82

Romance Completed 51709

"Ju dah buat keputusan ke?" Tanya Fatimah.

"Belum. Kenapa Imah tanya?" Tanya Julia semula.

"Tak lah, Imah tanya je" Jawab Fatimah, masih berbasa basi.

"Imah setuju ke, kalau Ju terima Am semula?" Julia berpusing menghadap Fatimah.

"Ju rasa Am layak dapat peluang kedua?" Balas Fatimah, juga dengan soalan.

"Ju takut" Jawab Julia pendek.

"Kalau Ju rasa Am dah berubah, Ju terima lah Am. Jujurnya bagi Imah, Imah rasa Ju lagi kenal Am berbanding keluarga dia. Ju kan dah pernah hidup dengan dia" Ujar Fatimah.

Ju hanya tersenyum tawar.

"Tengoklah, dapat petunjuk dari Allah nanti Ju buat keputusan" Balas Ju sambil tergelak, mengurangkan tahap serius perbincangan mereka.

"Apa pun keputusan Ju, Imah akan tetap sokong. Imah dengan Hafiz tetap akan ada untuk Ju dan Maryam"

"Terima kasih Imah. Imah tu kena banyak jaga diri. Sekarang dah berdua tu" Usik Julia.

Fatimah tersipu malu. Mana taknya, baby PKP is on her way!

"Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni'mata, laka wal mulk, laa syariika laka.

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu"

Maaf, Saya menaip dengan satu tangan sahaja jadi lambat sikit untuk habiskan satu-satu chapter. Doakan kesihatan dan kesembuhan untuk saya. Terima kasih kepada yang setia membaca Much love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience