62

Romance Completed 51694

Hari Isnin itu, Kak Tini kembali ke rumah Julia. Menyambung kembali khidmatnya yang tertunda kerana Julia ke Kuala Lumpur.

Hari Isnin tu juga Ammar ke rumah Julia.

"Sorry abang tak dapat bawa Ju pergi rumah Imah" Mereka sedang duduk di luar rumah Julia.

"Tak apa. Mama abang macam mana?" Tanya Julia.

"Mama okey. Dia dah sedar semalam. Minggu ni Amir ada, jadi abang minta Amir tunggu mama dengan babah. Zahira pun ada tu. Tak risau lah" Mama Ammar yang retak tulang punggung terpaksa menjalani pembedahan memasukkan plate besi untuk memulihkan keadaannya.

"Baguslah macam tu. Harap mama cepat sembuh. Ju ingat nak pergi jenguk mama hari tu, tapi memikirkan dia mesti marah kalau Ju datang, Ju tak jadi pergi. Sorry abang" Balas Julia.

"Tak apa je. Lagi pun, Ju janganlah lasak-lasak sangat lagi. Rehat je dulu. Tak habis pantang lagi kan. Amir dengan Zahira pun nak sangat jumpa Maryam, tapi tunggu mama keluar hospital dulu lah" Maklum Ammar.

"Ju ada nak apa-apa? Abang boleh belikan" Sambung Ammar.

"Tak ada. Kak Tini dah tolong belikan barang-barang. Sebab dia yang masak kan, lagi senang dia beli sendiri Kak Tini cakap" Jawab Julia.

"Haaa okey. Tapi kalau ada apa-apa, Ju beritahu je abang. Abang pun tak ada buat apa sangat kat rumah bila dah habis kerja. Minggu depan baru Hafiz datang pindah sini"

"Tapi dah nak cuti sekolah, Hafiz datang sini, Imah pula balik Gombak" Tutur Julia dan membuatkan dia serta Ammar sama-sama tergelak.

"Terpisah sekejap lah, tapi lepas tu sibuk balik dengan kerja kahwin. Jiranku jodohku" Balas Ammar.

Iya, dalam saat genting tentang keputusan hal pernikahan Ammar dan Julia, satu hubungan lain terjalin.

"Abang harap, Hafiz dengan Imah tak lalui apa yang kita dah lalui. Sakitnya tak mampu nak ungkapkan"

"Kita doakan lah yang terbaik buat mereka. Semoga rumahtangga mereka dilindungi dan jodoh mereka berdua berkekalan sampai ke syurga. Haa abang ni pula, bila nak cari mummy baru untuk Maryam?" Seloroh Julia.

"Tak nak lah abang. Kan abang dah cakap, dekat hati abang ni ada ibu Maryam je" Jawab Ammar sambil berjenaka juga, cuma dia berharap Julia memahami maksud tersirat itu.

"Abang kena cari orang yang mama abang approve. Ju dah terkeluar dari senarai" Julia tergelak lagi. Hormon gembiranya terlebih agaknya hari ni.

"Nanti abang buat mama approve Ju. Ju, tunggu abang yea" Suara Ammar lembut menyapa telinga.

"Hal yang mustahil tu untuk dicapai" Jawab Julia melindungi rasa gugup setelah mendengar bait-bait ayat dari Ammar.

"Tak mustahil, Insya Allah. Tapi Ju kenalah doakan abang ye" Tangan Julia dilihat sahaja dengan ekor mata. Mahu sahaja dia memegang tangan itu, mengalirkan rasa cinta biar dapat dirasai Julia. Namun apakan daya, hubungan antara mereka tidak lagi membenarkan perlakuan sedemikian.

"Insya Allah, kalau itu yang terbaik, kita terima. Tapi kalau Allah ada perancangan yang lebih baik, kita kena reda. Kan abang?"

"Ju dengan Firhan, ada apa-apa dah ke?" Dia berkira-kira mahu bertanya, tapi nampaknya mulutnya lebih laju bertindak.

"Mana ada apa-apa. Dia tolong je" Jawab Julia pendek.

"Ju tunggu abang ye, kita bina semula keluarga kita" Tutur Ammar. Jujurnya dia cemburu apabila Firhan dan mamanya kerap kali bertandang menziarahi Julia dan Maryam. Namun kerap kali diingatkan diri yang antara dia dan Julia sudah tiada apa-apa hubungan yang melayakkan dia untuk rasa cemburu.

Sesak dadanya bila diingatkan Firhan dan mamanya membantu Julia untuk ke majlis pertunangan Fatimah dan Hafiz. Tapi dia perlu mengawal tingkah lakunya. Tidak mahu Julia menjauhkan diri.

'Ju tunggu abang ye, sikit je lagi. Abang tetap akan pujuk mama supaya terima Ju dan Maryam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience