72

Romance Completed 51709

'Firhan, kasih sayang, rindu, cinta, semuanya tak boleh dipaksa'

'Tapi boleh diberi peluang, kan?'

Kata-kata Firhan 2 hari lepas terngiang ditelinga. Jujurnya, siapa yang tak mahukan Firhan? Boleh dikatakan Firhan cukup lengkap segalanya. Dari rupa hingga ke sikapnya. Cara dia melayan Julia, melayan Maryam. Bertuah siapa yang dapat Firhan.

Tapi Julia takut untuk memberi Firhan peluang. Terlalu banyak 'kalau' yang difikirkan sekiranya dia menerima Firhan.

'Jangan banyak fikirkan 'kalau'. 'Kalau' tu semuanya berasal dari bisikan syaitan'

Julia cepat-cepat beristighfar. Telefon bimbitnya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Firhan dicari. Perlahan tangannya menaip salam.

Julia : Assalamualaikum Firhan.

Firhan : Waalaikumussalam, yes my dear? How can I help you?

Amboi, manisnya mulut berkata-kata bagai menanam tebu ditepi bibir.

Julia : Pasal apa yang awak tanya hari tu, can we start off as a friend first? Then from there, we'll see where this will go. Tapi, saya tak jamin yang kita boleh nikah or be more serious dalam masa terdekat ni dengan keadaan hubungan saya dan abah belum baik. Tapi, katakanlah, awak jumpa orang lain yang lebih baik, awak boleh beritahu saya. Saya takkan halang awak. Boleh?

Lama Julia menunggu balasan dari Firhan. Dia terasa seperti sudah memalukan diri sendiri. Tanpa diketahui Firhan diseberang sana sedang berulangkali membaca mesej yang diterima. Hampir melompat apabila dia membaca mesej tu.

Menggigil jarinya ketika menaip mesej untuk membalas mesej Julia setelah 15 minit dia mengulang baca. 'Terima kasih ya Allah dah bukakan pintu hati Ju untuk aku'

"Alhamdulillah, terima kasih untuk jawapan awak" Eh nama panggilan turut berubah. Julia mengangkat kening. Dia tidak membalas mesej itu. Tidak tahu apa yang perlu dibalas. Maka dibiarkan sahaja.

Dia berbaring disebelah Maryam. Dicium Maryam yang sedang nyenyak tidur berulang kali. 'Maryam, betul ke apa yang ibu buat ni? Maryam rasa baba tu okey ke?'

'Kenapa tak balas apa-apa ni?' Firhan gelisah. Setelah lama menimbangtara, dia akhirnya mendail nombor telefon Julia.

Dalam keadaan mamai tu, Julia menjawab panggilan.

"Assalamualaikum" Lembut sahaja suara Firhan memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ya, kenapa telefon?" Tanya Julia.

"Saja, sebab rindu. Awak dah ready untuk esok?" Tanya Firhan kembali.

"Hah? Ada apa esok?" Julia bangun dari pembaringan.

"Esok saya nak ajak awak dengan Maryam dating" Jangan lembut sangat lah suara tu Firhan oiii. Nanti cair.

Julia berdehem membetulkan suaranya yang serak tadi. Kemudian dia bersuara.

"Pergilah tidur sana" Dapat dirasakan Julia yang mukanya sudah memerah. Tergelak gelak tawa Firhan. Terasa bahagia dari gelak tawa itu.

"Good night my dear. Sleep well, sleep tight, sweet dreams. Jumpa esok petang ye. Hugs and kisses untuk Maryam. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Tak terbalas kata-kata Firhan yang tadi. Tanpa sedar, bibir Julia menguntum senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience