76

Romance Completed 51694

Julia menunduk sahaja sewaktu mengkhabarkan berita itu kepada Ammar. Ammar juga diam tidak berkutik. Hanya terdengar suara Maryam yang sekali sekala membebel.

"Betul ke Ju?" Julia hanya mengangguk menjawab soalan Ammar.

"Kenapa?" Tanya Ammar lagi.

"Ju nak beri peluang pada Firhan" Jawab Julia lagi.

"Abang tak layak ke dapat peluang tu?" Tanya Ammar lirih.

"Kisah kita dua dah berakhir abang. Kita sekarang hanya sebagai ibu papa Maryam. Tak lebih dari tu. Tak boleh lebih. Sebab keluarga abang kan tak suka Ju. Kita tak boleh bahagia abang kalau kita sisihkan keluarga kita"

"Bila Ju nikah?" Tanya Ammar sayu.

"Cuti sekolah bulan 6 nanti, Insya Allah, kalau tak ada apa-apa" Mendengar jawapan Julia, Ammar hanya menunduk.

2 minggu tidak berjumpa Julia, tidak sangka dia dihidangkan dengan berita yang cukup memeritkan hati ini. 'Kuatkanlah aku ya Allah'

"Kalau ada apa-apa yang abang boleh bantu, Ju beritahu je ye. Insya Allah, abang bantu setakat mana yang abang mampu" Sebak menuturkan ayat itu, tapi dipujuk hati.

'Ketentuan Allah lebih baik Am, terima kenyataan ni. Lepaskan dia dan biarkan dia berbahagia dengan orang yang lebih menyayanginya'

"Ju minta maaf abang" Tutur Julia.

"Kenapa Ju nak minta maaf? Antara kita tak ada apa-apa dah. Abang minta maaf, selama kita bernikah, abang banyak sia-siakan Ju. Buat Ju sedih. Abang doakan kali ni Ju bahagia sampai ke syurga dengan Firhan" Tanpa disedari, air mata jatuh membasahi pipi mereka berdua.

Ammar seka cepat air mata itu. Julia juga. Antara mereka masih ada rasa cinta namun keadaan tidak memihak kepada mereka.

"Habiskan makan dulu ye, lepas tu kita balik. Firhan tahu kita keluar hari ni?"

Julia hanya mengangguk lagi.

"Baguslah kalau macam tu. Abang tak nak dia salah faham" Tutur Ammar.

"Tak, Firhan faham status kita. Abang jangan risau"

"Ammar okey ke lepas Ju beritahu dia?" Tanya Firhan dalam panggilan telefon lewat petang itu.

"Okey je. Cuma dia terkejut. Lepas tu dia tanya Ju keluar ni Firhan tahu tak? Ju cakap je lah yang Firhan tahu. Lepas habis makan, kami terus balik"

"Kalau macam tu tak apalah. Jagalah hubungan baik dengan dia. Dia kan papa Maryam. Lagi pun kalau Firhan pergi jauh, memang Firhan akan minta Ammar tengok-tengokkan Ju dengan Maryam nanti"

"Firhan nak pergi mana?" Tanya Julia, kebingungan.

"Tak, maksud saya, kalau saya kena pergi mana-mana ke, urusan kerja ke, memang Ammar yang boleh tolong Ju. Ju dah kenal dia. Dia pun papa Maryam"

"Oh, ha ah, Ammar memang baik pun. Awak pun" Muka Julia memerah menuturkan ayat itu.

Sebanyak mana pun sayang dia pada Ammar, dia kena terima hakikat yang tak lama lagi Firhan bakal menjadi suaminya. Dia perlu belajar menerima Firhan seikhlasnya, menyayangi Firhan, dan menghormati Firhan sebagaimana layaknya seorang suami. Sebagaimana ikhlasnya Firhan dan keluarganya menerima mereka berdua.

"Ju, terima kasih, sebab terima saya. Selepas 5 tahun, akhirnya Allah izinkan kita berdua bertemu dan hidup sama-sama. Saya sayang awak dan Maryam Lillahi taala. Terima kasih juga dah izinkan saya tumpang bermanja dengan Maryam"

Julia terkedu. Patutnya dia yang berterima kasih kerana dengan status dia, mereka masih menerima dia dan Maryam.

'Ya Allah, buka kan pintu hati aku untuk ikhlas menerima dan menyayangi lelaki ini sebagai suami aku nanti'

Share this novel

Syifa Umairah
2020-12-26 15:40:44 

kesian ammar,,but its okayyy,,


NovelPlus Premium

The best ads free experience