Bab 46

Romance Series 33080

Aidil menolak Mia menuju ke wad di mana Alana ditempatkan. Alana mengalami patah tangan dan koyak di dahinya. Keadaan wad sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi mesin dan alat perubatan yang berdetik.

Setibanya di wad, Aidil dan Mia melihat Alana yang sedang berbaring dengan wajah yang sedikit pucat. Dia melangkah perlahan menghampiri Alana, diikuti Mia.

"Lana..." panggilnya.

Alana memandang mereka dengan mata yang basah, tetapi dia segera bertanya soalan yang telah mengganggu fikirannya sejak dia sedar.

"Abah mana?" soalnya.

Aidil terdiam sejenak, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Alana mengulangi soalan dengan suara yang lebih keras, marah kerana soalannya tidak dijawab. Aidil segera menjawab, cuba menenangkan perasaan Alana.

"Lana, abah selamat. Dia ada di wad tapi..."

"Tapi apa? Abah larikah?" mata Alana beralih ke Mia. Sekali lagi soalan sama diulang.

"Tapi apa?" suaranya sedikit tinggi.

"Polis buka kertas siasatan kes Mama Izzah," jawab Aidil. Dia risau akan reaksi adiknya kerana dia tahu adiknya ini rapat dengan abah mereka.

Mendengar jawapan itu, ada perasaan lega yang muncul dalam diri Alana. Namun, hatinya tetap rasa kecewa dan keliru dengan segala yang telah berlaku.

"Jadi, semuanya betul? Abah buat semua tu?"

Aidil mengangguk perlahan. Alana menghela nafas panjang. Wajah Aidil dipandang lama.

"Mama? Mama tak tahukah apa yang abah buat kat mama Yan?" Alana menundukkan wajahnya apabila Aidil tidak menjawab soalannya.

"Walaupun kau selalu gelar aku anak abah, aku tetap rasa kecewa. Mama Zah tu dah macam mama kandung aku. Dia buatkan aku rasa kasih sayang seorang ibu yang sebenar, mama kita?" Alana mengesat air matanya.

"Fokus dengan abah aje," sambungnya.

Aidil menepuk bahu adiknya. " Aku pun sama... Mama sangat penyayang, walaupun abah buat dia macam tu. Tak pernah sekalipun, dia lepaskan marah dengan kita,kan?"

Langkah Zakiah mati saat mendengar kata-kata Alana dan Aidil. Selama ini, dia tidak menyedari betapa terpinggirnya perasaan anak-anaknya. Air mata Zakiah mula menitis, kata-kata Alana menikam terus ke jantungnya.

'Mama minta maaf anak-anak, mama tak pernah tahu yang kamu rasa begitu,' bisik hati kecilnya berlalu pergi dari bilik itu.

Alana menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. "Aku menumpang kasih pada Mama Zah sampailah hujung nyawa dia, aku mulai sakit hati sebab dia asyik sebut nama Sofi sahaja,"

Mia yang berada di sebelah Alana mengusap lengan Alana dengan lembut. "Belum terlambat untuk betulkan keadaan Lana. Sofi masih ada dengan kita,"

Alana menarik nafas panjang seraya mengangguk.Dia memandang ke arah Aidil dan Mia dengan penuh harapan.

"Sofia macam mana? Aku tak tengok dia lagi lepas tolak dia dari pelantar,"

Aidil menghela nafas panjang sebelum menjawab, cuba memastikan suaranya tenang.

"Alvin kelar leher Sofi,"

Membuntang mata Alana mendengar perkhabaran itu.

"Sofi dan selesai operation. Syukur, lukanya tak dalam sampai ke saluran udara. Keadaan dia stabil, tapi dia masih perlu dipantau rapi."

Alana mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih terasa berat, ada sedikit rasa lega mendengar Sofia dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah. Aku harap dia cepat sembuh. Aku nak jumpa dia, aku nak minta maaf dengan dia,"

Mia menggenggam tangan Alana dengan lembut, cuba memberikan kekuatan kepada adik iparnya. Alana tersenyum lemah tetapi berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh abang dan kakak iparnya.

Kehangatan kasih sayang adik-beradik itu terganggu oleh ketukan di pintu wad. Seorang pegawai penyiasat, Inspektor Farhan, berdiri di hadapan pintu dengan wajah serius.

"Maaf mengganggu. Saya Inspektor Farhan, pegawai penyiasat yang bertugas. Saya perlu menyoal siasat Puan Alana berkenaan Alvin."

Alana menoleh ke arah Farhan, kebimbangan jelas terpancar di wajahnya. Aidil memandang Alana, memberi isyarat bahawa dia akan berada di sisinya sepanjang siasatan.

Selepas dijemput masuk, Inspektor Farhan terus memulakan bicaranya. "Kami memerlukan maklumat mengenai kejadian yang berlaku dan sebarang butiran mengenai Alvin yang boleh membantu siasatan kami."

"Saya sebenarnya tak kenal sangat dengan Alvin tapi ada berjumpa sekali dua masa dia datang ke rumah Sofi," Alana memulakan cerita.

"Adakah dia orang yang bertangungjawab menculik Puan Alana?"

Alana mengangguk.

"Selepas dia culik cik, apa yang dia buat? Dia ada cakap apa-apa tak?" tanya Inspektor Farhan.

"Seharian dia kurung saya, sampailah Khaleel berada di gudang itu. Dia pukul saya, dia tendang saya depan Khaleel. Macam-macam dia buat," air matanya diseka pantas.

"Khaleel, suami puan?" soalan nspektor Farhan dijawab dengan anggukan.

"Apa kaitan Encik Khaleel dengan Puan Sofia?"

"Sepatutnya suami saya akan kahwin dengan Sofia tapi Alvin berjaya convince Sofia untuk bercinta... Kalau dilihat masa kami dalam gudang itu, dia marah dengan sesiapa yang cuba nak dekati Sofia dan mana-mana orang yang pernah sakiti Sofia,"

Farhan mengangguk, mencatat maklumat yang diberikan oleh Alana.

Farhan terus menyoal siasat, bertanya lebih lanjut. Alana berusaha memberikan jawapan yang jelas dan terperinci, berharap setiap maklumat dapat membantu penyiasatan.

Sebelum Inspektor Farhan beredar dari bilik, Aidil mengajukan soalan yang membelenggu fikirannya.

"Inspektor, boleh saya tahu, Alvin ni sebenarnya siapa? Alvin yang saya kenal bukan jenis yang agresif macam ini."

Farhan berhenti sejenak, memandang Aidil dengan serius sebelum menjawab.

"Setakat ini , maklumat yang kami kumpul. Alvin ni nama sebenar dia Shawn. Dia sebenarnya half Singaporean, half Malaysian. Ibu bapanya bercerai, dan dia ikut bapa balik Singapore, membesar kat sana. Bapa dia ni gangster besar kat sana,"

Farhan menyambung, matanya tajam menatap Aidil. "Ada kes kat sana, dia lari kat sini. Alvin Chong sebenarnya adik tiri dia,"

Aidil terkejut mendengar pendedahan itu. Semua di dalam bilik terdiam, cuba menghadam maklumat yang baru sahaja diberitahu.

"Alvin sebenar dan ibunya tidak dapat dikesan di mana-mana. Pihak polis sedang mengesan keberadaan dua anak beranak tu,"

Selepas memberikan penerangan, Farhan meminta diri untuk meneruskan siasatan. Aidil, Alana, dan Mia berpandangan antara satu sama lain, cuba memahami implikasi maklumat tersebut.

"Nampaknya kita berdepan dengan sesuatu yang lebih besar daripada yang kita sangka."kata Aidil dipersetujui oleh Mia yang sedang mengangguk, matanya penuh kebimbangan.

Sementara itu, Datin Fauziah menolak Emir menuju ke ICU, Emir berusaha menenangkan dirinya. Kerisauan diri semakin memuncak, akar persoalannya belum terlerai. Selagi tidak melihat Sofia dengan mata kepalanya selagi itu dia tidak senang.

"Angah, masuk dululah. Mama tunggu sini," pesan Datin Fauziah.

Emir mengucapkan terima kasih pada Datin Fauziah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik rawatan, perasaan bercampur-baur merempuh dinding hatinya. Air matanya gugur melihat Sofia terbaring di atas katil dengan alat-alat perubatan yang memantau keadaan kesihatannya.

"Awak, saya datang ni. Awak cepat-cepat sedar ya. Anak-anak dah rindu sangat dengan awak," ucapnya perlahan. Matanya tertancap pada tangan Sofia. Diikutkan hati mahu saja dia meraih tangan itu dan dibawa ke bibirnya.

"I'll be here for you, I promise," bisiknya.

Selepas beberapa ketika, Emir akhirnya bersedia meninggalkan bilik itu. Dia mengucapkan selamat tinggal dan keluar dari bilik dengan hati yang sedikit lega kerana dapat melihat Sofia.

Sebaik sahaja dia menapak keluar, dia terserempak dengan Aidil.

"Kau okay tak ni?" membuntang mata Aidil melihat Emir. Bukankah tadi sahabatnya itu berjalan macam biasa?

"Okay aje. Doktor kata ada retak sikit kaki aku. Kau nak tengok Sofi?"

Aidil mengangguk. "Macam mana keadaan Sofi?" "Dia okay macam tidur aje cuma banyak wayar sana sini,"

"Aku nak masuk tapi aku takut nak tengok Sofi," jujur Aidil.

Emir mengangguk faham, wajah sahabat baiknya ditenung seketika. "You'll be fine. Pergilah tengok. Aku tunggu kat sini,"

"Auntie tak nak masuk?" Aidil memandang Datin Fauziah.

"Tak apa. Awak masuk dulu. Lepas ni auntie masuk," Datin Fauziah senyum. Aidil mengangguk terus masuk ke dalam.

Selepas menjenguk Sofia, Emir dan Aidil kembali ke ruang menunggu. Datin Fauziah masuk ke dalam pula kali ini.

"Aku tak boleh nak padam imej masa Alvin...Shawn... kelar leher Sofi," Emir tunduk.

"Aku tak mahu dah ada apa-apa terjadi kat Sofi. Aku nak ada untuk dia selalu," sambung Emir.

"Aku akan lindungi Sofi kau tak perlu risau. Kau tu dah nak kahwin," jawab Aidil.

Tidak lama kemudian, Datin Fauziah muncul di ruang menunggu. Wajahnya kelihatan tenang, tetapi ada kebimbangan yang jelas terpancar di matanya. "Emir, Isha dah sampai. Papa suruh balik ke bilik."

Di dalam bilik, Isha duduk di atas sofa, menunggu kedatangan Emir. Wajahnya menunjukkan kebimbangan, tetapi dia berusaha untuk tetap tenang. Sebaik sahaja matanya bertaut dengan Emir. Isha senyum simpul.

"Kamu bincang dulu ya, papa dengan mama nak balik dah ni," Datuk Emran menarik Datin Fauziah keluar dari bilik.

Isha dan Emir tidak bersuara. Isha menjenguk ke luar pintu. Datuk Emran dan Datin Fauziah sudah melangkah jauh. Isha memandang Emir dengan wajah lega.

"Sofia macam mana? Uncle dah bagitahu aku pasal kau dengan Sofia. Nak aje aku cakap aku dah lama tahu,"Isha duduk semula di sofa.

"Sofia okay. Sekarang masih dalam ICU. Sorry, Sha..."Emir tunduk.

"Kau nak sorry apanya? Lagi senang urusan kita, majlis ada berapa bulan lagi. Masih sempat batalkan,"Isha bersuara tenang.

"Nanti aku bagitahu mama dengan papa ya. Aku bagitahu sekali dengan uncle Is,"

"Papa nanti aku aje cakaplah. You have too much on your plate," jawab Isha.

"Bolehkah? Kau tak takut papa kau marah?" soal Emir.

"Dah alang-alang ni, biarlah aku bagitahu uncle aje. Kesian pula dengan kau,"sambung Emir.

"Tak apa. Sampai bila nak takutkan? Aku memang tak nak kahwin dengan kau, biar kali ni aku beranikan diri,"Isha senyum cuba meyakinkan Emir.

"I'm really sorry, Isha. Kalau bukan sebab aku, mesti kau dengan along dah bahagia sekarang. Ada anak yang comel," Emir mencurahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

"Aku tak pernah salahkan kau. Allah uji aku begini, aku redha. Cuma, aku kena belajar untuk bersuara demi hidup aku dan masa depan aku, kan?"Isha pandang Emir.

Jeda. Kedua-duanya menghela nafas panjang, merasa sedikit lega kerana tidak perlu menyembunyikan lagi kebenaran. Isha berdiri hendak keluar sebelum menoleh ke arah Emir.

"Lagipun... Aku dah jumpa someone yang boleh buat aku move on dari Faiq," Isha bersuara.

"Assalamualaikum,"sambungnya terus menapak keluar dari bilik Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience