43

Romance Completed 51694

Di pagi Sabtu yang hening, Julia melihat telefon bimbitnya yang berbunyi itu. Kelihatan nombor yang tidak dikenali menghubunginya. Dia sedikit berkira-kira sewaktu mahu menjawab panggilan itu, namun mengenangkan mungkin itu merupakan panggilan yang penting, dia menjawabnya juga.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, ni Julia ke?" Tanya pemanggil.

"Ya saya. Siapa ye ni?" Tanya Julia.

"Ni Firhan. Ingat tak?" Tanya pemanggil itu lagi.

"Maaf, saya tak ingat. Firhan mana ye?"

"Firhan yang pernah sekelas dulu tu untuk subjek tambahan. Saya tak sama jurusan dengan awak. Saya pelajar Sains Kemanusiaan. Ingat tak?" Jelas Firhan.

"Macam tak ingat juga, maaf" Balas Julia.

"Awak ingat tak yang mak saya pernah jumpa awak dekat luar dewan lepas habis peperiksaan akhir tu?" Firhan masih berusaha membuatkan Julia mengingatinya.

"Oh ya, ya saya ingat dah. Maaf Firhan saya tak teringat langsung pasal awak, sebab saya tengah fikirkan pasal coursemate lelaki saya yang nama Firhan. Lupa pasal awak sebab awak tak sama jurusan dengan saya" Balas Julia.

"Ada apa ye awak call saya?" Sambung Julia lagi.

"Saya baru dapat tahu yang awak ada hantar proposal untuk mendapatkan penaja Bilik Media sekolah awak dekat company daddy. I know it's a bit late to ask, but do you still need anything?" Terang Firhan.

"Kami dah dapat penaja sebenarnya. Bilik Media tu dah siap dah pun. I am so sorry sebab buang masa awak dengan hal ni. Sebab saya hantar proposal tu macam dah agak lama, tapi tiada apa-apa respon. Saya ingat company mungkin tak berminat. Company daddy awak yang mana satu ye?" Tanya Julia.

"Company daddy yang Klasik Deco Sdn. Bhd. tu. Proposal tu baru je saya tengok semalam. I thought it was a different Julia but as the name sounds so damn familiar, I tried to call you and soon as I heard your voice, I knew it was you" Gemersik suara Firhan bersembang.

"Oh jadi awak kerja dengan daddy awak sekarang?" Tanya Julia.

"Eh tak, saya tentera udara. Dekat kem Batu 10 Kuantan" Terang Firhan.

"Eh really? What a pleasant coincidence. Saya pun dekat Kuantan. Awak tak kerja dengan daddy jadi macam mana awak tahu pasal proposal ni?"

"I knew right? Memang kebetulan sangat. You ingat Farisya? Adik I yang ikut mama jumpa you tu? Dia kerja dengan daddy as an Interior Designer. Dia yang beritahu I pasal proposal you. Mama I kirim salam dekat you" Suara Firhan kedengaran begitu teruja.

" 'Alaikum waalaihissalam. Puan Sri sihat?" Julia mula terasa tidak selesa bersembang dengan Firhan. Tetapi atas dasar kesopanan, dia mencuba sebaik mungkin melayan Firhan bersembang.

"She's fine. Tapi dia rindu you. You free tak esok? Mama will be here tomorrow, so I think it'll be good if we can have a lunch together?" Pelawa Firhan. Julia serba salah.

Ada sejarah antara dia dan Firhan yang membuatkan dia tidak begitu selesa untuk bertemu dengan Firhan. Tetapi mengingatkan kebaikan budi mama Firhan, dia serba salah.

"Firhan, I'll let you know by tonight. I kena tanya kawan I dulu kalau dia boleh temankan" Jawab Julia sedang otaknya mencari alasan untuk menolak pelawaan itu.

"Yeah sure. Malam ni I'll text you for confirmation. I hope you can make it Ju. It's been a long time since I last saw you" Tutur Firhan dengan penuh pengharapan.

"I'll try my best. Jangan berharap ye. But I sincerely do appreciate your concern regarding the proposal" Ujar Julia.

"No problem. But I hope I can see you tomorrow. I can even fetch you and your friend. If you live somewhere near the school, tak lah jauh sangat kan"

Jika sememangnya ditakdirkan berjumpa, Setiap jalan akan membawa kepadanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience