48

Romance Completed 51694

Firhan : Assalamualaikum Ju.

Firhan menunggu sambil jari jemarinya menari diatas meja. Jam tangan dijeling sekilas. Pukul 9 malam.

Julia : Waalaikumussalam. Yes?

Hampir sahaja Firhan melompat kerana teruja.

Firhan : You tengah buat apa?

Julia : Tak ada apa-apa pun. Anything I can help you with?

Firhan : Farisya beritahu I tadi yang daddy wanted to chip in for your project. But since Media Room is all completed, we wonder if you would allow us to redecorate your school's library? The entire cost would be on us!

Lama Julia menaip. Tapi mesejnya tak juga tiba. Akhirnya!

Julia : I don't know what to say. Sebab saya kena bincang dengan guru besar dulu.

Firhan : Boleh. Kalau you nak Farisya datang pun boleh. Dia boleh tunjuk apa idea yang dia ada.

Pantas Firhan membalasnya.

Julia : Tapi nanti akan melibatkan banyak belanja Firhan. Kami pula tak boleh keluarkan apa-apa dokumen untuk pengecualian cukai.

Firhan : Tak apa. Sebenarnya ni macam salah satu projek yang Farisya kena buat untuk dia masukkan dalam portfolio hasil kerja dia. Jangan risau pasal belanja yang terlibat nanti.

Julia : Ya Allah, saya rasa bersalah sangat sebab hantar proposal tu.

Firhan : Eh tak apa. At least disebabkan proposal you tu lah kita boleh contact balik.
'Walaupun you dah jadi isteri orang, dah nak dapat anak, meeting you is good enough, Ju. I'll be happy, if you're happy' Bisik hati Firhan.

Julia berjeda. Dia merasa tidak selesa berhubungan begini dengan Firhan walaupun hanya dalam WhatsApp. Walaupun, hanya ada lebih kurang sebulan lagi untuk tamat 'iddah, dia masih belum mahu hal itu sampai ke pengetahuan orang. Pada mata masyarakat sekitar, Ammar masih suaminya.

Julia : Firhan, you don't have to do this.

Firhan : I'm sorry, kalau I buat you dengan husband you tak selesa. Kalau you nak, I minta Farisya yang contact dan handle pasal ni dengan you. Sebab kami memang nak fokus untuk redecorate the library for Farisya's project.

Julia : I'll connect you with the teacher in charge for the library. Thank you so much Firhan.

Firhan : The pleasure is always mine, Ju!

~Flashback~

Sehabis kelas Dr. Atifah itu, Julia mengemas komputer riba yang digunakan untuk pembentangan tadi. Kebetulan, giliran kumpulan mereka adalah yang terakhir. Jadi semasa kelas tamat, Julia masih belum sempat mengemas semua barangnya.

Melihatkan keadaan kelas yang sudah kosong, Firhan serba salah mahu meninggalkan Julia sendiri. Dia membatalkan niat mahu keluar sebaliknya terus menuju ke meja pensyarah dimana Julia sedang mengemas.

"Tak apa Firhan, saya boleh buat ni sendiri" Ucap Julia.

"Tak apa, saya tolong" Balas Firhan. Segala kertas nota dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam fail. Wayar komputer riba Julia digulung dan dimasukkan ke beg komputer riba.

"Ju, I like you" Luah Firhan secara tiba-tiba. Julia terdiam. Firhan juga turut diam.

"I don't know if this is the correct way. But I like you. Dah lama I suka you" Sambung Firhan.

"Firhan..." Belum sempat Julia menghabiskan ayatnya, Firhan meningkah.

"I tahu pasal you dengan kawan you gaduh. I tahu pasal apa yang orang-orang cakap tentang you. Tapi tu bukan sebabnya. I memang dah lama suka you. Dari kita belajar di asasi lagi. Memang masa tu you tak kenal I lagi, but I dah suka you. I hope we can bring this to some other better phase"

"Firhan," Julia menelan air liur. Ini sangat mengejut. Tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi.

"I know this is so sudden. You can take your time to think about this. But until then, kita boleh kawan macam biasa. Teruskan berkenalan" Firhan tergelak kecil. Menyembunyikan rasa malunya.

Melihatkan tiada tindakbalas dari Julia, dan mereka juga sudah selesai mengemas, Firhan mula melangkah untuk meninggalkan kelas itu.

"Firhan!" Panggil Julia sambil memegang hujung jaket Firhan. Langkah Firhan terhenti.

"I can't" Jawapan Julia menyebabkan empangan air mata Firhan hampir pecah. Tapi ditahan.

"Ju, tak payah bagi jawapan sekarang. I can wait. Take your time. You nak lunch sama?" Firhan mengalih topik perbualan.

"Tak, saya nak balik makan dekat kafe hostel" Jawab Julia. Jaket Firhan dilepaskan perlahan.

"Okay, I'll see you later then!" Firhan cepat-cepat keluar dari kelas itu tanpa berpaling melihat Julia. Air mata yang mengalir diseka dengan jarinya.

Adakah perlu ku simpan cinta ini, Atau ku cari sahaja cinta yang lain? -Firhan-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience