat. Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan urusan kelahiran baby Ju nanti ye" Belakang Julia diusap perlahan.

"Hal kelahiran ni, sebenarnya hal antara hidup dan mati Imah. Sejujurnya, Ju takut. Macam-macam boleh jadi. Kalau jadi apa-apa, Imah pastikan baby Ju okey ye" Julia bersuara lembut.

"Ju nak keluar ambil angin? Jom kita keluar dulu. Imah nak jumpa Hafiz sekejap. Dia dah nak balik KL" Fatimah cuba mengalih kebimbangan Julia. Julia hanya mengangguk.

Setibanya di jalan besar taman perumahan Julia, kelihatan kereta Fatimah disitu. Ammar menghentikan keretanya dibahu jalan, betul-betul dibelakang kereta Fatimah.

"Alamak, sorry Imah lupa Hafiz balik dengan bos dia" Fatimah sudah mengetuk kepalanya sendiri.

"Tak apa, Ju tunggu dalam kereta" Balas Julia tenang walau dada berdebar, takut kalau tiba-tiba Ammar keluar menghampirinya. Pertemuan terakhir mereka di pantai tempoh hari berakhir dengan air mata. Tiada pergaduhan. Tinggal masing-masing terdiam tanpa kata.

"Am kau okey ke?" Tanya Hafiz.

"Aku okey. Aku tunggu dalam kereta je" Jawab Ammar tenang.

"Ju okey ke Imah?" Tanya Hafiz.

"Macam tu lah Hafiz. Risau saya tengok dia"

"Am pun tak okey sangat tu. Sepanjang masa dekat hotel pun, dia banyak menangis je. Pantang saya tinggal dia sendiri"

"Awak tengok-tengokkan Am. Saya tengokkan Julia. Saya rasa mungkin saya akan pindah masuk rumah dia sampai dia habis pantang nanti. Tadi dia cakap mengarut pasal mati semua, suruh saya jaga baby dia" Adu Fatimah.

"Teruk dah keadaan dua orang ni. Tapi kita tak boleh memandai. Moga-moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat mereka bertiga"

"Itulah. Terima kasih Hafiz banyak tolong kami. Terima kasih juga dekat Ammar untuk sumbangan tu"

2 minggu berurusan dengan Hafiz membuatkan hati Fatimah sedikit sayu untuk melepaskan lelaki itu pergi. Tapi antara mereka tiada apa-apa hubungan, kalau ada mungkin hanya kawan. Gurauan Hafiz tidak difikirkan secara serius, dia takut dia kecewa kalau-kalau Hafiz hanya bergurau.

Melihat kereta Fatimah, Ammar dapat melihat Julia dalam kereta, dari belakang.

'Ju, pusing lah belakang. Abang rindu. Bagilah abang tengok Ju sebelum abang balik KL'.

I may not get to see you as often as I like, I may not be able to hold you in my arms through the night, But deep in my heart I truly know, You're the one that I love and I can't let you go!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience