17

Romance Completed 51694

"Alhamdulillah, Ju dah sedar. Ada sakit mana-mana tak?" Tanya Fatimah sebaik sahaja dia sedar. Julia menggeleng perlahan.

"Nak air" Tekaknya yang terasa kering meronta untuk dibasahkan dengan air kosong. Fatimah menyua botol air mineral berserta penyedut minuman yang telah dibengkokkan. Lega dan nyaman dirasa tatkala air itu menuruni tekaknya.

"...baby Ju okey tak?" Sambungnya lagi. Fatimah mengangguk.

"Nasib baik Encik Ammar sempat sambut Ju masa Ju pengsan. Gelabah juga Imah sebab bila kejut Ju langsung tak bagi apa-apa respon. Encik Ammar terus call ambulan bawa Ju kesini. Semalaman Ju tak sedar. Alhamdulillah juga semalam pihak hospital pantau baby. Tak ada apa-apa yang bahaya. Dia anak yang kuat. Macam ibunya" Puji Fatimah. Perut Julia di usap perlahan. Julia tersenyum tawar.

"Imah balik dulu sekejap, Imah nak ambil baju untuk pergi sekolah esok. Lepas tu Imah datang semula. Nanti malam ni Imah tidur sini lagi" Ucap Fatimah. Julia yang terkejut segera bertanya,

"Imah tidur sini malam tadi? Imah tidur mana?"

"Tu kat bawah tu" Tunjuk Fatimah ke bawah. Terdapat toto dan bantal yang berlipat disitu. Melihatkan itu baru Julia memalingkan mukanya melihat kiri kanan bilik itu. Dalam bilik yang agak luas ini hanya terdapat satu katil.

"Imah, Imah beritahu nurse tukar katil Ju ke wad biasa boleh tak? Kalau Ju duduk wad biasa, Imah tak payah tidur sini. Apa-apa Ju boleh mintak tolong nurse je" Yang sebenarnya, dia sudah membuat kira-kira dalam fikirannya akan jumlah bayaran bil hospital kali ini. Walaupun IIUM Medical Centre ni bukanlah hospital swasta sepenuhnya, namun pasti kosnya akan lebih tinggi dari HTAA. Kalau ke HTAA juga dia ada GL untuk dirinya. Tak perlu keluar kos yang terlalu mahal.

"Ju risau pasal kos bil nanti?" Teka Fatimah. Julia mengangguk lemah.

"...tak payah risau. Encik Ammar cakap dia akan tanggung bil Ju. Lagipun nanti Imah bawakan GL Ju. Kaunter cakap boleh dapat kurang untuk penjawat awam" Jelas Fatimah.

"Ju tak nak. Kami bukannya ada apa-apa hubungan untuk dia tanggung bil Ju. Ju tak nak termakan budi" Tukas Julia. Fatimah yang mengesan nada suara berbeza dari Julia segera memujuk.

"Okey macam ni. Ju rehat je. Nanti Imah tanya anggaran bil. Kalau Ju pindah ke wad ramai-ramai, Imah tak boleh teman Ju. Nanti Ju kena buat sendiri. Nak pergi tandas sendiri. Kena jalan jauh sikit. Imah tak nak, Imah risau nanti. Ju rehat dulu ye? Jangan fikir pasal bil. Kalau tak nak Encik Ammar tanggung, Imah tolong Ju. Jangan risau-risau. Imah balik sekejap. Sebelum Maghrib nanti Imah datang. Imah nak ambil baju Ju jugak nanti untuk pakai lepas discaj nanti" Lengan Julia diusap lembut berulang kali.

Julia hanya mengangguk. Dia yang menahan perasaan mengantuk melihat jam dinding dihadapannya, 4.30 petang. Butir-butir percakapan Fatimah tidak jelas di pendengarannya. Entah bila dia terlelap. Tak sedar juga bila Fatimah betul-betul balik.

"Saya betul suami dia. Kalau cik tak percaya, boleh cek nama dengan IC saya ni dekat buku merah dia tu" Kad pengenalannya dikeluarkan. Sewaktu kelam-kabut dalam masa menunggu ambulan tatkala Julia pengsan semalam, sempat dia menyelongkar handbeg milik Julia. Disaat itu mata dia tertangkap buku merah ini, yang merupakan keperluan bagi setiap wanita mengandung. Tak tahu kenapa, dia sebak apabila melihat namanya dimaklumat suami. Mungkin kerana ikatan mereka hanya betul-betul akan putus bila lahirnya anak ini nanti.

Seketika kemudian, jururawat tadi kembali semula.

"Okey, encik boleh masuk" Kad pengenalan Ammar dikembalikan. Sedikit gementar, namun dikuatkan langkah kaki ke bilik yang menempatkan Julia. Sebaik tiba, lama dia berdiri dihadapan pintu. Nafas panjang ditarik, dan dihela perlahan. Menyalurkan semangat kepada dirinya sendiri. Pintu masuk dikuak perlahan dan katil Julia didekati. 'Tidur lagi'. Ammar duduk dikerusi yang disediakan. Tangan Julia yang dipasang branula tu digosok perlahan. Kelihatan bengkak sedikit.

Julia bergerak sedikit. Tangan yang disangka milik Fatimah dia genggam sedikit.

"Nak air". Tutur bibir yang kelihatan begitu kering. Matanya masih belum dibuka. Ammar melepaskan tangan Julia. Botol air berisi straw yang sudah siap dibengkokkan disua ke bibir Julia. Sekadar dua teguk diminum dan Julia menggeleng tanda cukup. Seketika kemudian, terasa suam milik tangan Fatimah diatas tangan kirinya. Selesa. Suasana hening seketika. 'Senyap je Imah ni?' Desis hati Julia. Matanya dibuka perlahan dan diarahkan penglihatannya ke bahagian kirinya.

Sebaik sahaja matanya menyapa wajah itu, tangannya terus ditarik pantas, menyebabkan wayar dan branula pada tangannya beralih kedudukan kerana ditindih tangan Ammar secara tidak sengaja. Darah mula meleleh keluar membasahi cadar dan selimut hospital. Ammar pantas berlari keluar mencari jururawat.

"Wayar untuk masukkan air dekat tangan isteri saya tercabut. Darah meleleh keluar" Ayatnya sudah tunggang terbalik. Jururawat dengan tenang membawa satu bekas berisi kapas dan pita pelekat dan masuk ke bilik Julia. Cekap sahaja dia mencabut branula ditangan kiri Julia dan melekatkan kapas untuk menghentikan pendarahan.

"Kita tukar ke tangan kanan ye puan. Tangan kiri dah bengkak sikit" Maklum jururawat itu. Julia hanya mengangguk sahaja. Matanya dilarikan dari memandang Ammar. Meskipun dia tahu mata itu tidak lepas memandangnya. Tak tahu respon apa yang perlu diberikan.

One more for today :) Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience