37

Romance Completed 51709

Kamarul menghempaskan dirinya di sofa kelab itu.

"Muka kau kenapa?" Makanan ringan dikunyah bosan.

"Sebab kau lah ni. Suruh aku berhutang. Iqbal dah datang cari aku petang tadi. Esok dia datang lagi. Dia nak aku siapkan RM3000.00.

Mana aku nak dapat duit banyak macam tu?" Jerit Shasabila.

"Kau lah lambat. Patut kau boleh dapatkan lagi banyak duit. Tapi kau sibuk nak jatuh cinta" Kacang dibaling ke muka Shasabila.

"Bukan aku yang lambat. Tapi kita dah salah mangsa lah. Kau ingat Ammar tu kaya sangat ke? Kau tahu tak berapa dia boleh bagi aku? Seratus dua je sekali minta"

"Sekarang kan dia dah jaga syarikat bapak dia tu. Apa susah? Kikislah. Suruh dia kahwin dengan kau cepat sikit"

"Masalahnya kita dah wrong move lah bila dia ganti bapak dia. Dia jadi lagi sibuk. Even dah ugut pasal gambar tu, end up dia bercerai je isteri dia. Tapi bila aku cakap pasal kahwin, dia diam. Dia tak layan aku"

"Kau cucuk lah mak dia tu lebih sikit" Kulit kacang dibaling ke Shasabila.

"Eh kau ni jangan kurang ajar boleh tak?"

"Ek eleh kau dah kenapa nak mengamuk? Ke, kau dah jatuh cinta betul-betul dengan Ammar? Kau jangan lupa, kau tu aku punya"

"Kau tak boleh ke cari kerja yang elok sikit? Aku penat lah buat kerja macam ni" Kedengaran nada suara Shasabila yang terdesak.

"Kenapa nak cari duit cara susah kalau boleh dapat cara senang? Kau cucuk mak Ammar tu biar percepatkan perkahwinan kau dengan Ammar. Nanti hantaran minta banyak-banyak sikit. RM20,000.00 ke. Suruh dia bagi cash. Bagilah alasan apa-apa" Kamarul menyandarkan tubuhnya ke badan Shasabila.

"Dah tu RM3,000.00 esok ni macam mana? Aku takut lah. Nanti kalau Iqbal apa-apakan aku, jual dekat mana-mana rumah pelacuran ke, aku tak nak" Shasabila bersuara lirih.

"Esok aku jumpa Iqbal, minta tempoh masa. Kau tak payah takutlah. Aku kan ada. Kan aku janji nak jaga kau" Rambut Shasabila dipintal-pintal

Cahaya lampu yang suram dalam kelab itu membuatkan pasangan kekasih itu tidak menyedari bahawa perbualan mereka sedang dirakam oleh seseorang.

I am yours! Don’t give myself back to me.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience