Bab 33

Romance Series 33080

Selepas habis kerja, Sofia terus menuju ke hospital untuk melawat Alvin. Dia masih bimbang tentang keadaan Alvin selepas kemalangan beberapa hari lepas. Setibanya di sana, dia melihat Alvin sedang duduk di atas katil, kelihatan lebih baik daripada sebelumnya.

"I'm here! Awak okay?" tanya Sofia sambil menghampiri katil.

Alvin tersenyum lemah. "Saya dah okay, Sofia. Terima kasih sebab datang."

Sofia melihat sekeliling bilik. Hanya dia dan lelaki itu sahaja. "Awak kata dah boleh discaj? Awak nak saya hantar? Atau awak tunggu parents awak datang?"

Alvin mengeleng perlahan. "Mereka dah berusia, Sofia. Susah untuk mereka datang ke sini. Saga balik sendiri nanti."

Sofia merasa kasihan. "Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik."

Alvin menggeleng kepala. "Tak perlu, Sofia. Saya dah pesan grab. Nak sampai sekejap lagi. Kereta Axia silver."

Sofia terkebil-kebil memandang Alvin. "Oh, baiklah. Erm... Kalau awak perlukan apa-apa, jangan segan-segan untuk beritahu saya ya,"

Alvin tersenyum sambil menepuk bahu Sofia. "Thanks, Sofia. Aku hargai sangat."

Sofia memimpin Alvin menuju ke pintu utama hospital. 5 minit menunggu, kereta Axia berhenti di hadapan mereka.

"Saya balik dulu. Thank you," Alvin menghadiahkan sepotong senyuman buat Sofia kemudian masuk ke dalam kereta.

"Fa, kau dah sampai rumah?boleh tak kau singgah aku di hospital?" kata Sofia.

Wafa di hujung talian menjawab dengan pantas. "Boleh, Sofia. Aku akan sampai dalam lima belas minit."

Sofia menunggu di lobi hospital sehingga Wafa tiba. Ketika Wafa sampai, Sofia melambai-lambai ke arah Wafa.

"Macam mana Alvin?" tanya Wafa sambil memandu.

"Dia okay. Tapi aku rasa kasihankan dia. Aku tak nak teruskan sebab aku risau dengan keselamatan dia tapi dia insist nak juga habiskan baki dua minggu ini," jawab Sofia.

Wafa mengangguk. "Kasihan? Nak teruskan baki dua minggu tu? Khaleel? Emir?" Sofia mengeluh panjang.

Wafa mengerling sekilas ke arah Sofia. "kau sedarkan yang hati dan perasaan kau dengan siapa? Hubungan 'trial' kamu berdua will haunt you later. Trust me,"

Sofia tersenyum pahit. "Tak salah aku cuba,kan?"

Wafa berfikir sejenak. "Tak... Tak salah juga cuba dengan Emir. Aku kenal kau Sofi, kau bila dah mula rasa kasihan, perasaan kau sendiri kau ketepikan. Itu bodoh namanya,"

"Bodoh? Aku berhati-hati,Fa. Aku dah tak nak melalui benda yang sama macam dulu,"

"Ayish? Rin? Macam mana? Aku tahu kau takut, kau trauma nak bersama dengan Emir semula. Tapi jangan jadikan alasan takut ni untuk jadi lemah macam dulu, Sofi. Dah elok dah independent and strong woman. Jangan ubah lagi,"

Sofia hanya mengangguk, berfikir mendalam tentang kata-kata Wafa. Apabila, mereka sampai di rumah. Riak wajah Sofia berubah saat gegendang telinganya terdengar berkenaan perbincangan majlis perkahwinan Emir dan Isha. 

"Mama! Kita nak pergi rumah Papa! Papa nak beli baju untuk wedding day Papa dan Mama Isha!" kata Farish dengan gembira.

Sofia tersenyum canggung. "Oh, ya? Seronoknya. Jangan lupa cakap terima kasih pada Papa nanti, okay?"

Farish dan Irina mengangguk. Wafa hanya tersenyum sekilas, memahami perasaan Sofia tanpa perlu berkata apa-apa. Setelah anak-anak pergi ke rumah Emir, Sofia masuk ke dalam rumah dan mandi untuk merehatkan diri.

Stress!

Mesej Aidil dibaca. Dia terus menuju ke rumah Aidil. Salamnya disahut oleh Aidil yang berwajah muram.

"Kau dah kenapa? Macam orang kalah judi dah gayanya," Sofia baring atas Sofa.

"Lana..." Aidil mengeluh.

"Kenapa dengan dia? Kau ni boleh tak cakap tu jangan sepatah-sepatah. Aku ni bukannya reti nak baca hati orang," bebel Sofia.

Aidil menguak rambutny ke belakang. "Lana masih berkurung dalam bilik. Dia tak nak buat laporan polis,"

"Sebab? Dia takut Khaleel akan bertindak balas lebih dahsyat," Sofia memusingkan anak matanya.  Aidil memicit dahinya,keluhan panjang terbit dari mulutnya.

Sofia naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Alana. Dia melihat tubuh Alana terbaring di atas katil denganmata yang lebam dan bibir yang pecah membuatkan hatinya sayu.

"Lana?" Panggil Sofia.

Alana membuka mata. "Kita perlu buat sesuatu. Kau tak boleh terus macam ni," kata Sofia sambil duduk di sebelah katil.

Alana memandang Sofia dengan mata yang penuh dengan ketakutan. "Aku takut, Sofia. Kalau aku buat laporan, Khaleel akan lebih marah. Aku tak berani nak hadap,"

Sofia cuba memujuk Alana. "Kami akan lindungi kau. Aidil, abah, dan aku akan pastikan kau selamat. Kau tak perlu takut." Pujuk Sofia.

"Kau tak hidup dengan dia Sofi. Kau tak tahu dia tu manusia yang macam mana," air mata Alana mengalir deras.

"Sebab tu kau aje yang layak dan orang ya g tepat untuk buat laporan polis pasal dia," Sofia menyeka air mata Alana.

"Dia bukan lelaki yang layak dibuat suami. Lelaki dayus, tak bertanggunjawab. Kita mesti buat laporan polis. Now or never, "

Alana tiba-tiba mengamuk dan menolak Sofia keluar dari biliknya. "Aku cakap aku tak mahu! Jangan paksa aku!"

Sofia terkejut dengan reaksi Alana dan menapak turun ke tingkat bawah.

"Aidil, kita kena fikir cara lain untuk bantu Lana," kata Sofia dengan nada tegas.

Aidil mengangguk. "Told you,"

Malam itu, setelah memastikan Alana tenang, Sofia kembali ke rumahnya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Nama Khaleel tertera di skrin. Jantung Sofia berdegup laju, tetapi dia tetap menjawab panggilan itu.

"Hello, Sofia. Apa khabar?" suara Khaleel kedengaran lembut dan mesra, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab. "Apa yang awak nak, Khaleel?"

"Sofia, saya bak berbual je. Dua minggu lagi majlis kita. Tak sabar nak jadi suami awak," kata Khaleel dengan nada romantik.

Sofia merasakan kemarahannya semakin memuncak. "Suami saya? Eh, hello! Keputusan yang abah aku buat tu aku tak setuju pun tahu?"

Khaleel terdiam sejenak. "So? As long as wali awak setuju, nak tak nak awak kena setuju juga,kan?"

Sofia hampir tidak percaya dengan jawapan Khaleel. "Awak tahu tak hukum yang adik-beradik tak boleh dimadukan? Alana dan saya ni adik-beradik, Khaleel."

Khaleel ketawa kecil. "Saya akan ceraikan Alana hujung minggu ni. Sebelum majlis kita, jangan risau tentang itu."

Sofia menggenggam telefon dengan erat, perasaan marahnya memuncak. "Awak dengar sini Khaleel, saya tak nak berkahwin dengan awak. Mati hidup semula pun saya tetap tak nak!"

Nada Khaleel berubah menjadi lebih tegas dan dingin. "Awak fikir awak boleh lari dari saya, Sofia? Awak tak nak sekarang tapi saya akan buat sesuatu yang akan buat awak setuju untuk berkahwin dengan saya."

Sofia terdiam, hatinya berdegup kencang. "Apa yang awak nak buat, Khaleel?"

Khaleel ketawa lagi,. "Awak akan tahu nanti, Sofia. Be ready for it my dear,"

Sofia menamatkan panggilan dengan tangan yang menggigil. Dia merasakan bahaya yang semakin mendekat, tetapi dia tidak akan membiarkan Khaleel mengawal hidupnya. Dengan tekad yang kuat, Sofia tahu dia perlu mencari cara untuk melindungi diri dan orang-orang yang dia sayangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience