61

Romance Completed 51694

Pada masa yang sama Julia membuka aplikasi WhatsApp untuk membuka mesej Firhan, mesej dari Ammar masuk menjadikannya berada ditempat teratas lantas mesej yang terbuka dahulu ialah dari Ammar.

Ammar : How's my two beautiful girls? Did you have fun attending Imah's engagement ceremony?

Julia : Maryam dah tidur. I was about to.

Ammar : Oh okay. Sorry kacau. Good night sayang my two baby girls. See you girls on Monday!

*Sent*
*Double blue tick*

Ammar menatap sahaja skrin telefonnya. Hampir 20 minit berlalu namun kelihatan Julia masih 'online' di WhatsApp.

'Tadi dia cakap dah nak tidur? Tapi online je lagi ni?' Detak hati Ammar.

Julia membuka mesej dari Firhan.

'I didn't fall in love with you because I was lonely or lost. I fell in love with you because for the first time I saw you, it was the only time that I had ever wanted to make a stranger someone a permanent part of my world.

My dear, you can tell me every terrible thing you ever did, take your time to think, or even reject me, but please let me still love you anyway'

Julia hanya terdiam tidak berkutik. Air matanya gugur buat kesekian kali. 'Firhan, awak patut dapat seseorang yang lebih baik. Bukan saya'

Entah bila, dia terlelap kepenatan.

Sebaik tersedar, Julia melihat jam dinding di bilik itu. Pukul 10.00 pagi. Matanya dikelipkan banyak kali untuk memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi. 'Ya Allah, aku tak sedar langsung malam tadi. Kesian Maryam mesti lapar. Eh Maryam mana?' Julia sempat mencapai tuala untuk menutup kepalanya sebelum dia keluar dari bilik mencari Maryam yang tiada di tempat tidurnya memandangkan tudungnya entah kemana, dan ketiadaan Maryam lebih mencemaskan Julia.

"Maryam" Julia memanggil nama Maryam sambil menuruni tangga dengan perlahan. Perutnya terasa perit akibat dari perbuatannya yang bangun dari katil secara tiba-tiba setelah menyedari Maryam tiada.

"Sini Ju sini" Firhan sudah berlari mendapatkan Julia setelah menyerahkan Maryam kepada mamanya. Julia diiringi hingga ke ruangan mereka duduk bersantai.

"Malam tadi Maryam menangis, tapi Ju tak sedar. Firhan minta Farisya masuk ambil Maryam, dia beri susu yang Ju letak dalam chiller. Kali kedua Maryam nangis pun Ju tak sedar juga. Lastnya, Maryam tidur dengan Firhan malam tadi. Maaf ye Ju buat Ju terkejut" Tutur Puan Sri Safiah.

"Tak tak, Ju yang kena minta maaf. Ya Allah teruk betul Ju tak sedar langsung. Susahkan Farisya dan Firhan pula pasal Maryam. Susahkan mama juga" Maryam sudah bertukar pangku.

"Tak apa, kami faham Ju penat. Sebab itulah mama cakap, ibu berpantang tak boleh sendiri. Kena ada teman. Kena ada yang tolong" Balas Puan Sri Safiah.

"Ju bawa Maryam naik dulu. Boleh mandi dan siap-siap nak balik Kuantan"

"Maryam dah mandi lah ibu. Nenek dah mandikan Maryam tadi. Ibu naiklah siap-siap dulu. Maryam tunggu kat bawah" Jawab Puan Sri Safiah. Maryam kembali ke pangkuan Puan Sri Safiah.

"Kalau macam tu Ju naik dulu. Maaf susahkan mama lagi" Dia sudah tergesa mahu naik ke atas, semalaman tidak menyusukan Maryam dadanya terasa penuh. Pam nya ada diatas. Firhan, seperti biasa, sudah berdiri mahu mengiringi Julia naik keatas.

"Firhan tak apa. Saya naik sendiri" Serentak itu juga, tuala yang diletak menutupi kepala dan diselempang ke bahu terjatuh, masih menutup rambutnya tetapi secara tak sengaja mendedahkan bahagian hadapan bajunya yang sudah basah dengan susu. Firhan yang ternampak cepat-cepat menundukkan pandangan. Julia sudah membetulkan semula tualanya

"Sorry, I tak sengaja" Tutur Firhan.

"Saya naik dulu" Julia sudah cepat berlalu memanjat tangga. Tidak sanggup melihat ekspresi wajah Firhan. Dalam hati dia sudah mengutuk diri yang cuai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience