75

Romance Completed 51694

"Apa pun jadi dekat hidup kau, aku tak nak ambil tahu lagi dah. Dah termaktub dalam kamus hidup aku, yang aku tak ada lagi dah anak macam kau. Kau pandai-pandailah bawa diri. Jangan balik sini dah selagi aku masih hidup" Mohamed bangun membawa dirinya keluar dari rumah.

Dia duduk dipangkin yang terdapat dibawah pokok dihadapan rumah. Julia dan tetamu lain masih lagi didalam rumah. Norli menangis tak berhenti sejak melihat Julia dan Maryam. Apatah lagi setelah diceritakan bahawa Julia dan Ammar sudah berpisah, makin teruk air matanya mengalir.

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak dan dicucuh. Berkepul-kepul asapnya kemudian hilang ditelan angin.

"Abang Mad dah lama merokok?" Sapa Tan sri Hamzah. Dia merasakan yang perlunya dia bercakap berdua bersama abah Julia.

Soalannya hanya terbiar tanpa jawapan. Melihatkan situasi itu, Tan Sri Hamzah menyambung bicara.

"Dulu masa sekolah menengah, saya curi-curi hisap rokok. Lama juga, makan masa bertahun. Sampailah tingkatan 5, terkantoi dengan ayah saya. Memang disebat saya tak berhenti. Dia cakap, duit yang dia beri, untuk beli makanan. Bukan beli rokok.

Lama saya berjauh hati dengan ayah saya. Ayah saya pun macam Abang Mad lah. Tegas. Takut anak-anak dibuatnya. Sehinggalah ayah saya meninggal, hubungan saya dengan ayah tetap macam tu. Tak rapat.

Tapi lepas dia meninggal baru saya sedar yang saya sayangkan dia. Saya yang rugi sebab tak minta maaf awal-awal. Tak merapatkan jurang antara kami awal-awal. Selama bertahun Julia tak ada, Abang Mad tak rasa rindu dekat dia?" Pancing Tan Sri Hamzah.

"Patut dia tanya diri dia dulu sebelum dia buat kerja gila kahwin lari dekat sempadan. Aku ni wali dia. Tapi dia layan aku macam aku ni tak ada" Bentak Mohamed.

"Abang Mad, sebelum ni saya hanya percaya yang ayah saya tak sayang saya.. Tanpa saya sedar yang apa ayah saya buat tu adalah sebab dia sayangkan saya. Saya yang silap. Ikutkan sangat darah muda membara.

Saya yakin itulah apa yang Julia alami sekarang. Maafkan lah dia ye bang. Sekurang-kurangnya, abang boleh bangga dengan dia. Sebab dia kahwin lari. Bukan dia buat maksiat tak tentu pasal. Dia cuma pernah tersilap. Kalau bukan kita yang bantu anak-anak kita, terima anak kita semula, siapa lagi kan bang" Pujuk Tan Sri Hamzah.

"Aku tak nak, dan aku takkan dapat maafkan dia. Kalau kamu nak, kamu ambil lah bela dia. Aku tak nak. Muktamad. Kamu pergilah balik. Jangan buang masa kat sini lagi"

"Kalau macam tu, boleh abang walikan Julia kali ni?" Tanya Tan Sri Hamzah.

"Aku dah cakap aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan budak tu lagi. Kamu ni tak faham bahasa ke?" Marah Mohamed. Kunci motor dikeluarkan dari poket. Motor dihidupkan dan dia berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience