40

Romance Completed 51694

Ammar : Assalamualaikum.

*Sent*
*Double blue tick*

Julia : Waalaikumussalam. Ye?

Ammar : Ju okey?

Julia : Okey.

Ammar : Ada rasa nak makan apa-apa dari KL?

Julia : Esok ke datang? Dengan babah?

Ammar : Tak. Abang datang dengan Hafiz. Tapi kalau ada rasa nak makan apa-apa, bagitahu je. Abang bawa dari KL. Lepas solat Jumaat nanti abang bertolak.

Hampir 5 minit Ammar menunggu. Julia dilihatnya 'typing' dari awal tadi tapi balasannya belum juga muncul.

Ammar : Ju?

Julia : Hmmm, kalau nak kirim meatball Ikea dengan shawarma ayam dari kafe dekat UIA boleh ke? Kalau tak sempat, salah satu pun okey.

Ammar : Boleh. Dua-dua pun boleh ;)

Julia : Terima kasih.

Ammar : Small matter. Terima kasih juga, for taking care of our baby.

Sebaris ayat tu cukup untuk menghentikan perbualan. Julia kebuntuan kata-kata untuk membalas mesej Ammar. Sedar akan keterlanjuran katanya, Ammar cepat-cepat menghantar satu lagi mesej.

Ammar : Nanti sampai abang terus pergi rumah Ju. Baby tunggu papa sampai okey. Be nice to ibu.

Masih dia diam, tanpa apa-apa balasan. Jujurnya Julia tak mampu berhadapan dengan Ammar. Terasa sesak nafasnya, sakit dadanya. Bunyi loceng menandakan kelas sudah tamat. Julia bergegas ke kelasnya yang diadakan di Bilik Media.

Dia tidak mahu hal Ammar begitu mengganggu fikirannya. Tapi bagaimana mungkin, bila setiap hari dia menjejakkan kaki ke bilik ini, segalanya tentang Ammar menerjah ruang fikiran.

Hendak berhenti menggunakan bilik ini tidak mungkin, apa pula kata guru-guru nanti. Sedangkan dia yang begitu beria untuk mewujudkan Bilik Media ini. Apatah lagi, murid-muridnya begitu suka, malahan ternanti-nanti akan masa subjek bahasa Inggeris kerana mereka boleh menonton pelbagai video untuk membantu meningkatkan kefahaman mereka.

Tak apalah, perasaan ini lama-lama akan hilang. Anak-anak murid lebih penting.

Jangan kau sakiti cinta ini,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience