64

Romance Completed 51694

"Ada apa kau datang sini?" Tanya Mohamed. Ammar masih terdiam. Gugup mendengarkan nada suara abah Julia.

"Saya nak minta maaf dengan abah, dengan umi" Jawab Ammar.

"Lepas bertahun baru kau nak minta maaf? Masa kau bawa anak aku lari, ada kau fikir maruah keluarga aku?" Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dibelasah Ammar. Tapi tenaga tuanya tidak mengizinkan.

"Kalau abah dengan umi tak nak maafkan saya sekalipun, abah umi maafkan lah Ju. Terima dia semula dalam keluarga. Saya tahu, dia rindu abah umi. Bukan salah Ju sepenuhnya. Saya yang salah saya rela terima hukuman, asal abah umi maafkan Ju" Rayu Ammar.

"Semudah itu kau bercakap. Maruah keluarga aku macam mana? Kau boleh kembalikan macam dulu?" Jerkah Mohamed.

"Saya tahu saya salah. Perlakuan saya tu pun tak boleh dimaafkan sesenang itu je. Tapi kalau pun abah tak nak maafkan saya, maafkan lah Ju. Dia perlukan keluarga dia juga dalam waktu sekarang" Balas Ammar.

"Apa maksud Am?" Tanya Norli.

"Julia dalam pantang umi. Dia baru lepas bersalin awal November hari tu" Telefonnya di tunjuk kepada Norli. Gambar Maryam terpapar.

"Nur Maryam nama anak kami" Sambung Ammar bila dilihat raut wajah Norli yang hampir menangis.

"Kau ingat dengan kau bawa berita ni, aku boleh maafkan kau? Semudah itu? Sekarang kau ambil telefon kau ni, kau berambus dari rumah aku. Sebelum tongkat aku ni tinggalkan kesan dekat badan kau, baik kau balik. Balik!" Jerkah Mohamed.

"Abang, Ammar datang nak minta maaf. Kenapa susah sangat abang nak maafkan? Saya nak jumpa Ju abang. Dah lama sangat saya tak jumpa dia" Norli sudah menangis.

"Kalau kau nak jumpa dia, kau jangan jadi isteri aku lagi. Aku tak ada anak yang macam tu. Anak yang dah conteng arang ke muka aku. Dah jatuhkan maruah aku" Tempik Mohamed.

Ammar yang sudah ditolak hingga ke luar rumah hanya terkesima. Marah Mohamed bukan calang-calang. Sangkanya selepas 4 tahun, hampir 5 tahun, kemarahan Mohamed sudah sedikit sejuk. Tapi dia silap. Kemarahan Mohamed semakin menjadi-jadi.

"Am balik dulu umi. Nanti Am datang lagi" Ammar menyalami tangan Norli.

"Nanti Am datang bawa balik Ju dengan baby juga ye" Pinta Norli. Ammar hanya mengangguk.

"Insya Allah umi. Terima kasih umi" Ammar melangkah masuk kedalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience