38

Romance Completed 51709

Selepas Isyak, matanya masih tidak mengantuk. Selalunya pada masa-masa seperti ini matanya sudah memberat.

Telefon bimbit dicapai dan Instagram dibuka. Julia melihat paparan gambar yang ada pada ruangan Explore. Satu demi satu gambar dilihat dan video ditonton.

Ada yang mengundang tawa halus dari mulutnya. Ada yang menyebabkan mengalirnya air mata. Sehinggalah matanya terlihat satu gambar yang sangat dikenalinya. Gambar dia bersama Ammar disebuah pantai pada waktu senja.

Gambar itu ditangkap membelakangkan matahari, menjadikan muka mereka tidak jelas kelihatan. Hanya warna hitam dan oren matahari senja memenuhi gambar.

Cepat sahaja jarinya menekan gambar itu. Membawa Julia ke satu profil Instagram dengan nama _ajs.story_

Tiada sesiapa yang mengikuti akaun tersebut. Namun tanpa gagalnya ada satu posting setiap hari. Gambar atau kata-kata yang semuanya sedih-sedih belaka, bermula pada 11 Mac 2019.
Tarikh dimana penceraiannya disahkan oleh mahkamah syariah.

Dadanya bergetar hebat. Setiap satu gambar di skrol ke bawah. Posting pertama dibaca. Gambar satu kata-kata sedih.

~We started with a simple hello but ended with a complicated goodbye~

Dibawah gambar itu ada sebaris ayat

If only I could return to the time and undone the damage. But I can't. And I lost you. Please, come back!

Darahnya terasa berderau. Apa ni? AJS tu adalah nama singkatan dia dan Ammar sewaktu mereka bercinta dahulu. Dari berbaring, tubuhnya dibawa menyandar ke kepala katil. Satu persatu posting Instagram itu dilihat dan dibaca.

Yang ada itu samada gambarnya bersama Ammar yang tidak menampakkan muka, atau kata-kata bersedih.

"Apa ni yang awak buat?" Ucap Julia perlahan. Julia membaca secara rambang posting yang ada.

Memories keep me alive
And kill me at the same time

You come to me at night
And walk through my dreams as if they belong to you
They do!

Can you feel me when i think about you?

One of your hugs would be nice right now

Maybe we were meant to meet but not to be

I miss you
I dont know what else there is to say

Life was so different this time, last year

Sometimes memories sneak put of my eyes and roll down my cheeks

One day
Maybe we'll meet again

Though i saw it coming
It still hurts

I just hope there's a part of you that only breathes when you see me

Tanpa disedari air mata Julia mengalir. ' Yes I do. There is a part of me that actually breath and bloom when i saw you!

You have always been enough!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience