28

Romance Completed 51709

"Saya minta maaf untuk kejadian hari Sabtu lepas cikgu. Terima kasih banyak-banyak juga sebab cikgu amat memahami. Hari Isnin minggu sebelumnya saya dah cuti, minggu lepas cuti lagi seminggu" Sungguh dia terasa malu dengan semua guru dan guru besar sekolahnya kerana menyusahkan mereka semua untuk tolong 'relief' masanya apabila seminggu dia terpaksa MC.

"Tak perlu minta maaf cikgu. Cikgu MC. Bukan suka-suka cikgu cuti. Jangan risau. Kami faham keadaan cikgu. Kita kat sekolah ni sekeluarga. Andai ada yang susah, kita tolong. Lagipun, hal sakit ni bukan orang saja-saja minta. Cikgu tak perlu risau" Ujar guru besar.

"Bilik Media cikgu sudah boleh mula digunakan. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Berjaya cikgu mendapatkan penaja untuk bilik tu" Sambung guru besar.

"Terima kasih juga cikgu sebab sangat bertimbangrasa dengan keadaan saya" Ucap Julia. Sejujurnya dia masih belum bersedia untuk masuk ke Bilik Media itu. Memikirkan segalanya datang dari duit Ammar.

"Encik Ammar, Tuan Anuar ada diluar. Dia nak berjumpa dengan tuan" Maklum Syazwan melalui interkom. Sememangnya dia menggunakan panggilan Tuan Anuar untuk babah Ammar.

"Boleh Syazwan. Awak hantar dia masuk ye" Balas Ammar. Dia membetulkan duduknya dan meja yang bersepah dengan fail dan kertas dikemaskan sedikit.

"Tak apa, babah bukan lama pun. Saja singgah"

"...apa khabar Julia dengan cucu babah dekat Kuantan?" Sambung Anuar. Mata Ammar terbuntang.

"Toksah terkejut sangatlah. Babah ramai informer dekat Kuantan tu" Anuar tergelak besar sambil mengusik Ammar.

Sebaik menerima gambar Ammar dan Julia sedang makan bersama di Kuantan, dia segera sujud syukur. Terasa seolah doanya untuk bertemu Julia dimakbulkan Allah. Dia mahu memohon kemaafan dari menantunya itu. Ammar berdehem. Pandangannya ditundukkan ke meja.

"Am minta maaf babah" Dia reda kalau kali ini babah mahu menyingkirkan dia semula dan menyerahkan syarikat percetakan itu kepada abang sulungnya.

"Minta maaf buat apa? Betullah apa yang Am buat tu. Cari Ju semula. Minta maaf pada dia. Jaga kebajikan nafkah dia. Kamu dah rujuk semula?" Tanya Anuar. Terdiam Ammar mendengar ucapan dari mulut babahnya. Bertambah rasa terkejutnya.

"Tak babah, Julia tak nak" Tutur Ammar lemah.

"Tak apa, itu hak dia. Yang penting Am tunaikan tanggungjawab Am. Bila Am ke Kuantan lagi?" Tanya Anuar.

"Hari Jumaat nanti. Lepas solat Jumaat Am bertolak". Jawab Ammar.

"Babah nak ikut!" Ammar mengangkat keningnya.

"...babah nak jenguk Julia. Nak minta maaf juga dengan dia" Sambung Anuar lagi. Belum habis terkejut Ammar yang tadi, ditambahkan dengan kejutan ini pula. Apa dah jadi ni?

"Babah balik dulu. Nak pergi minum dengan kawan-kawan. Nanti jangan lupa ambil babah dekat rumah Jumaat nanti" Anuar sudah berdiri.

"Nanti selesaikan urusan Am dengan Shasabila sekali. Kalau nak langsung, langsungkan cepat-cepat. Kalau tak jadi pun beritahu, takut timbul salah faham bila dia kerap sangat keluar dengan orang yang berbeza" Sambung Anuar.

Ammar yang keliru mendengar ayat dari mulut babahnya, terdiam seketika sebelum mengangguk.

Just because I let you go, doesn’t mean I wanted to...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience