Bab 73

Romance Completed 59279

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, suasana di dalam kereta terasa tegang. Sofia duduk diam di sebelah Emir, tangan mereka masih bertaut erat namun wajah sofia kaku tanpa ekspresi. Emir sesekali mencuri pandang ke arah isterinya, berharap Sofia akan memberikan sedikit ruang untuk berbicara, tetapi wanita itu hanya merenung ke luar tingkap.

Setibanya di lapangan terbang, staf hotel membantu mengeluarkan bagasi mereka. Sabby, yang berdiri di sisi Emir, tersenyum sambil berkata, "Okay, have a safe flight. Emir, nanti I fly ke KK untuk buat lawatan kat HLKK ya," ujarnya sambil cuba memegang lengan Emir.

Emir segera mengelak dengan langkah kecil ke belakang. "Sure, Sabby. Nanti kita set appointment properly," jawab Emir dengan nada formal.

Sofia yang melihat situasi itu hanya mengetap bibir, matanya tajam memerhatikan reaksi suaminya. Wajah Sabby berubah sedikit sebelum melemparkan senyuman manis pada kedua suami isteri di hadapannya.

Sepanjang penerbangan, Emir tetap tidak melepaskan tangan Sofia. Sofia menghela nafas perlahan.

"Boleh tak saya nak tidur?" Sofia akhirnya bersuara, nada suaranya kendur tetapi jelas.

Emir mengangguk perlahan. "Tidurlah," katanya lembut, namun masih tidak melepaskan tangan Sofia.

Sofia menarik tangannya perlahan dari genggaman Emir dan memandang suaminya dengan tajam. "Can I have my hand back?" soalnya sinis.

Emir tersenyum pahit tetapi melepaskan genggaman itu. Sofia segera memejamkan matanya, cuba mencari ketenangan walaupun fikirannya masih berserabut dengan emosi yang bercampur-baur.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jeremy sudah sedia menunggu mereka di pintu ketibaan. Dia tersenyum kepada pasangan itu sebelum mengambil bagasi mereka dan memasukkannya ke dalam but kereta.

Sebelum Sofia masuk ke dalam kereta, dia menoleh ke arah Emir. "Saya nak ke Taman Greenview. Saya nak stay di sana sementara waktu."

Emir yang sedang membuka pintu kereta berhenti seketika. "What? No. Awak balik rumah dengan saya. Anak-anak kita ada kat sana," tegas Emir.

Sofia memandang suaminya dengan wajah yang penuh harapan. "I need time to think about us."

Emir mengetap bibirnya. "Nak fikir apa lagi, Sofi?"

Sofia menarik nafas dalam. "Please, Emir. Kalau kita balik rumah, kesian anak-anak tengok kita macam ni."

Emir memandang Sofia, matanya sarat dengan emosi yang sukar digambarkan. "Then don't do this," katanya perlahan.

Sofia menghela nafas panjang, akhirnya mengalah. Dia masuk ke dalam kereta, dan Emir mengikut di sebelahnya. Jeremy memandu mereka menuju ke rumah sewa Sofia di Taman Greenview untuk menjemput anak-anak mereka.

Di sepanjang perjalanan, Emir cuba menceriakan suasana dengan berbual dengan Sofia, namun jawapan Sofia hanya sepatah dua. Apabila kereta mereka terhenti di hadapan rumah dua tingkat itu, Sofia terus sahaja masuk ke dalam rumah dan meluru ke arah anak-anak mereka yang menyambut dengan ceria.

"Mama! Papa!" suara Farish dan Irina bergema di ruang tamu.

Sofia terus mendekati mereka, memeluk erat kedua-duanya. "Sayang! Mama rindu sangat!" katanya sambil mencium pipi mereka bertubi-tubi.

Emir tersenyum kecil dan duduk di sofa sambil memerhati. "So, what did you guys do while mama and papa were away?" soalnya dengan penuh minat.

Farish dengan riang menjawab, "Ayish pergi camping!"

Rin pun! Kami buat banyak aktiviti dengan Acik Elly dan mummy!"sampuk Irina

"Mama! Papa kena tengok gambar ni!" katanya sambil menunjukkan telefon yang dipegangnya.

Sofia tersenyum sambil memandang gambar-gambar itu. "Wah, seronoknya anak mama."

Emir mengusap kepala kedua-dua anaknya dengan senyuman. "Baguslah. Nanti kita plan pergi bercuti satu keluarga, okay?"

Farish bersorak, "Yeay! Papa janji ya?"

Emir mengangguk. "Papa janji."

Sofia yang mendengar itu hanya diam, jiwanya masih kacau dengan konflik yang belum selesai antara dia dan Emir. Namun melihat wajah anak-anaknya yang gembira, dia cuba menenangkan hati dan tersenyum untuk mereka.

"Okay, jom kita balik rumah," ujar Emir, matanya tidak lepas memandang Sofia, berharap isterinya tidak menolak.

Sofia memandang wajah anak-anaknya yang ceria, kemudian mengangguk perlahan. Usai mengucapkan terima kasih pada Hani dan Wafa, mereka terus masuk ke dalam perut kereta.

Setibanya di rumah, Sofia terus melangkah ke dapur, bersiap sedia untuk memasak makanan kegemaran anak-anaknya. Tangannya lincah memotong bawang, menghiris ayam, dan menyediakan bahan-bahan dengan penuh kasih sayang. Aroma harum mula memenuhi ruang dapur, memberikan rasa nyaman dan kehangatan kepada seluruh rumah.

Di ruang tamu, Emir sibuk menemani Farish dan Irina bermain dengan khemah yang baru dibelinya semasa di KL. Khemah itu berwarna biru dengan corak bintang-bintang kecil berkilauan di seluruh permukaannya. Di bahagian atasnya terdapat bendera kecil yang tergantung, menambahkan elemen ceria pada khemah tersebut.

"Papa, khemah ni besar! Ayish suka!" Farish bersorak kegirangan sambil masuk ke dalam khemah dan merangkak ke satu sudut.

Irina pula ketawa kecil sambil merapatkan bantal ke dadanya. "Kita boleh tidur dalam ni!" katanya teruja.

Emir ketawa kecil sambil duduk di lantai, matanya penuh dengan kasih sayang melihat telatah anak-anaknya. "Haa, boleh! Nanti papa boleh baca bedtime story kat sini," ujarnya sambil mengusap rambut Irina.

"Bestnya!" jerit Farish, melompat kecil di dalam khemah yang luas itu.

Tidak lama kemudian, Sofia keluar dari dapur dengan dulang besar berisi nasi ayam yang telah siap dimasak. "Siapa lapar?" tanyanya ceria.

Farish dan Irina terus berlari keluar dari khemah menuju ke arah ibu mereka. "Mama, kita nak makan dalam khemah!" kata Irina sambil menarik tangan Sofia.

Sofia tertawa kecil melihat keterujaan anak-anaknya. "Okay, okay... Tapi kita kena bentang tikar dulu supaya makanan tak tumpah," katanya sambil mengambil tikar dan membawa masuk ke dalam khemah.

Emir membantu Sofia membentangkan tikar di dalam khemah, kemudian Sofia meletakkan dulang nasi ayam di tengah-tengah. Mereka berempat duduk bersama dalam ruang yang selesa itu, suasana ceria memenuhi khemah kecil mereka.

"Papa, boleh suap Ayish?" Pinta Farish dengan manja sambil tersengih.

"Eh, rin pun nak! Tapi, nak mama yang suap. Boleh?" Irina mencelah sambil tersenyum malu.

Sofia mengangguk sambil menyuap Irina dengan penuh kasih sayang. "Sedap tak nasi ayam mama?" tanyanya lembut.

"Sedaaap! Mama memang pandai masak!" jawab Irina sambil menaikkan kedua ibu jarinya.

Farish pula mengangguk bersungguh-sungguh. "Mama, nasi ayam ni sedap macam kat restoran!" Sofia tertawa kecil, rasa syukur melihat anak-anaknya begitu menikmati hidangannya.

Saat itu, Sofia terlupa seketika tentang pertengkarannta dengan Emir. Melihat wajah gembira anak-anak mereka, seolah-olah segala masalah yang bersarang di hatinya lenyap buat sementara waktu.

Usai makan, Sofia membawa beg bagasinya ke ruang tamu dan membuka zip perlahan-lahan. Farish dan Irina melompat teruja, ingin tahu apa yang dibawa pulang oleh ibu mereka.

"Jeng jeng jeng! Mama bawa balik hadiah untuk kamu berdua!" Sofia mengeluarkan satu persatu barang yang dibelinya.

"Mama beli apa ni?" soal Irina dengan mata membulat teruja.

Sofia mengeluarkan dua jam tangan pintar berwarna biru dan merah jambu. "Ta da! Ni haa... Mama belikan Ayish dengan Rin Jam. Jam ni ada kamera dan mikrofon. So, mama boleh pantau Ayish dengan Rin nanti. Nak tengok nakalkah tidak anak mama ni," jelas Sofia sambil menguis hidung Farish dan Irina.

Farish segera mengambil jam berwarna biru. "Wah, macam jam spy ni!" katanya dengan nada kagum. "Boleh cakap dengan mama dari jam ni ke?"

"Ya, boleh!" Sofia ketawa kecil sambil menunjukkan cara menggunakannya.

Farish memeluk ibu mereka erat. "Terima kasih, mama! Ayish suka sangat semua ni!"

Irina juga tidak ketinggalan, dia mencium pipi Sofia berkali-kali. "Mama memang the best! Rin suka semuanya!"

Sofia tersenyum, hatinya dipenuhi rasa syukur dan bahagia. Melihat anak-anaknya ceria, membuatkan dia sedar betapa berertinya saat-saat seperti ini. Emir yang memerhatikan dari sisi, tersenyum kecil. "Terima kasih, sayang. Sebab selalu buat yang terbaik untuk mereka," katanya perlahan.

Sofia hanya tersenyum nipis, tidak membalas kata-kata Emir. Sebaliknya, dia kembali melayan kerenah Farish dan Irina yang sedang sibuk memilih baju mana yang hendak dipakai esok.

Malam itu, mereka berempat duduk di dalam khemah bersedia untuk tidue. Permintaan anak-anak mereka untuk mendengar Emir membaca cerita dongeng sebelum tidur dituruti. Hati Sofia terasa sedikit tenang, walaupun persoalan tentang Emir dan Sabby masih berlegar di benaknya. Namun buat malam ini, dia memilih untuk menikmati kebahagiaan sederhana ini dengan anak-anaknya.

Selepas memastikan anak-anak sudah tidur, Sofia terus keluar dari khemah. Dia mencapai telekungnya lalu menunaikan kewajipannya pada yang Satu. Emir memandang Sofia dengan mata yang redup, penuh dengan rasa bersalah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dia melepaskan keluhan berat, tetapi tidak membantah.

"Saya tahu awak masih marah," ujar Emir perlahan, nadanya lembut tetapi sarat dengan ketulusan.

Sofia tidak menjawab. Dia menyangkut telekungnya di belakang pintu, kemudian mengambil sikat dan menyikat rambutnya dengan tenang, seolah-olah kata-kata Emir tadi tidak memberi kesan padanya.

"Sayang," Emir memanggil perlahan, melangkah mendekati Sofia.

Sofia meletakkan sikat di meja solek dan berpaling ke arah Emir. Wajahnya kosong, tetapi matanya jelas menyimpan sejuta emosi yang sukar dijelaskan.

"Emir... awak tak penat ke? Saya nak tidur, tak nak fikir semua ni. " Suaranya kedengaran perlahan, tetapi ada nada lirih yang sukar disembunyikan.

Emir menelan air liur, tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dia sedar dia telah menyakiti hati isterinya. "Macam mana saya nak tidur. Awak masih marah," katanya jujur.

Sofia ketawa kecil, sinis. "Habis tu? Awak nak saya ketawakah?" 

Emir melangkah lebih dekat, tangannya cuba mencapai jemari Sofia, tetapi wanita itu cepat-cepat menarik tangannya.

"Sofi... Saya janji dengan awak saya tak buat semua tu.." Emir mengeluh, suaranya penuh dengan keletihan.

Sofia memandang Emir dengan mata yang semakin berkaca. "Saya tak nak gaduh depan anak-anak. Saya tak nak dia orang nampak kita macam ni. Sebab tu saya ikut cakap awak balik sini, tapi awak jangan paksa saya dengar janji awak."

Emir menutup matanya seketika, sebelum membuka semula dan mengangguk perlahan. "Baik, kalau awak perlukan masa... saya akan beri awak masa. " ujarnya dengan nada serius.

Sofia tidak membalas, sebaliknya dia melangkah ke arah katil dan menarik selimut. "Saya nak tidur," katanya pendek.

Emir berdiri tegak di situ, memerhatikan isterinya yang sudah berbaring dan membelakangkannya. Hatinya terasa berat, tetapi dia tahu ini semua salahnya.

Dia menghela nafas panjang sebelum melangkah perlahan ke katil. Dia berbaring di sisi Sofia, tetapi tidak berani untuk menarik isterinya ke dalam pelukannya seperti biasa.

Suasana bilik sunyi, hanya bunyi nafas mereka berdua yang kedengaran.

"Sofi," Emir memanggil perlahan, hampir berbisik.

Sofia tidak menjawab, tetapi Emir tahu isterinya belum tidur.

"Good night, sayang," ucap Emir dengan penuh kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience