Bab 18

Romance Series 33257

"Kadang-kadang desakan dia tu buat aku jadi tak tenteram,"ceritanya.

"Tapi aku masih tak percaya bila Hani bagitahu yang Emir tu abang Elly. Lima tahun tinggal serumah tapi langsung tak tahu anak kau tu anak saudara dia,"Wafa bersuara.

"So, bila kau nak kenalkan anak-anak dengan papa dia orang?"soal Mia. Gelas berisi air kosong diletakkan di hadapan Sofia. Sofia menjungkitkan bahunya.

"Aku sibuklah. Program perpustakaan aku tu semua nak kena ubah format . Lagipun, aku nak ready mental dan emosi dulu,"jawabnya selepas gelas itu diteguk rakus.

"Cik piah! Termenung aje kau dari tadi ya," sergahan Yusoff mematikan lamunannya. 

"Jomlah kat sana. Aku nak join Alvin bbq," Yusoff menarik hujung bajunya.

Sepasang mata merenung tajam ke arah mereka. Sofia cepat-cepat menolak ajakan Yusoff. Hatinya masih sakit mengenangkan tingkah lelaki itu. 'Dasar impulsif!' jerit hatinya.

Dia segera menghampiri anak-anaknya yang sedang bermain bersama beberapa orang kanak-kanak yang juga turut berada di situ. 

"Marah?" suara itu menampar gegendang telinganya.

"It's time,Sofi. Atau awak nak saya annouce kat sini?" ugut Emir. Wanita itu mengerutkan dahinya.

Emir merendahkan badannya separas dengan sepasang anak kembar itu. "Jom, ikut uncle..." dia meraih tangan keduanya.

Farish memandang Sofia seakan meminta keizinan. Irina dengan senyuman lebar terus sahaja mengangguuk. "Mama?" " suara anak kecil itu memanggil.

"Jom... Kita ikut uncle ya sayang," Sofia mengoles lembut pipi Farish.

Sofia menoleh ke belakang. Memastikan tiada sesiapa yang perasan dia menghilang. Langkahnya sengaja dilambat-lambatkan. Matanya asyik melilau ke sana sini. Pintu bilik bernombor 08F ditenungnya seketika sebelum berkalih ke muka Emir.

"Supaya senang saya nak jumpa awak," Emir senyum. Dia mengerling ke arah biliknya,08E. 

"Jom..." Emir membukakan pintu untuk mereka bertiga. Sebaik sahaja anak-beranak itu masuk, dia segera menutup pintu.

Selepas memastikan kedua anak mereka sudah selesa, Sofia dan Emir duduk dihadapan kedua-duanya. Emir berdehem memberikan isyarat pada Sofia untuk memulakan bicara.

"Rin... Ayish... Ingat uncle ni tak?" lembut suara Sofia. Laju mereka mengangguk. 

"Okay, uncle ni..." Sofia mengerling ke arah Emir.

"Uncle ni papa Rin dan Ayish. Betul tak ma? Betullah Rin cakap hari tu?" sampuk Irina.

"Rin... Apa Rin dah lupa mama ajar apa? Tak elok..." Sofia jeda.

"Menyampuk. Maaf mama. Rin excited sangat dapat jumpa papa. Rindu sangat dengan papa," Irina memeluk Emir. Emir membalas pelukan Irina.

"Maafkan papa sayang. Papa lambat sangat jumpa anak-anak papa," dia mengucup ubun-ubun Irina. Emir memandang Farish. Tangannya didepakan.

Farish tidak berganjak. Dia segera mendekati Sofia. Tidak mahu disentuh Emir. Matanya mulai berkaca. 

"Habis tu ayah macam mana?" juraian air matanya diseka Sofia.

"Ayah Dil masih ayah Ayish. Tapi, ini papa kandung Ayish..." pujuk Sofia.

"Tapi dulu papa tak ada pun. Ayah Dil aje yang selalu ada. Mesti ayah Dil sedih lepas ni kalau papa ambil Ayish dengan Rin," semakin kuat tangisan Farish. Sofia memeluk Farish lama.

"Mama minta maaf sayang. Itu semua salah mama," akui Sofia. Dia dan Emir saling berpandangan. Mata Sofia mulai berkaca.

"Can I?" Emir meminta izin Sofia. Sofia angguk. Pelukannya dilepaskan.

"Hei.. Ayish, papa tak akan pisahkan Ayish dengan Ayah Dil. Ayah Dil dah tolong papa jaga Ayish dengan Rin. Kalau papa nak jumpa Ayish dan Rin, papa datanglah rumah Ayah Dil atau rumah mama," lembut suara Emir memujuk Farish.

"Betul? Ayish tak nak berpisah dengan Ayah Dil," Ayish mulai tenang selepas Emir berjanji. 

Emir memeluk kedua-dua anaknya. Dikucup lembut ubun-ubun kepala mereka. Mulutnya tidak henti memohon maaf. Sofia cuba mengawal riak wajahnya.

Sebaik sahaja anak-anak mulai tenang. Emir mengalihkan pandangannya pada Sofia.

"Sofi, I know things are complicated between us. But, I never stop thinking about you and the twins. Please, let me be part of their lives, and yours too," mata Sofia ditatap lama.

"Okay kids, jom!" Sofia membawa mereka ke foyer.

Di royer, semua sedang menikmati makan malam dan bbq selepas seharian menyertai aktiviti sukaneka. Farish dan Irina menyambung semula bermain dengan kawan baharu mereka. 

Baru hendak melangkah, soalan Emir mematikan langkahnya. "Awak mengelak dari saya, Sofia?" suara Emir berbunyi kecewa.

"Saya? Mengelak? Taklah," Sofia berbohong, cuba untuk memaparkan riak tenang. 

"Awak tak cakap apa-apa pun pasal tadi..." Emir bersuara. Matanya meliar memerhatikan manusia yang sedang bersuka ria.

"Emir, awak ingat senangkah? Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Awak fik..."

"Plus, kalau tak mengelak, kenapa awak langsung tak jawab call saya. Saya datang pejabat awak. Awak asyik suruh pengawal bagitahu saya yang awak sibuk?" Sampuk Emir memasukkan tangannya di poket seluarnya.

Disebabkan tindakan Sofia yang asyik mengelak, Emir memutuskan untuk mengambil langkah berani. Dia menelefon Encik Samat, Pengarah Kolej Komuniti Sabah dan mengundang mereka untuk menyertai hari keluarga syarikat di Rasa Riang Resort. Satu langkah strategik untuk membuka peluang berjumpa Sofia dalam suasana yang lebih santai.

"Saya memang betul busy. Eh, Cik Mary! Tunggulah," Sofia menarik tangan Maryam saat gadis itu berjalan menuju ke bahagian bbq meninggalkan Emir terkulat-kulat. 

"Seronok sangat family day tahun ni. Selalu tuan tak ikut tahu... Tahun ni, ceria betul tuan tu," ujar Cindy diikuti anggukan Dewi. 

"Cakap pasal tuan Emir, dia tak ada isterikah?" Maryam mendekatkan kepalanya dengan Cindy dan Dewi.

"Dulu ada dengar rumors pasal dia dah kahwin tapi bercerai. Tapi itulah, rumor aje. Jeremy aje tau hal sebenar,"

Sofia dan Jeremy saling berpandangan. "Rahsia tuan semua kat tangan aku. Sebab tu, tuan tak berani nak marah aku," Jeremy senyum bangga.

Serentak mereka ketawa. Sofia yang sedang menikmati ayam panggang dikejutkan dengan panggilan telefon dari salah seorang pelajar.

"Kat mana?" Tanya Sofia. Panik.

Kakinya terus melangkah laju meninggalkan foyer. Suara Bunga yang cemas menyebabkan kakinya laju melangkah menuju ke pantai Rasa Riang. Hatinya berdebar-debar, bimbang tentang apa yang mungkin berlaku.

Sebaik sahaja dia sampai di sana, dia terkejut melihat Alvin dikelilingi beberapa orang pelajar termasuk Bunga, masing-masing memegang bunga.

"Madam, jom.." Clarrisa mengiringi Sofia menuju ke arah Alvin. Bunga yang dipegang mereka tadi diserahkan satu-persatu pada Sofia sehingga menjadi sejambak bunga.

Sebelum dia sempat bertanya apa-apa, Alvin mengangkat tangannya dan memandang Sofia dengan penuh harapan.

"Sofia," Alvin berkata dengan lantang, suaranya bergema.

"Saya tahu awak tahu perasaan saya pada awak. Walaupun awak pernah menolak sebelum ini tapi saya nak awak tahu yang saya serius," Alvin menelan air liurnya.

"Saya sukakan awak dan saya nak tahu, will you be my girlfriend?"

Pelajar-pelajar di sekeliling mereka bersorak, menggalakkan Sofia untuk menerima lamaran Alvin. Sofia merasa darahnya mengalir ke wajahnya, malu dan panik.

Dia tidak pernah menjangkakan ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di hadapan ramai orang.

Dia ketawa kecil dengan gugup, cuba mengawal perasaannya. Sorakan para pelajar semakin kuat, mendesaknya untuk berkata ya.

Hatinya bertelagah, ingin menolak tetapi tidak mahu memalukan Alvin di hadapan pelajar-pelajar mereka. Dengan senyuman yang canggung, Sofia mengangguk perlahan.

"Emm... Okay Alvin," katanya dengan lembut, walaupun hatinya tidak setuju sepenuhnya.

Sorakan dan tepukan bergema di seluruh taman. Alvin melangkah ke hadapan, cuba memeluk Sofia sebagai tanda kegembiraan, tetapi Sofia cepat-cepat mengelak, membuatkan Alvin berhenti seketika.

"Opps sorry, Sofia," Alvin berkata dengan nada menyesal. "Excited."

Sofia hanya mengangguk, masih tersenyum canggung. Mereka berdua berdiri di sana seketika, dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang masih bersorak dan bergembira.

Sofia kemudian memberi alasan untuk menjenguk keadaan anak-anaknya, dan para pelajar mula beransur meninggalkan taman.

Selepas memastikan anak-anaknya okay, Sofia terus duduk dalam bulatan menyertai semua yang ada. Perutnya bergelodak, bukan kerana lapar tetapi kerana kekeliruan yang menyelubungi fikirannya. Ketika dia tiba di foyer, dia dan Emir berdiri jauh tapi pandangan mata Emir dingin.

'Marahlah tu aku tinggalkan dia tadi," katanya dalam hati.

Cindy mencandangkan mereka bermain truth and dare.

"Jomlah tuan," ajak Cindy.

Emir mengangguk. Dia terus duduk di sebelah Sofia. Alvin yang baru tiba mengambil tempat di sebelah Sofia. Sofia diapit oleh Emir dan Alvin.

Permainan itu berjaya menepati objektifnya apabila jelas terpancar riak senang dan terhibur di wajah masing-masing.

"My turn!" Emir mengangkat tangannya. Mematikan gelak tawa semua orang.

Hidayu yang sepatutnya memusingkan botol itu terkebil-kebil apabila Emir memusingkan botol itu tanpa mengendahkannya.

Seperti dirancang. Botol itu berhenti di hadapan Sofia. Mata Emir mengecil.

"So, puan Sofia. Truth or dare?" Suaranya kedengaran dingin.

"Emm... truth," jawab Sofia diikuti sorakan kawan-kawannya.
Mata Emir mengecil "Awak tahu, Sofia, saya rasa awak sangat luar biasa. Macam mana awak boleh sentiasa tersenyum, ketawa, bergembira? Seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku," suaranya dingin.

"How are you not dying just a little bit? How are you not still in love?" Matanya tidak lepas dari merenung Sofia.

"Saya langsung tidak boleh melupakan awak. So tell me, Sofi?"

Wajah Sofia memerah dengan marah, matanya membara ketika dia merenung tajam ke arah Emir.

Tanpa berkata apa-apa, dia berpaling dan berjalan cepat ke biliknya. Diraih tangan Farish dan Irina menuju ke bilik.

Emir yang mahukan jawapan, segera mengikutinya. Dia menarik tangan Sofia, menghentikan langkahnya.

"Sofi, tunggu!" Suara Emir campuran antara putus asa dan kecewa.

"Stop avoiding me.," mata mereka bertatapan seketika.

Sofia menarik tangannya kembali, ekspresinya marah. "Jangan cakap apa-apa, Emir. Awak tak tahu apa yang saya lalui." Sofia membuka pintu biliknya. Selepas semua masuk, Emir menahan pintu itu dari ditutup.

Sofia memandang anak-anaknya. "Ayish, mama ada nak bincang dengan papa. Ayish on aje tv ya," dia menapak keluar.

Wajahnya yang manis tadi bertukar tegang. , kedua-duanya bernafas dengan berat. Selepas memastikan mereka sudah jauh dari bilik.

Suara Emi meninggi, "Sakit awak aje yang awak fikir. Awak ingat saya tak menderita? I'm shattered Sofi! Watching you go on with you life as if I meant nothing!"

Mata Sofia berapi dengan kemarahan. "Awak tak faham! Awak cuma nampak apa yang saya tunjuk aje, Emir! You don't know the bights I cry myself to sleep, the days I struggle to hold on! You weren't there! You never saw the real damage!"

Emi melangkah lebih dekat, suaranya menjadi bisikan yang rendah dan tegang. "Kalau macam itu, show me the truth Sofia. Tunjukkan apa yang awak sembunyikan. Sebab yang saya nampak awak baik-baik saja, dan itu membuat saya gila. I can't go on with my life when I still love you this much,"

Tangan Sofia mengenggam kuat di sisi. "Awak fikir dengan cinta cukup? Cinta tak hentikan kesakitan, Emir. Cinta tak betulkan apa yang dah rosak. Awak fikir saya gembira? Saya hanya cuba hidup, mencari ketenangan. But you... you keep dragging me back into the past"

Wajah Emi berubah. Kemarahan dan kesedihannya menjadi satu. "I just want to understand, Sofia. How do you do it? Macam mana awak bangun setiap hari dan tak menyesal dengan apa yang kita hilang?"

Air mata mulai muncul di mata Sofia, tetapi dia mengedipkan mata untuk menahannya agar tidak jatuh.

"Saya bangun dan memilih untuk bertahan, Emir. Saya memilih untuk teruskan hidup, sebab itu saja yang saya boleh buat. Dan awak... kalau awak benar-benar ambil berat tentang saya, awak akan biarkan saya teruskan hidup."

Bahu Emir melorot, kemarahannya beralih kepada kesedihan yang dalam dan pedih.

"Saya tak tahu kalau saya boleh, Sofia. Saya tak tahu kalau saya boleh lepaskan awak lagi"

Sofia menarik nafas dalam, suaranya bergetar tetapi tegas.

"Itu sesuatu yang awam perlu cari jalan penyelesaiannya, Emir. But, you can't keep pulling me down with you. Saya berhak untuk bahagia, walaupun tanpa awak."

Dengan itu, dia berpaling dan berjalan pergi, meninggalkan Emir berdiri sendirian di lorong itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience