35

Romance Completed 51694

"Aku bukan tak nak bayar. Aku tak sempat jumpa tunang aku je lagi. Dia outstation. Hari ni baru boleh jumpa dia. Lepas lah. Sakitlah bodoh" Jerit Shasabila. Namun tiada sesiapa yang akan mendengarnya kerana tiada sesiapa yang melalui jalan dibawah jambatan itu.

"Lama sangat dah bos bagi kau masa. Jangan kata pokok, bunga pun tak terbayar. Pakai cantik, make up on point, tapi hutang haram nak membayarnya. Eh orang berhutang, tak masuk syurga tau" Usik Iqbal. Pengutip hutang yang bekerja dengan syarikat pinjaman wang berlesen itu.

"Dah tu, kau buat macam ni boleh pergi syurga lah?" Dia meludah muka Iqbal. Iqbal hanya mengeluarkan sapu tangannya dari poket. Air liur Shasabila dilap kasar.

"Orang bukan main lawa, air liur busuk gila. Kau tak gosok gigi ke Bell...?"

"...kalau kau tanya aku, aku memang mengaku aku takkan ke syurga. Sendiri tahu perangai macam hantu, lagi nak harap syurga. Jadahnya" Iqbal tergelak sendiri.

"Esok, 9.30 malam, aku cari kau lagi. Pastikan ada RM3000.00 untuk bayaran kau sekali tunggakan" Iqbal memberi isyarat kepada anak buahnya. Serentak mereka melepaskan Shasabila dan mengikut Iqbal.

Huarghh,
Kusut. Kusut. Serabut. Telefon dikeluarkan. Tangannya yang masih menggeletar ditampar perlahan.

Shasabila : Bie, I nak jumpa you!

*Sent*
*Double blue tick*

Haram jadah punya jantan.

Shasabila : Okey fine. Maybe you tak sabar nak mama you tengok gambar kita kat hotel tu kan.

*Sent*
*Double blue tick*
*Typing*

Ammar : You nak apa Bell? I berderet penuh dengan appointment hari ni. Mana nak kejar kerja lagi. Mana nak kisahkan hal you lagi. I penat. Jangan ugut-ugut boleh tak? I muak lah kalau macam ni.

Shasabila : Okey, kalau you tak nak mama you or babah you, or satu family you dapat gambar tu, bagi I RM3000.00 sekarang!

Ammar : RM300.00 pun I tak ada Bell. You ingat gaji I berapa? I kan baru balik outstation. Nak hantar claim pun tak sempat. Apatah lagi nak melayan you.

*Photo sent*

Shasabila memuat turun gambar yang dihantar Ammar. Gambar penyata bank Ammar jelas menunjukkan dalam akaunnya hanya ada RM241.30

Shasabila : You jangan tipu I. Dalam akaun bank lain ada kan?

Ammar bengang. Dia menghantar kesemua tangkapan layar perbankan internetnya yang hampir kesemuanya hanya menunjukkan jumlah minimum.

Ammar : Tolong lah percaya, and tolonglah bagi I buat kerja.

Shasabila : Okey you bagi I RM200 tu.

5 minit kemudian.

Ammar : Dah, you check akaun.

"Ciskek betul lah. Kena juga paw RM200.00" Luah Ammar bengang.

"Wan, macam mana? Kawan awak tu ada dapat bukti lengkap?" Bisik Anuar.

"Ada tuan. Hari khamis nanti dia akan hubungi tuan untuk serahkan semua tu" Sambung Syazwan sambil berbisik semula. Anuar mengangguk.

"Tak sia-sia saya tanya awak Wan!"

"See the leg lah tuan" Usik Syazwan semula. Keduanya tergelak kuat sehingga menarik perhatian staff lain yang sedang melakukan kerja masing-masing.

"Haih seronok nampak bos besar bergelak ketawa" Datang Hafiz menegur Anuar dan Syazwan.

"Dulu nak pencen awal, ingatkan bila dah tak kerja boleh rehat. Sehari je kat rumah gelisah dah. Rindu suasana kerja. Bunyi mesin fotostat. Bunyi telefon. Bunyi orang bergosip" Anuar mengalih tajuk perbincangan.

"Betul jugak tu bos. Datang pejabat boleh juga bersembang bergelak ketawa" Jawab Hafiz.

"Saya balik dulu lah Wan, Hafiz. Awak ni Hafiz, workout sikit. Lama duduk Kuantan nampak macam naik 10kg dah ni" Usik Anuar. Belakang Hafiz ditepuk mesra.

Syazwan dipandang lama.

"Gemuk sangat dah ke aku Wan?" Dia berpusing didepan Syazwan lagak seorang model.

"Boleh kata macam tulah. Makin tak laku lah kau nanti Piz" Giat Syazwan pula. Hafiz dah garu kepala. Semua ni salah Fatimah sebab bawa dia makan sedap-sedap di Kuantan!

She loved him And he loved her. But it wasn't that simple!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience