Bab 11

Romance Series 33257

Sofia menutup lebam di lehernya dengan foundation. Walaupun dia ingin mengambil cuti, dia gagahi juga untuk menyelesaikan kerjanya di syarikat Emir secepat mungkin. Tanpa dia sedari, hari itu menyimpan lebih banyak cabaran daripada yang dijangkakan.

Sofia menuju ke Syarikat Emir selepas menyiapkan kerjanya di kolej. Jam menunjukkan tepat jam 2.00 petang. Dia perlu berada di sana sebelum jam 3.00 petang. Dia segera menekan pedal minyak keretanya.

Semasa dalam perjalanan, dia menghubungi Claire berkenaan buku-buku yang dimohon atas permintaan Emir hatinya panas. Claire memaklumkan kepada Sofia berkenaan buku-buku itu yang sudah diambil oleh pekerja Emir. Kemarahan memuncak seketika, tetapi dia dengan segera melawan perasaan itu, mengingatkan dirinya tentang kepentingan profesionalisme.

"Sabar Sofia... Sabar..." dia menarik dan menghembuskan nafasnya. Semua usahanya beberapa hari ini dipermainkan oleh Emir. Sofia menjerit sambil menghentak tangannya di stereng.

Tiba-tiba keretanya semakin perlahan dan terus berhenti. Sofia keluar dari kereta dan mundar-mandir di hadapan keretanya. Asap kelihatan keluar dari keretanya. Panik dia segera menghubungi Yusoff.

"Cik ucop! Kau kat mana dah?" soalnya mengaru kepaalanya.

"Yakah? Tak apalah," suara Sofia kendur.

Tiba-tiba suaranya berbunyi ceria. Alvin kebetulan hendak menghantar barang di sana berjanji akan membantu Sofia. Sofia mengucapkan terima kasih dan terus masuk semula ke dalam kereta.

Takdir sekali lagi menemukan Emir dan Sofia. Emir dalam perjalanan menuju ke syarikatnya ternampak kereta Sofia. Dia segera mengarahkan Jeremy untuk berhenti.

"Rosakkah?" soal Emir sambil meyandar di badan kereta.

Sofia menjerit kecil terkejut dengan kehadiran Emir. Emir menyembunyikan senyumannya. Wanita itu sangat comel dimatanya saat ini.

"Tak. Saja duduk berkelah," jawab Sofia sambil menjeling lelaki itu.

Emir cuba menahan senyum. Dia menggaru dahinya. "Naik dulu kereta sayalah. Nanti Jeremy ambil kereta awak," Emir menawarkan bantuan,

Pantas Sofia menolak. "Tak payahlah. Kawan saya nak sampai dah ni," Sofia mengerling ke dada telefonnya.

"Kawan?" Emir menyoal. Sofia tidak menjawab.

"Alvin?" Emir sekadar menduga. Anggukan Sofia ternyata mengecewakan Emir.

"Terima kasih tuan. Tuan pergi dululah ya. Nanti terlewat pula nak masuk pejabat," Sofia memaniskan muka.

"Wow, tak sabar-sabar nak halau saya ni. Takut saya ganggu awak nak dating?" Emir bernada sarkastik. Serta-merta lidahnya menujah dinding pipinya. Sofia terus tunduk.

"Kereta saya yang awak hijack kenapa awak tak guna?" pandangan matanya menusuk.

"Saya dah suruh Aidil hantar. Thank you and sorry," jawab Sofia tanpa memandang lelaki itu.

Kemarahan Emir mulai ketara apaibila Alvin tiba. Matanya mengiringi Sofia yang terus tersenyum manis saat Alvin keluar dari kereta.

"Kalau dengan saya bukan main monyok lagi awak." Emir berbicara perlahan.

"Langkah Sofia terhenti. Dia berpaling. "Kenapa saya nak kena senyum, nak kena bersuka ria depan tuan? Tak professional tuan," Sofia senyum tak ikhlas.

"Lama tunggu?" Alvin senyum manis.

Sofia angguk. Tealive bertukar tangan. Alvin mengangkat tangannya ke arah Emir. Emir angguk dan terus masuk ke dalam keretanya. Apabila Sofia mengalihkan pandangannya pada Emir, kereta lelaki itu sudah bergerak meninggalkan mereka.

"Bos, okay?" soal Jeremy memandang Emir dari cermin pandang belakang.

"Okay," sepatah Emir menjawab.

Sebaik sahaja mereka tiba di pejabat. Jeremy terus masuk ke dalam group chat mereka.

Frozen fury is coming. I repeat, frozen fury is coming.

"Hari ini, saya ada mesyuarat lagi?" soal Emir.

Jeremy segera mengambil buku nota di atas meja setiausaha kedua Emir. Dewi terpinga-pinga dengan soalan Emir.

"Hari ni... "Jeremy membelek-belek buku nota tersebut mencari catatan Dewi.

"Tuan ada mesyuarat dengan unit jualan dan pemasaran jam 3.30 petang ni," sampuk Dewi.

"Mesyuarat dengan pengurusan tu, maklumkan dengan semua ya. Saya nak mula awal. Jam 3.00 petang saya nak semua dah ada dalam bilik mesyuarat," arah Emir.

Dewi mengangguk sambil menulis diatas kertas.

"Itu aje?" Emir memandang Dewi semula.

"Huh? Oh... Datin Fauziah ada telefon tadi suruh saya ingatkan tuan. Malam esok, datin nak tuan balik rumah dengan pesanan jangan lambat." Dewi meniru suara Datin Fauziah kemudian tersenyum menampakkan giginya yang dikelilingi besi itu.

Tanpa mengucapkan terima kasih, Emir terus meninggalkan meja Dewi. Dewi menarik nafas lega. Jantungnya seakan-akan hendak terkeluar dari dadanya.

Sofia memasang telinganya apabila terdengar beberapa orang kakitangan menyebut-yebut nama Emir. Dia berpura-pura menekan-nekan skrin telefonnya.

"Aku dahlah belum siap slide presentation aku. Tiba-tiba pula tuan Emir nak mesyuarat awal," rungut wanita bertudung merah gelap di tepinya.

"I baru join kelas yoga supaya boleh tenang. Itu bos Emir sekejap happy sekejap moody. I tak bolehlah macam ini. Tak boleh calm," gadis berkata mata pula bersuara.

"Nak jadi suri rumah I belum kahwin. Nak berhenti, I miskin. Apalah nasib kita ni?

Sofia berdehem beberapa kali cuba untuk menarik perhatian pekerja itu. Gadis berkaca mata yang memakai tag nama Cindy Lim menoleh.

"Sorry, saya nak jumpa dengan Kak Mel dekat mana ya? Saya cuba hubungi dia tapi tak dapat," Sofia senyum.

Selepas menunggu beberapa minit, Melinda keluar dengan senyuman manis. "Sofi, sorry, tak dengar masa awak call tadi. Jom"Melinda merangkul lengan Sofia.

Selepas memberikan sedikit taklimat pada Sofia. Sofia terus memulakan tugasnya dengan mengajar pekerja yang akan bekerja di LHKK. Penyusunan buku-buku pula dilakukan oleh beberapa orang pelajar dari Kelab Rakan Pustaka.

"Sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam perpustakaan ini sangat penting ya tuan puan. Tujuan utamanya ialah untuk memudahkan pengguna mencari buku dan memudahkan kita sebagai pekerja untuk trace semula buku tersebut sekiranya ada yang nak guna tetapi tak tahu di mana kena cari," terang Sofia.

"Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey dah dibahagikan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan macam ni," Sofia membuka slide untuk ditunjukkan.

"Kena faham yang ini dulu baru boleh faham next step ya tuan puan," Sofia mengerling ke arah Melinda yang sedang giat merakam suasana di dalam dewan itu.

Taklimat itu berlangsung selama 2 jam. Selepas siap mengemas semua barang-barangnya. Dia mengambil telefonnya menuju ke tingkat atas. Buku-buku yang sudah siap disusun oleh pelajarnya di perhatikan satu-persatu. Mana-mana yang tidak kena dimatanya disusun semula sehingga dia berpuas hati. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan 7.30 petang. Dia segera turun ke bawah.

"Pak cik, saya nak solat ni. Surau masih bukakan?" soal Sofia sambil tersenyum manis pada pengawal keselamatan itu. Pak cik itu mengangguk.

Sofia segera menuju ke surau untuk menunaikan kewajipannya. Usai solat, dia merebahkan badannya di atas sejadah. Matanya yang penat dipejam seketika.

Ding! Ding!

Bunyi notifikasinya mengejutkan dia dari lena. Matanya terbuka luas. Dipandang sekeliling. Bilik itu begitu asing baginya.

'Aku kat mana ni? Jam berapa ni?' dia berbicara dalam hati.

Ding!

Matanya terkebil-kebil. Dia meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Sebaik tangannya dan telefon bimbitnya Bersatu. Segera ditekan dada skrin telefonnya.

"Ya Allah, dah jam 8.45 ni. Lamanya aku tidur," dia terus menanggalkan telekung dari kepalanya.

Terkocoh-kocoh dia keluar. Apabila sampai ke tempat letak kereta baru dia teringat keretanya tersadai di tepi jalan. Dia menepuk dahinya. Aplikasi grab ditekan namun tidak ada satu pun yang menerima permintaanya. Dia berjalan keluar meninggalkan perkarangan syarikat Emir dengan harapan ada pemandu e-hailing yang menjawab request.

15 Minit bertukar ke 30 minit dia masih di tempat yang sama. Dari kejauhan ada kereta sedang menuju ke arahnya. Sofia mengecilkan matanya silau dek lampu kereta itu. Saat kereta itu lalu disebelahnya, matanya bertaut dengan mata Emir yang hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Apabila dia menoleh ke arah syarikat Emir, pagar syarikat itu sudah ditutup. Dia hendak menghubungi Aidil tetapi telefonnya gelap. Ditekan-tekan tetapi masih sama.

"Habis baterikah?" dia mengetap bibirnya kesal. Menyesal sungguh dia tidak membawa pengecas tadi.

Dia merenung kepekatan malam di hadapannya. Dia menarik nafas dalam. "Lindungilah perjalananku ya Allah,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience