45

Romance Completed 51694

Julia berpaling kearah suara yang didengarinya. Kelihatan Ammar dan wajahnya yang kelat. Julia menunjukkan mukanya yang tidak beriak.

"Kenapa tak reply mesej abang?" Tanya Ammar.

"Oh, Ju tak perasan. Tadi lepas kawan Ju datang, Ju terus simpan telefon. Ni Ju kenalkan, kawan Ju masa study dulu. Firhan, adik dia Farisya, dan ni mama mereka, Puan Sri Safiah. Ni Ammar" Tutur Julia memperkenalkan tetamunya. Ammar tersentak. Sekadar dikenalkan sebagai Ammar.

"Firhan yang dulu tu join PALAPES?" Tanya Ammar. Firhan sekadar tersenyum dan mengangguk. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Ammar.

"Ha ah. Sekarang dia dah kerja tentera udara dah" Jawab Julia ceria. Air muka Ammar yang berubah tidak disedarinya.

"Sekarang dah nak balik ke?" Tanya Ammar.

"Eh belum lagi. Aunty nak bawa Ju pergi beli barang baby sikit. Lepas tu baru boleh balik" Jawab Puan Sri Safiah.

"Kalau macam tu abang tunggu Ju dekat rumah lah"

"Tak nak ikut?" Tanya Julia dan Firhan serentak. Ibarat menambah minyak kedalam api yang sedang marak.

"Tak, abang tunggu kat rumah. Pergi dulu bro" Tangan Firhan disambut sebaik lelaki itu menghulur. Sebaik Ammar berlalu pergi, mereka meneruskan perbualan masing-masing dengan rancak. Ammar cuma melihat dari jauh.

Cemburu. Rasa nak marah. Apatah lagi bila dilihat Julia berjalan beriringan dengan Firhan dan mamanya. Puan Sri Safiah merangkul erat lengan Julia sambil bersembang. Sedang Firhan disebelahnya membawakan beg tangan mereka berdua. Fatimah dan Farisya sudah jauh ke hadapan.

'Kau dah hilang hak nak cemburu tu Ammar. Jangan perasan lah. Jangan nak melampau' Bisik hatinya.

Tiba sahaja dirumah, Julia dapat melihat Ammar sedang menunggunya di ruangan beranda rumah. Fatimah membantunya membawakan barang-barang hadiah untuk bayinya yang diberikan oleh Puan Sri Safiah.

Ammar membantu membukakan pintu rumah. Barang diletak diruang tamu. Julia tanpa memikirkan apa-apa juga duduk di sebuah kerusi di ruang beranda rumahnya. Melepaskan lelah berjalan tadi.

"Abang cari Ju, ada apa-apa hal penting ke?" Tanya Ju.

"Kenapa keluar tak cakap dekat abang?" Tanya Ammar dengan nada yang tegas.

"Ju terlambat dah tadi. Itu yang bila Imah datang ambil, Ju terus terlupa langsung nak WhatsApp" Terang Julia jujur.

"Tu ke Firhan yang confessed dekat Ju dulu?" Tanya Ammar lagi.

"Hmmmm, ya" Jawab Julia.

"So selama ni memang Ju still contact lah dengan Firhan?"

"Tak lah. Baru semalam dia call Ju. Tu pun sebab dapat nombor Ju dari proposal yang Ju hantar dekat company daddy Firhan tu pasal cari sponsor untuk Bilik Media" Jawab Julia yang masih tidak dapat membaca perasaan Ammar.

"Bilik Media kan dah siap? Kenapa perlu jumpa dia lagi?" Ammar masih tak berpuas hati.

"Sebab mama dia datang Kuantan jenguk Firhan tu, dia ajak jumpa sekali. Kan dulu Ju ada beritahu mama Firhan tu banyak kirim makanan dekat Ju dengan kawan-kawan masa study dulu. Terutamanya kalau Ju ada perbincangan apa-apa pasal study dalam group yang ada Firhan. Tak sopan pula rasanya kalau Ju menolak je" Terang Julia.

"Abang tak suka Ju contact balik dengan Firhan" Kening Julia ternaik sedikit apabila mendengar ayat Ammar dengan nada yang ternaik sedikit itu.

"Ju tak contact Firhan. Firhan yang contact Ju. Tu pun sebab mama dia je. Abang ni kenapa nak marah-marah Ju?"

"Ju tu kan dalam 'iddah lagi. Janganlah senang-senang keluar dengan lelaki lain. Nanti kalau orang nampak, orang salah faham. Orang akan cakap Ju tak ada maruah. Menggatal dengan lelaki lain walaupun tengah mengandung" Suara Ammar semakin menaik. Tidak kuat mana untuk didengari jiran-jiran, namun cukup untuk mendidihkan darah Julia.

"Okeylah tu dalam 'iddah cari lelaki lain. Bukan macam abang, tak bercerai lagi dah cari orang lain gantikan isteri" Ayat yang bersahaja. Namun cukup mendalam maknanya. Julia terus berdiri.

"Abang pergilah bersiap balik KL terus. Tak payah datang jumpa Ju dah. Ju penat, nak mandi nak rehat. Tadi banyak berjalan" Dia terus masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci

Hubungan kita berdua sudah pun putus dari, tapi besar harapanku untuk hatimu kembali menerima diriku semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience