11

Romance Completed 51694

"Macam mana baby dengan mummy hari ni?" Tanya Fatimah. Julia yang sedang membetulkan tudung sarungnya tergelak.

"Baby okay bonda Imah. Jauh-jauh datang, kerja tak terbuat, check-in hotel mahal pula tu". Julia sambung gelaknya.

"Alah tak apalah. Baby nak mummy rehat lah tu. Mummy penat sangat 2 3 minggu ni kat sekolah. Hari isnin nanti ambil cuti rehat kat rumah. Jangan nak mengada pergi sekolah. Piat telinga nanti".

"Ju dah okey. Biasa je demam tu. Demam sakit urat jalan jauh agaknya. Ju dah lama tak jalan jauh. Duduk dalam kereta paling lama pun 20 minit je ulang alik ke sekolah. Terima kasih banyak-banyak Imah. Banyak tolong Ju".

"Dah dah dah, jangan buat drama air mata. Nanti banjir kalau Imah nangis kat sini. Jom Imah hantar Ju dekat Hafiz dulu. Dia tunggu kat depan". Ucap Fatimah.

"Ju nak bayar bil dulu Imah. Lagipun seganlah nak tunggu dalam kereta berdua dengan Hafiz". Balas Julia.

"Okey, kalau macam tu, jom Ju ikut Imah dulu". Kerusi roda yang diduduki Julia bergerak perlahan. Fatimah menolaknya dengan perlahan dan berhati-hati. Setibanya di kaunter, Fatimah meminta bil rawatan Julia.

"Bagi kad pengenalan untuk saya semak". Tutur pekerja di kaunter bayaran yang memakai tanda nama Sabrini.

"... puan dah boleh balik, bil puan sudah dijelaskan". Terang Sabrini.

"Siapa bayar cik?" Tanya Fatimah. Julia yang masih tercengang terdiam sahaja.

"Saya tak tahu. Kawan cik atau suami puan mungkin. Lelaki. Baru sekejap dia keluar". Terang Sabrini. Fatimah menggaru pipinya. 'Hafiz kot bayar sebab tak nak tunggu lama'.

"Tak apalah kalau macam tu cik, kami balik dulu. Terima kasih". Ucap Fatimah sebelum dia kembali menolak kerusi roda Julia.

Selesai dia membantu Julia masuk kedalam kereta Hafiz, Fatimah memulangkan semula kerusi roda itu dan sebaik masuk ke kereta, dia mengucapkan terima kasih kepada Hafiz kerana membantu membayarkan bil Julia terlebih dahulu. Julia juga dengan pantas meminta hafiz memberikan nombor akaun untuk dia gantikan semula duit Hafiz.

"Kejap kejap kejap. Apa awak cakap ni Imah? Saya tak ada buat apa-apa bayaran. Wallet pun saya lupa nak bawa ni". Terang Hafiz. Semua terdiam. Hafiz menolak gear ke D untuk memulakan pemanduan. Kereta mula bergerak. Tiba-tiba Fatimah bersuara,

"Hafiz stop stop stop". Jerit Fatimah. Dia terus keluar dari kereta dan terus ke kaunter pembayaran semula.

"Cik, kawan saya cakap dia tak ada bayarkan pun. Cuba cik periksa semula, takut tersalah Julia". Terang Fatimah.

"Tak salah dah ni cik. Sebab resit pun dah dikeluarkan ni. Sekejap saya cetak resit ni. Cuba cik tengok, ni betul nama Puan Julia kan?" Tunjuk Sabrini.

"Ha ah betul. Cik ingat tak macam mana rupa orang yang bayarkan bil tu? Dia pakai cermin mata tak?" Tanya Fatimah.

"Tak pakai cik. Dia berpakaian kemas tapi kasual. Yang lain saya tak perasan sangat. Maaf cik. Itu sahaja yang saya dapat bantu". Jelas Sabrini.

"Oh tak apalah kalau macam tu. Terima kasih". Resit tadi dicapai dan dia kembali semula ke kereta.

"Macam mana Imah, tahu tak siapa yang bayar?" Tanya Julia. Fatimah hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak apalah, orang nak bersedekah kot. Memang ada kan jenis orang kaya yang datang hospital bayar bil orang secara rambang macam tu. Kawan saya pun ada seorang berperangai macam tu. Kalau orang tahu dia takut riak pula nanti". Ujar Hafiz.

"Pelik sangat la Hafiz". Ucap Fatimah.

"Ya Allah tak pelik pun Imah, agaknya dia datang, cakap nak bayar bil orang yang tak ada takaful medical card, dan discaj hari ni. Itu yang bil Julia kena bayar tu. Imah ada nampak orang lain beratur nak bayar?". Balas Hafiz. Orang lelaki, asalkan berbayar sudah. Tak perlu serabut fikir siapa yang bayarkan.

" Betul kot tu Imah. Sebab haritu mereka ada tanya kalau-kalau Ju ada medical card. Ju cakap tak ada". Balas Julia. Dia yang sedikit lurus mudah sahaja percaya apa yang diberitahu Hafiz.

"Haaa tengok, kan saya dah cakap. Dari kita pening macam ni, baik Ju dengan Imah doakan orang yang bayar tu dikurniakan rezeki melimpah ruah". Ujar Hafoz sambil mula memandu.

Fatimah terdiam, namun otaknya masih bekerja keras. 'Siapa yang bayarkan ni?'

Terima kasih banyak-banyak followers baru :) Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience