4

Romance Completed 51694

~7 bulan yang lepas~

Kepulangannya malam itu disambut oleh Julia dengan mata yang bengkak. Tertanya-tanya, namun dia masih belum mengatakan apa-apa.

"Boleh kita cakap sikit?" Ucap Julia semasa Ammar sedang menukar pakaian untuk mandi.

"Bie mandi dulu. Nanti kita cakap". Ammar berjeda. Erghh, sial! Macam mana boleh tersasul pula ni.

Mendengar Ammar tersasul, air mata Julia mengalir lagi. Namun dikuatkan diri.

"Okay Bie". Ayat dari mulut Julia seakan merentap jantungnya yang kini dirasa seolah berguguran. 'Dia dah tahu?'

Sebaik Ammar siap berpakaian, Julia masuk dan menarik Ammar untuk turut sama duduk di toto. Telefon bimbitnya sendiri dikeluarkan. Gambar Ammar dan Shasabila ditunjuk,

"Ini siapa?" Suaranya antara kedengaran dengan tidak. Ammar yang terkejut merampas telefon itu dan dilempar ke dinding. Retak seribu skrin telefon Julia. Dia terkedu. Tidak menjangkakan reaksi Ammar sebegitu.

"Siapa suruh kau pegang telefon aku? Selongkar WhatsApp aku?" Pipi kiri Julia ditampar kuat. Air mata yang mengena tapak tangannya di lap pada seluar.

Julia yang kebingungan ditampar terdiam seketik tidak berkutik.

"Apa salah saya sampai abang buat saya macam ni?" Julia menutur ayat itu dengan penuh sebak.

"Kenapa kau tanya aku? Kau tahu tak kau tu banyak menyusahkan aku? 4 tahun kahwin sampai sekarang tak senang-senang. Gaji kau tu berapa je sangat? Eh aku penat lah. Aku nak senang macam dulu. Aku boleh makan apa yang aku nak. Aku boleh beli apa yang aku nak. Kahwin dengan kau 4 tahun, boxer pun bercatu nak beli".

"Bukan saya tak usaha cari kerja lain kan. Dari saya habis belajar tu abang tengok sendiri merata saya cari kerja. Tapi belum rezeki kita abang. Kita tak pernah kelaparan. Sentiasa boleh makan. Tak cukup lagi ke?" Air mata usah ditanya, mengalahkan bah dimusim tengkujuh.

"Kau rasa cukup ke? Aku rasa tak cukup. Kau tu, pukul 6.30 dah pergi kerja. Ingat segelas Milo tu cukup ke untuk sarapan. Kau balik sambung Home-tuition pula sampai 11.00 malam. Lepas tu terus tidur. Bilanya kau ada masa untuk aku?"

"Abang! Sampai hati abang. Julia buat semua ni bukan untuk Julia seorang. Dengan duit tu lah kita boleh bayar sewa rumah, buat makan, bayar bil elektrik, bil air, bil internet, minyak motor abang ulang alik kuliah, pergi praktikal dekat hospital. Topap semua tu, semua perlu duit. Julia ingat abang faham. Kita kena bertahan sampai abang habis belajar je. Abang dah posting nanti hidup kita akan okey dah". Tangisannya masih tak berhenti.

"Ohh jadi kau nak bersenang lenang dengan duit aku lah? Habis apa tanggungjawab kau kalau semua bab duit aku je yang kena tanggung bila dah kerja nanti? Dasar perempuan sial. Menyesal aku kahwin dengan kau. Memang betul cakap mama babah aku. Memang kau perempuan sial yang dah guna-gunakan aku". Ammar terus keluar dari bilik, kunci motor Ninja Kawasaki pemberian mama babahnya diambil.

Julia masih menangis. Tak pernah diduga begini jadinya. Hendak menyesal memang tak guna. Sebab dia sendiri yang rela. Kedengaran derap kaki Ammar yang memasuki bilik itu dan mendekatinya.

"Julia Shazana binti Mohamed, aku ceraikan kau dengan talak 1!". Dia melangkah semula keluar dan seketika terdengar ngauman ekzos motor berkuasa besar itu meninggalkan kawasan perumahan kos rendah itu.

"Ya Allah, macam ini je ke semuanya?". Berakhir sudah perhubungan yang diikat selama 4 tahun.

Bersambung.. Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience