14

Romance Completed 51709

Setelah dua hari berada di Kuantan, lewat petang Isnin itu Ammar kembali ke Kuala Lumpur. Kerja yang menanti memaksa dia untuk memendekkan cutinya. Seperti biasa, di awal pagi, setiausaha babahnya yang kini menjadi setiausahanya, melaporkan segala urusan dan aktivitinya serta menyerahkan segala dokumen yang perlu ditandatangan.

"Encik Ammar, dah siap ke semua ni?" Tanya Syazwan. Ya, setiausahanya lelaki. Dari awal pembukaan syarikat yang dulu bermula sebagai kedai kecil, pekerja babah semua lelaki kerana cemburu mama yang agak teruk.

"Ya, eh belum, awak tunggu kejap". Dia lekas menandatangan beberapa surat dan cek.

"Syazwan, saya tak ada apa-apa yang penting dah kan hari ni?" Tanya Ammar.

"Tak ada dah encik. Kenapa encik tanya?"

"Saya rasa tak sedap badan. Macam nak demam. Saya nak balik dulu. Ada apa-apa, awak maklumkan saya" Terang Ammar.

"Baik encik" Balas Syazwan.

Keluar dari pejabat tadi, dia buntu mahu kemana. Tidak terasa mahu menjejakkan kaki kerumah. Dia memandu tanpa tujuan. Sehinggalah dia sampai di Masjid As-Syakirin Gombak. 'Berhenti jelah, singgah solat kat sini' Bisik hatinya.

Selepas solat berjemaah, dia berjeda diluar ruangan solat. Bayangan keadaan Julia yang sedang mengandung terimbas kembali.

"Lama termenung" Sentuhan lembut pada bahu kanannya menyedarkan Ammar.

"Abang Di, saya saja duduk, lepas penat" Balas Ammar.

"2 3 hari abang tak ada nampak Am datang. Outstation ke?" Tanya Abang Di.

"Saya pergi Kuantan bang. Jenguk isteri". Jawab Ammar hambar.

"Isteri? Bukan ke dah habis 'iddah?" Abang Di kebingungan bertanya. Rasanya 7 bulan lepas sewaktu Ammar mula-mula menjejakkan kaki ke masjid itu. 2 3 bulan kemudian mereka mula rapat. Ammar meluahkan segalanya yang terjadi. Tentang bagaimana kesilapannya menjadi punca penceraian mereka. Sejak dari itu, Ammar rajin kesini. Kadang ikut sama menyertai mereka talaqqi kitab.

" Dia sedang mengandung waktu saya ceraikan dia. Tapi saya baru tahu hari Isnin semalam" Pahit untuk diungkap.

"Subhanallah. Allahuakbar. Apa Am nak buat sekarang?" Tanya Abang Di.

"Am fikir nak rujuk semula. Tapi Am takut Ju tak setuju. Am banyak buat salah dekat dia. Dosa dengan Tuhan lagi" Luah Ammar.

"Am tak ingat apa Abang Di beritahu dulu? Kata Sheikh Ibn 'Ataillah, apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka jangan engkau putus asa dalam menggapai istiqamah kepada Rabbmu, kerana boleh jadi, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu. Mungkin segala kesilapan Am yang dulu tu, cara untuk Allah panggil Am untuk dekat dengan Dia semula". Panjang lebar Abang Di berkata.

"Macam mana saya nak mula Abang Di? Syarikat sekarang milik babah. Saya takut, kalau saya rujuk semula dengan Ju, saya takkan ada kerja sekarang. Saya tak boleh bagi Ju kesenangan. Lagipun, saya tak jumpa Ju lagi. Saya hanya tengok dia dari jauh. Saya tak tahu bagaimana penerimaan dia". Jawab Ammar lemah.

"Cuba jumpa dia dulu. Kalau pun dia tak nak rujuk, terpulang pada dia. Tapi Am kena ingat, Am masih kena minta maaf dengan Ju untuk semua salah Am".

Kata-kata Abang Di tidak dibalas. Tetapi dia akui apa yang Abang Di cakap kan tu betul. Dia kena minta maaf dengan Ju.

"Teacher Ju, kenapa semalam teacher tak datang?" Rengek manja murid-murid kelas 2 Cekal membuatkan Julia secara tak sengaja menguntum senyuman.

"Teacher tak sihat sikit semalam. Tapi hari ni teacher dah datang. Macam mana semalam, semua orang bagus tak masa Teacher Rose masuk kelas?"

"Baik teacher. Teacher tak sihat kenapa? Baby teacher dah nak lahir ke? Semalam kan teacher, Amirul bising. Saya dah tulis nama dia dalam buku budak nakal" Lapor Nurul.

"Taklah, baby teacher lahir bulan 11, November. Sekarang baru bulan 9, September" Terang Julia.

"...okey teacher tak nak bersembang dah. Kita mula belajar dulu. Bila dah mula belajar, semua kena....." Julia menyambung.

"Tutup mulut" Sahut murid-muridnya.

"Kalau nak cakap kena ada...."

"Talking Chip" Sahut mereka lagi.

"Kalau nak cakap kena guna bahasa...."

"Inggeris" Jerit mereka dengan penuh semangat.

"Well done, kids!"

Tamat sesi pengajaran dalam kelas 2 Cekal, Julia kembali ke bilik guru. Ada masa kosong 30 minit sehingga kelasnya yang akan datang. Sebaik sahaja melabuhkan duduk dikerusi, datang kerani sekolah memaklumkan yang guru besar ingin berjumpa dengannya. Julia segera menapak ke bilik guru besar didalam pejabat.

"Ada apa ye cikgu?" Tanya Julia sebaik sahaja dia disuruh duduk di sofa. Ada Ustaz Hisham juga.

"Macam ni Cikgu Ju, hari Sabtu nanti kita akan adakan program PIBG tu. Sepatutnya yang jadi pengacara majlis ialah Ustaz Hisham. Tapi saya terlupa yang Ustaz Hisham memegang jawatan bendahari dalam PIBG. Saya nak minta Cikgu Ju gantikan, boleh ke?"

"Oh boleh cikgu. Saya ingatkan apa tadi" Balas Julia.

"Pada hari Sabtu tu juga, wakil penyumbang untuk Bilik Media akan datang. Kita akan adakan sesi penyerahan cek dan juga kunci Bilik Media tu nanti". Tambah guru besar. Julia mengangguk tanda faham.

"Skrip semua saya dah siapkan. Cuma mungkin akan ada sedikit penambahan lah untuk acara penyerahan cek dan kunci tu" Ujar Ustaz Hisham.

"Baik, saya faham. Boleh cikgu. Nanti saya ambil skrip dengan Ustaz Hisham". Balas Julia.

Enjoy reading! Malam ni lagi satu chapter :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience