27

Romance Completed 51694

Maaf, aku terluka,
Hilang kata bermakna
Hilang di depan mata,
Hilang begitu saja
Bintang sudah ku ukir,
Janji sudah kau mungkir
Walau di dalam luka,
Kau ajar ku berjuang
Sayang takkan terbuang,
Adakah ini peluang
Maaf rindu dalam halaman hati bila kau hilang
Selagi akan terang, cahaya sinar bintang

Lagu Peluang Kedua dendangan Nabila Razali dan MK dari K-Clique menjadi santapan telinga telinga mereka berdua. Pantas Julia perlahankan radio.

"Kenapa Ju?" Tanya Fatimah

"Ohh, taklah, bingit telinga ni dengar rap rap ni. Sorry Imah" Balas Julia gugup. Lupa pula ni kereta Fatimah. Sesuka hati dia je perlahankan radio kereta orang.

"Yelah, tak apa je. Imah pun tak suka sangat dengar rap rap ni" Balas Fatimah. Padahal dia tahu, Julia masih bersedih dengan apa yang terjadi 3 hari yang lepas antara dirinya dan Ammar. Telah Ammar terangkan segalanya kepada Fatimah bersaksikan Hafiz. Dititipkan pesanan supaya Fatimah terus menjaga Julia.

Selepas dia kembali ke KL pada hari Ahad nanti, Ammar akan datang ke Kuantan semula pada hari Jumaat seterusnya untuk kenduri doa selamat dan membuat persiapan bersalin Julia. Namun, dia tidak akan memunculkan dirinya dihadapan Julia lagi. Itu janji dia.

Sedih, perit dan rindu bersilih ganti. Namun dia redha. Andai itu bayaran untuk kesilapannya. Dia tidak mahu kehilangan bayinya juga sekiranya Julia berterusan tertekan dengan kehadirannya.

Dari jauh Ammar memerhatikan Julia yang sedang memilih baju untuk bayi mereka di TMG Mall di Indera Mahkota itu, sedang Fatimah dilihatnya sudah ke bahagian keperluan dapur dan bahan basah. Banyak baju yang diambil, ditelek, dilihat tanda harganya kemudian diletakkan semula.

Mengikut perkiraannya, hanya 10 pasang baju yang hampir kesemuanya berwarna putih diambil Julia. Sepertinya tiada pakaian dengan warna yang khusus untuk mana-mana jantina bayi.

Sebaik sahaja Julia bergerak ke bahagian lampin pakai buang, Ammar ke bahagian baju tadi. Baju yang Julia lihat dan diletak kembali tadi dilihat harganya. RM19.90. RM23.90. RM25.90. RM29.90.

'Ya Allah Ju, kan abang ada bagi duit. Gunalah sayang. Beli baju baby'. Bisik hati Ammar. Baju yang Julia ambil hanya yang berharga bawah RM15.00.

Sama juga seperti lampin pakai buang. Meskipun Ammar lihat kualitinya agak baik, tapi yang Julia ambil itu adalah yang paling murah. Lampin pakai buang didalam plastik berwarna kuning.

Sedang Julia memilih tuala, ada satu pasangan yang mendekatinya. Juga memilih tuala, melihatkan keadaan perut si isteri, dia tersenyum. Dia menjauh dari mereka, memberi peluang mereka memilih terlebih dahulu dan mengusap perutnya.

"Baby, ibu minta maaf. Sebab tak mampu nak beri keluarga bahagia untuk baby" Perutnya yang semakin jelas kelihatan diusap lagi tatkala merasa tegang akibat pergerakan sikecil yang semakin ketara lasaknya sekarang.

"Ju, okey tak ni?" Suara Fatimah mengejutkan Julia.

"Ju okey, cuma baby hari ni kuat sangat bergerak ni. Dah makin besar agaknya. Baju ibu pun dah makin ketat tang perut ni" Julia tergelak kecil.

"Ibu nak pergi shopping baju tak ni? Bonda Imah boleh bawakan" Tanya Imah.

"Eh tak perlulah Imah. Nanti Ju cari dekat shopee je yang murah-murah. Terima kasih banyak-banyak Imah yang comel. Selalu tolong Ju" Tolak Ju dengan cara baik.

"Ju ada teringin nak makan apa-apa tak?" Tanya Imah lagi. Julia menggeleng kepalanya. Usahkan mengidam makan, hendak makan pun seleranya tiada. Dia hanya makan kerana memikirkan keadaannya yang sedang mengandung.

Lagipula, dia perlu berjimat cermat memandangkan apabila cuti bersalin nanti, gaji yang sebenarnya merupakan elaunnya sebagai guru interim tidak akan dikreditkan. Dua bulan dia tidak akan mempunyai pendapatan bulanan kerana itu syaratnya sebagai guru interim bergred DC41.

Itu juga merupakan sebab kenapa dia tidak dapat menetap di kuarters seperti Fatimah. Mahu menumpang tidak mungkin. Kerana rumah yang diduduki Fatimah sudah penuh.

Mereka membuat pembayaran dan kembali ke rumah.

"Masuk cepat Ju, dah dekat waktu Maghrib ni. Tak elok ibu mengandung ada kat luar rumah waktu macam ni" Ujar Fatimah. Satu plastik berisi buah-buahan dihulur kepada Julia.

"Eh bukan Ju punya ni" Julia menolak plastik itu.

"Sekarang Ju punya sebab Imah beli untuk Ju. Makan buah banyak-banyak boleh cantikkan kulit baby" Fatimah tersenyum menayang giginya yang putih.

"Imah ni, jangan lah bazirkan duit" Ucap Julia.

"Tak bazirlah. Imah nak pahala" Ucap Imah.

"Ya Allah, jodohkan lah Imah dengan Hafiz secepat mungkin. Aamiinn" Doa Julia sebaik menadah tangannya.

"Apa Ju ni" Tangan Julia ditampar lembut.

"Tak apa, doa ibu mengandung mujarab tau. Mudah dimakbulkan" Balas Julia sambil tergelak kecil. Imah hanya menguntum senyum mengingatkan Hafiz.

Jam tangannya dijeling sebaik sahaja kereta Fatimah berlalu. Sedang dia membuka kunci tombol pintu rumah, terdengar suara seseorang memberi salam. Julia menjawab salam dan segera mengalihkan pandangannya melihat gerangan si tetamu.

"Eh Kak Adah. Ada apa kak?" Tanya Julia.

"Ni akak nak hantar Nasi Kerabu ni. Hari ni kan hari Jumaat. Ada kenduri doa selamat tapi untuk cikgu akak hantar awal. Cikgu lupa ye yang Akak Adah beritahu minggu lepas" Kak Adah terkekeh gelak.

"Oh ha ah lah kak. Saya lupa. Ya Allah rezeki ni dapat Nasi Kerabu" Bekas bertukar tangan.

"Akak datang tadi cikgu tak ada. Bagi salam tak jawab walaupun ada kereta. Elok akak nak masuk rumah nampak cikgu dah sampai. Ni ada Air Zam Zam sekali orang tu kirim. Khas untuk orang mengandung je air ni dia beri. Akak teringat, memang cikgu seorang je yang sedang mengandung. Akak ambilkan siap-siap untuk cikgu. Rasanya cikgu dengan isteri dia sahaja yang mengandung dekat taman kita ni. Tapi tulah akak tak kenal isteri dia" Panjang lebar Kak Adah mengulas.

"Terima kasih banyak-banyak kak. Selalu tolong saya" Ucap Julia

"Tak ada apalah cikgu. Hal kecil je ni. Cikgu masuklah dulu. Dah nak Maghrib sangat ni. Akak balik dulu ye" Kak Adah berlalu sebaik sahaja memberikan salam buat Julia.

You are a thousand miles away, But no one is closer to my heart than you are

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience