12

Romance Completed 51694

Julia yang cuti pada hari ini hanya duduk diberanda rumahnya mengambil angin pagi. Dapat dilihat anak-anak jiran menuju ke sekolah. Asalnya dia ingin sahaja ke sekolah seperti biasa, namun setelah Fatimah mengkhabarkan perihal dia dimasukkan ke hospital, guru besar menyuruhnya bercuti sahaja. Rezeki bertemu dengan orang yang baik-baik.

"Cikgu tak kesekolah hari ini?" Tegur Puan Jocelyn. Pulang sahaja dari menghantar anaknya ke sekolah, dia singgah dirumah Julia.

"Tak kak, saya cuti hari ini". Balas Julia. Sesekali pinggang yang terasa lenguh diurut perlahan.

"Dah makin sarat, memang macam tu lah cikgu. Badan pun mudah rasa tak sihat. Dulu masa mengandungkan Bradley, saya tiap-tiap malam kejut suami. Kaki selalu kejang. Sakit pula tu".

Dia mengambil tempat disebelah Julia. Tangan Julia dipicit lembut hingga ke bahu. Julia yang mula nya menghalang, membiarkan apabila terasa nyaman dan segar.

"Bila jauh dari keluarga yang di Sarawak sana, memang suami akaklah yang kena jadi mangsa kak". Julia tergelak kecil, menyorok rasa hiba. Keluarga sendiri sudah tak sudi, suami pula membuangnya dari sisi.

"Cikgu jauh dari keluarga, PJJ pula dengan suami, lagi kasihan saya tengok. Cikgu kalau perlukan apa-apa, beritahu saja saya. Saya tolong. Lagipun, cikgu sudah banyak bantu Patricia dan Bradley belajar". Pelawa Puan Jocelyn.

"Saya okey kak. Jangan risau-risau. Saya tolong mereka ikhlas, dari tak buat apa-apa dirumah, lagipun bila mereka datang buat kerja sekolah, hilang sikit sunyi rumah saya". Balas Julia.

"Cikgu tarikh jangka bersalin bila? Nanti 2 3 minggu awal saya minta Patricia datang tidur sini teman cikgu. Senang kalau tiba-tiba cikgu sakit tengah malam". Cadang Puan Jocelyn.

"Bulan 11 nanti kak, 19 November. Lambat lagi. Jururawat klinik pun cakap selalunya anak sulung akan lahir lambat sikit kan?"

"Tidak tentu juga tu cikgu. Patricia tu lahir 5 minggu awal. Nanti macam ni, awal bulan 10 saya suruh Patricia datang tidur sini teman cikgu, sampai suami cikgu datang". Julia terdiam.

Awal dia berpindah ke taman itu dahulu, bila ditanya, dia cuma menjawab suaminya kerja jauh diluar negara. Jarang sekali dapat balik ke Malaysia. Dekat-dekat tarikh bersalin nanti baru suaminya akan datang. Dia sudah terlupa. Sungguh, nak menipu ni bukan senang. Kena selalu ingat penipuan yang kita reka tu.

"Err bo..boleh kak. Terima kasih banyak-banyak kak". 'Tulah, nak menipu sangat. Kan dah tergagap'. Bisik hati Julia.

Rumah Julia dipandang Ammar dari dalam kereta di seberang padang yang tidak begitu besar. Hanya cukup untuk menempatkan alatan permainan kanak-kanak sekadar 3 buaian dan satu set gelongsor yang mempunyai 3 papan gelongsor.

Cukup untuk Ammar memerhatikan Julia yang sedang bersembang dengan seorang jirannya dari jauh tapi masih dalam jarak penglihatannya. Air mata berderu membasahi pipinya.

"Kenapa awak tak beritahu abang awak mengandung? Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku tak tahu Julia mengandung. Ya Allah aku tak tahu". Buat kedua kalinya dalam hidupnya dia menangis teresak-esak. Sebelum ni, sebaik sahaja hakim mengesahkan penceraian mereka, sebaik balik ke rumah dia mengurung diri.

Kecewa dengan diri sendiri yang tegar melakukan kezaliman kepada isteri yang dia janjikan kebahagiaan sepanjang hayat. 'Teruknya kau Ammar. Padan muka. Kau zalim dengan Julia. Kau seksa dia'.

"Ya Allah aku tak tahu ya Allah. Aku berdosa ya Allah". Tangisannya masih belum berhenti. Tidak mampu untuk berhenti. Bayangan Julia muntah-muntah sewaktu dia pernah mengandung dulu terimbas di fikiran Ammar.
Ya, Julia tak mandul seperti apa yang mama cakap.

Dia pernah mengandung. Sepanjang 4 tahun mereka bernikah, 3 kali Julia keguguran. Setiap kali mengandung, Julia akan mengalami alahan yang teruk, juga dikenali sebagai Hyperemesis Gravidarum. Apa sahaja yang dimakan, hatta sekadar minum air kosong juga akan dimuntahkan semula.

Pada awalnya mereka rajin berulang-alik ke klinik swasta berhampiran rumah untuk dimasukkan air bagi membekalkan zat memandangkan Julia tidak dapat makan apa-apa. 2 bulan usia kandungan beratnya berkurangan sebanyak 10kg. Untuk 2 beg air yang dimasukkan terus pada kedua tangan Julia mereka perlu membayar RM50. Tidak banyak nilainya berbanding nyawa isteri dan anaknya tapi bagi mereka, RM50 itu besar nilainya.

Kemudian mereka ke bahagian kecemasan hospital kerajaan. Tapi kerana kes mereka bukan lah dalam kategori betul-betul kecemasan, mereka perlu menunggu sedikit lama kerana kes lain yang lebih penting akan diutamakan. Kadang-kadang sampai lewat malam atau menjelang pagi baru mereka balik.

Entah kenapa, dia lupa, tetapi selepas 2 3 kali berjaga di bahagian kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), mereka tidak lagi ke hospital. Julia lebih senang ke farmasi, membeli ubat tahan muntah seperti yang mereka pernah dapat dari klinik swasta. Mungkin duit isunya. Membeli ubat lebih murah, dan lebih mudah, berbanding ke klinik swasta, dan bermalam di bahagian kecemasan HTAA. Apabila Julia keguguran, dia juga tidak bertanya apa-apa. Sekadar menganggap bahawa itu adalah perkara normal.

"Awak muntah-muntah lagi tak bila mengandung kali ni? Abang minta maaf. Abang tak tahu. Kalau abang tak buat perangai, mesti hubungan kita tak akan jadi macam ni. Abang minta maaf, Ju".

Semalam, dia menyuruh Hafiz pergi ke Kuantan untuk bertemu dengan guru besar sekolah Julia untuk urusan sumbangan Bilik Media. Sementara dia meminjam kereta Suzuki Swift Amir dan mengikuti mereka dari belakang. Hasil dari mengikuti Hafiz yang memandu kereta Fatimah, dia mengetahui lokasi rumah sewa Julia. Rumah teres setingkat dikawasan perumahan kos rendah berdekatan satu kawasan perindustrian di Kuantan.

"Cukup ke gaji awak selama ni Ju? Kejamnya abang. Dah la nafkah awak abang tak bayar langsung. Awak masih tak tuntut apa-apa". Terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut melafazkan talak, ikatan terlerai.

Slow sikit hari ni sebab saya study untuk final exam esok. Doakan saya yea :) Insya Allah lepas habis final ni laju sikit update. Enjoy reading and stay safe!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience