8

Romance Completed 51694

Ammar bangun awal pagi tu. Menyiapkan mentalnya sebelum bertemu Julia, bekas isterinya. Semenjak 2 3 bulan kebelakangan ini dia kerap bangun awal pagi. Ada masanya dia berqiamullail. Ada masanya bangun untuk solat tahajud dan sunat taubat. Andai boleh diputar masa, sungguh dia tak ingin sekali terjebak dengan zina.

"Ya Allah, hamba-Mu ini sangat tidak layak untuk mohon masuk ke syurga-Mu. Tapi aku takut sangat untuk masuk ke neraka. Aku takkan berdaya untuk menerima azab bagi kesemua salahku ini ya Allah. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, lembutkan hati bekas isteriku ya Allah, supaya dapat memaafkan aku dan membenarkan aku menebus kesilapanku terhadapnya selama kami bergelar suami isteri. Perkenankan doaku ya Allah".

"Ju... Ju.... Ju... Ju okey tak ni? Badan Ju panas sangat ni". Fatimah menepuk pipi Julia, sekadar mahu menyedarkan Julia memandangkan berkali dia panggil nama Julia namun Julia tidak memberikan apa-apa reaksi melainkan mengerut dahi. Fatimah berlari ke dapur mendapatkan Puan Hajar.

"Ibu ibu, Ju demam. Imah kejut dia terus rasa bahang badan dia". Lapor Fatimah. Puan Hajar tidak membalas apa-apa tetapi dia terus melangkah ke bilik Fatimah.

"Ju... Ju... Ju..., ibu ni. Ju ada sakit mana-mana tak?" Tanya Puan Hajar sambil tangannya tidak lepas menyentuh dahi Ju.

"Ju sejuk". Balas Julia lemah. Puan Hajar mencapai selimut dan diselimutkan Julia.

"Ibu rasa kita kena telefon ambulan. Tak ada lelaki kat rumah kita ni untuk tolong angkat Julia". Tutur Puan Hajar. Fatimah mengangguk. Dia mula mendail nombor perkhidmatan ambulans swasta. Setelah bercakap dan bertanya beberapa soalan, Fatimah memberitahu ibunya,

"Ibu, mereka cakap boleh datang dalam masa 30-40 minit sebab mereka tengah attend satu kes kemalangan dekat Damansara. Okey tak ibu? ". Tanya Fatimah.

"Lama sangat tu. Kita nak bawa Ju pergi Gombak Medical Centre dekat bawah tu je". Balas Puan Hajar. Faham maksud tersirat ibunya, Fatimah membatalkan urusan dengan pihak ambulan itu dan tangannya mendail nombor telefon Hafiz.

*Fatimah calling*
Hafiz yang baru merancang mahu melelapkan mata semula selepas solat terbangun dari katil melihat nama pemanggil. Dia berdehem beberapa kali dan menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Hafiz, awak boleh datang rumah tak? Ju demam. Kami nak bawa pergi klinik tapi ayah dengan abang-abang saya tak ada. Awak boleh tolong tak?". Tanya Fatimah pantas sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Boleh boleh boleh. Saya pergi rumah awak sekarang". Panggilan terus ditamatkan. Kunci keretanya di ambil.

Ammar melihat jam tangannya. Sudah 11.05 pagi. Dadanya berdebar hebat. 'Lambatnya sampai'. Tapak tangannya ditemukan dan digosok perlahan, seolah menghalau perasaan galau yang bertandang. Entah apa reaksi Julia nanti.

"Maaf bos kami lambat sampai". Kerusi disebelah Ammar ditarik dan terus duduk tanpa dipelawa. Sudah lambat 15 minit, risau kalau Ammar hilang sabar atau pun balik lebih awal.

Fatimah memilih untuk duduk bertentangan dengan Hafiz.

"Kenapa lambat? Mana kawan awak?". Soalan bersilih ganti ditanya kepada Hafiz dan Fatimah dihadapannya.

"Kawan Fatimah demam. Eh chop bos, mana bos tahu ni Fatimah?". Tanya Hafiz kehairanan. Menyedari keterlanjurannya dalam berbicara, Ammar mula memikirkan alasan.

"Ermmm, haaa ni...., dah dia pilih duduk depan kau, mestilah dia Fatimah. Dah kenal dari kecil kan, mesti kita selesa duduk depan orang yang kita kenal. Fatimah tak kenal aku, takkan dia nak duduk depan aku pula". Pantas otak mereka alasan menutup khilaf.

"Memang bos ni terer lah. Haaa kawan Fatimah tu demam pagi tadi. Teruk juga lah. Suhu tinggi bukan main. Saya yang tolong Fatimah bawa kawan dia pergi Gombak Medical Centre tu. Sebab tu juga lah kami lambat sikit. Maaf bos".

"Maaf ye tuan sebab terlambat. Saya tolong terangkan bagi pihak kawan saya tentang projek Bilik Media ni". Tutur Fatimah. Ammar menggaru keningnya dan berkata,

"Okey, kita mula sekarang lah kalau macam tu".

Fatimah mula menerangkan segalanya tentang Bilik Media tanpa disedari pandangan Ammar pada kertas kerja itu hanyalah pandangan kosong. Fikirannya menerawang memikirkan keadaan Julia. Memang dari dulu diketahui Julia jarang sekali demam.
Tapi apabila demam, selalunya agak teruk dan akan berlarutan beberapa hari.

"Tuan ada apa-apa soalan berkenaan Bilik Media ni?". Fatimah resah kerana sejak dari awal dia mula menerangkan berkenaan Bilik Media ini, dia seolahnya cuma sedang berbicara bersama Hafiz. Hafiz yang banyak bertanya soalan dan penjelasan.

Soalan Fatimah yang tidak dijawab menimbulkan tanda tanya pada Hafiz. Bahu Ammar dicuit,

"Am, macam mana? Jadi ke tak? Ke kau nak tunggu confirmation dari Puan Zila dulu?". Tanya Hafiz. Ammar yang terperanjat terus menjawab,

"Jadi, jadi mestilah jadi. Tak apa, tak payah tunggu Finance. Aku luluskan terus". Jawab Ammar.

Hati Fatimah berbunga. Tak sabar mahu mengkhabarkan berita baik ni kepada Julia.

"Kalau macam tu, nanti tuan kena datang ke Kuantan untuk berjumpa guru besar sekolah saya, sebab segala sumbangan perlu dibuat melalui guru besar dan perlu mendapat keizinan guru besar". Ucap Fatimah.

"Tak apa, nanti saya wakilkan Hafiz untuk berurusan bagi pihak saya. Apa-apa, cik maklumkan pada Hafiz je. Saya kena pergi dulu ni. Ada urusan sikit. Hafiz, aku pergi dulu".

Ammar terus melangkah keluar dari Pizza Hut menuju ke tempat parkir kereta. Telefon dikeluarkan, nombor adiknya Amir dihubungi.

"Mir, kau ganti angah ambil Zahira hari ni dekat airport. Angah ada hal emergency, tak boleh pergi". Tanpa menunggu jawapan adiknya, panggilan diputuskan. Mesti Amir akan pergi, pandailah dia hulur 300 ke 400 untuk duit poket Amir nanti.

Enjoy reading. Terima kasih kepada followers baru kerana sudi membaca dan follow saya :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience