Bab 32

Romance Series 33080

Sofia tidak dapat tidur malam itu. Hatinya berat dan fikirannya bercelaru. Dia baru saja menerima panggilan telefon dari hospital berkenaan Alvin. Lelaki itu terlibat dalam kemalangan semasa pertembungan mereka dengan Khaleel beberapa hari lepas dan dimasukkan ke hospital. Dengan cepat, dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Emir.

"Emir, saya nak minta tolong, hantarkan saya ke hospital. Boleh? Semua orang tak available," kata Sofia dengan nada cemas.

"Awak sakitkah?"Emir bertanya.

"Tak... Alvin. Boleh tak? Saya risaukan dia,"rayu Sofia

Emir terdiam sejenak, tetapi dia tidak mampu menolak permintaan Sofia. "Baiklah, Sofi. Saya tunggu awak kat kereta,"

Mereka memandu ke hospital dalam suasana hening. Sesekali, Emir mengerling ke arah Sofia. 'Bukan main risau lagi dia,'bisik Emir dalam hati.

Setibanya di sana, Sofia terus berlari ke arah bilik Alvin ditahan. Dia melihat Alvin terbaring di atas katil dengan beberapa luka di tubuhnya. Air muka Sofia berubah, dia segera mendekati lelaki itu.

"Alvin, saya minta maaf. Ini semua salah saya," kata Sofia dengan suara tersekat-sekat. Lengan Alvin dipegang kejap.

Emir yang berdiri di belakang Sofia panas hati melihat adegan di hadapannya. 'Sofi, tak perlu kot pegang tangan dia macam tu," katanya dalam hati.

Alvin membuka matanya perlahan-lahan dan tersenyum ke arah Sofia. "Awak ni dah kenapa? Ingatkan awak cedera teruk!" Sofia memukul dada Alvin.

Alvin ketawa kecil. Dia teruja melihat kerisauan Sofia. Tangan Sofia ditepuk lembut. "Saya rasa dah sihat masa awak pegang tangan saya tadi,"

Sofia terkejut dan cepat-cepat menarik tangannya. "Sorry, Alvin. Saya tak sedar."

Alvin menarik semula tangan Sofia. Emir memandang mereka dengan tajam. "Tak perlu kot pegang-pegang. Dia ni bukan siapa-siapa dengan awak,"

Sofia cepat-cepat menarik tangannya semula. Dia menghela nafas panjang. "Emir, boleh awak keluar sekejap? Saya nam bercakap hal peribadi dengan Alvin."

Alvin senyum kemenangan. Emir tidak mahu, tetapi dia terpaksa menurut. "Baiklah, tapi jangan lama sangat. Tak elok berdua-duaan dengan bukan mahram,"

Emir keluar dengan wajah yang tiada perasaan, tetapi di dalam hatinya, dia marah. Sofia memandang Alvin dengan mata yang penuh dengan kekesalan.

"Alvin, I cannot do this any longer. Saya tak rasa saya boleh teruskan baki dua minggu kita bersama. Khaleel, dia unpredictable. Saya takut, esok lusa benda lain lagi dia buat awak," kata Sofia dengan nada sedih.

Alvin menggeleng kepala. "Saya tak mahu putus. Kita masih ada dua minggu lagi untuk percubaan hubungan kita. Awak tak perlu risau, saya tak akan biarkan Khaleel mengganggu kita."

Sofia terdiam sejenak sebelum bersuara. "Alvin, sejujurnya... saya masih tak ada perasaan kat awak. Saya hanya dapat anggap awak kawan baik saya. I'm so sorry,"

"Awak masih ada perasaan pada Emir?" Soal Alvin. Sofia tidak menjawab, matanya segera dilarikan mengelak pandangan mata Alvin.

Alvin terdiam, kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. "Apa yang dia ada, saya tak ada?" soalnya dengan nada yang terluka.

Sofia mengetap bibirnya. Alvin menarik nafas panjang. "Saya tak kisah, Sofia. Saya tetap nak teruskan tempoh dua minggu kita."

"Alvin, please..." rayu Sofia.

"No! You can go home now. I need to rest. We will continue for two weeks," Alvin membelakangkan Sofia.

Sofia keluar dari bilik Alvin dan mencari Emir. "Emir, jom kita balik," katanya dengan lembut.

Emir memandang Sofia dengan wajah yang marah. "Awak boleh tak jaga batas awak?"

"Saya tahu jaga diri saya, Emir." dahi Sofia berkerut.

"Tahu jaga diri? Are you sure? Dari yang saya nampak, sekarang ni awak dengan Alvin dan mula nak pegang-pegang! Awak lupa eh? Dia tu bu...kan... Mahram!"

"Awak ajak saya datang sini memang nak tunjuk concern awak dengan dia,kan? Nak tunjuk yang awak dah lama move on dari saya? Macam tu!"

Sofia terkejut. "O...kay," Matanya melilau.

"Tak payahlah jerit... Saya kat depan ni je," Sofia berbisik. Sebaris senyuman kekok terukir di bibirnya.

Emir memandang sekeliling. "Jerit? Saya tak jerit, Sofia!"

Sofia tersenyum kelat. "Kalau awak tak jerit, kenapa semua orang pandang kita?"

Emir melihat sekeliling dan menyedari ramai yang memandang mereka. Dia berdehem. DIa menguak rambutnya ke belakang.

"Jomlah balik," Sofia berkata.

Tanpa jawapan, Emir terus bergerak menuju ke parkir kereta. Sofia masuk ke dalam perut kereta.

Emir menghela nafas. "Dah? Boleh balik dah?" Sofia angguk.

Sampai sahaja di depan rumah, Sofia memandang Emir lama. "Terima kasih temankan saya."

"Are you jealous just now?" Usik Sofia.

"You wish!" Emir ketawa kecil.

"Saya ni seumur Aidil. Best friend pula tu, saya kenalah jaga awak kalau Aidil tak ada," sambung Emir. Sofia gelak kecil.

"Sofi!" Panggil Aidil. Serta-merta Sofia berpusing menghadap Aidil.

" Ada perkara penting yang perlu kita bincangkan," kata Aidil dengan nada cemas.

Sofia mengerutkan dahi, namun dia terus masuk ke dalam rumah Aidil. Apabila kakinya melakngkah masuk ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia melihat kehadiran Alana dan Sofian.

Mata Alana lebam dan bibirnya pecah, sementara putih matanya merah. Alana menangis teresak-esak sambil memeluk lututnya.

"Lana! Apa yang terjadi?" Sofia berlari mendekati Alana, memegang tangannya dengan erat.

Aidil memandang Sofia dengan mata yang serius. "Alana lari dari rumah sebab tak tahan dipukul Khaleel. Dia datang ke sini meminta pertolongan."

Sofia merasa marah dan sedih sekaligus. "Khaleel memang dah melampau!"

Sofian yang duduk di sebelah Aidil, mengangguk perlahan. "Sofi, abah tahu. Sofi takut dengan abang. Tapi sekarang, kita perlu bersatu untuk membantu Alana."

Sofia terkejut mendengar kata-kata Sofian. Dia selalu merasa takut dan tidak selesa di dekat Sofian, tetapi kali ini, dia melihat kesungguhan dan keprihatinan di wajahnya.

"Kau, okay?" tanya Sofia sambil memeluk Alana dengan erat.

Alana menangis dalam pelukan Sofia. "Sofia, aku tak tahan lagi. Aku tak boleh hidup macam ni,"

Sofia mengusap rambut Alana dengan lembut. "Kita akan buat sesuatu, Alana. Kami tak akan biarkan kau menderita lagi."

Aidil memandang Sofian dengan tegas. "Kita perlu rancang sesuatu. Kita tak boleh biarkan Khaleel terlepas begitu saja."

Sofian mengangguk. "Abah setuju. Kita perlu ambil tindakan segera. Sofi, ada idea?"

Sofia menghela nafas panjang, cuba memikirkan jalan keluar. "Yang paling penting, Lana kena laporkan Khaleel kepada pihak polis. Kita kena pastikan Lana selamat dan jauh dari dia."

Alana menggenggam tangan Sofia dengan kuat. "Aku takut, Sofia. Khaleel tu orang yang sangat berbahaya."

Sofia memandang Alana dengan mata yang penuh dengan tekad. "Kau tak perlu takut lagi, Alana. Kami semua ada di sini untuk melindungi kau."

Aidil meletakkan tangannya di bahu Alana. "Aku akan buat apa saja untuk pastikan kau selamat, Alana. We are family, we will never leave you behind,"

Sofian mengangguk, menunjukkan sokongan padu. "Abah akan bantu sebaik mungkin. Kita akan pastikan Khaleel tak dapat mengganggu Lana lagi."

Sofia memeluk Alana sekali lagi, memberikan kekuatan kepada wanita itu. "We're going to get through all this together, Lana. Kau tak perlu risau lagi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience