Bab 71

Romance Completed 59484

Sofia berdiri di hadapan cermin, menyikat rambutnya. Dari refleksi cermin, dia melihat Emir menghampirinya perlahan sebelum memeluknya dari belakang.

"Rajuk lagi ke?" suara Emir lembut di telinga Sofia.

Sofia mengeraskan bahunya, cuba untuk tidak terkesan. "Saya tak merajuklah. Cepatlah siap, nanti awak lambat," bohongnya sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Emir.

"Macam mana saya nak kerja kalau asyik fikirkan awak? Janganlah macam ni," pujukan Emir sambil meletakkan dagunya di bahu Sofia.

Sofia menolak lembut tangan Emir. Saya okay aje. Awak kerjalah," katanya tanpa memandang suaminya.

Emir tersenyum kecil melihat Sofia yang masih mengelak pandangannya. Dia melepaskan pelukannya, mencapai blazer yang tergantung di penyangkut baju. "Jomlah, saya boleh hantar awak ke sana dulu sebelum saya pergi mesyuarat."

Sofia menggeleng. "Tak payah. Athirah dah kata dia nak jemput saya. Awak pergi aje dulu, jangan lupa janji awak tu aje," ujar Sofia sambil mengatur langkah menghampiri pintu bilik.

Emir mengikutnya ke pintu, menghampiri Sofia untuk mengucup dahinya. "Okay, jumpa nanti. I love you," katanya sebelum melangkah keluar.

Sofia hanya tersenyum tipis sambil menutup pintu. "I love you too," katanya perlahan, hanya untuk dirinya sendiri.

Di lobi hotel, Emir menunggu Sabrina yang datang dengan pakaian korporat serba hitam. Sabrina tersenyum sambil menghulurkan fail yang dipenuhi dokumen mesyuarat.

"Let's go," katanya.

Mereka bergerak ke pejabat Nazarudin Marzuki, seorang wakil Marzuki Holdings Sdn Bhd dan sepupu Sabrina. Nazarudin, atau lebih mesra dipanggil Naza, menyambut mereka dengan mesra di ruang mesyuarat.

"Tuan Emir, terima kasih sebab sudi luangkan masa. Saya dah lama dengar pasal rancangan tuan ni daripada Sabby. Saya teruja nak tahu lebih lanjut," kata Naza sambil berjabat tangan dengan Emir.

"Pleasure is mine, Tuan Naza. Saya harap kita boleh capai sesuatu hari ni," balas Emir dengan yakin.

Mereka berbincang tentang potensi Library Hotel Kota Kinabalu, syarikat pertama Emir. Sabrina menerangkan konsep unik hotel itu yang memadukan suasana perpustakaan dengan perhotelan mewah.

"Market niche ni menarik. Orang akan datang bukan sekadar untuk bercuti, tapi untuk dapatkan pengalaman yang berbeza. Apa peranan kami dalam projek ni?" soal Naza.

"Saya perlukan sokongan dari segi modal dan juga rangkaian. Dengan portfolio Marzuki Holdings, saya yakin kita boleh jadikan projek ni lebih besar dari yang saya rancang," jelas Emir.

Naza mengangguk, matanya bersinar penuh minat. "Saya akan bawa cadangan ni pada board meeting kami lusa. Tapi, secara peribadi, saya nampak potential," katanya.

Selesai mesyuarat, mereka bertiga keluar dari bangunan pejabat. Usai itu, Emir dan Sabrina bergerak menuju ke lokasi masing-masing.

XXXXXXX

Di KLCC, Sofia duduk di kedai makan bersama Athirah. Di hadapannya, beberapa beg beli-belah berisi pakaian untuk Farish dan Irina.

"Semua ni buat aku rindu zaman belajar dulu. Kau dengan Elly take turn jaga anak-anak aku masa presentation sebab diorang sakit. Ya Allah rindunya..." kata Sofia sambil menyuap sepotong kek ke mulutnya.

Athirah menyandar di kerusi, wajahnya berseri-seri. "Aku pun rindu dengan anak-anak kau. Mesti dah besar kan?" Oh, by the way, Nadhir on the way ke sini," katanya tiba-tiba.

Mata Sofia membulat. "Apa? Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?"

"Tenang... Dia kebetulan ada meeting kat sini. Aku ajak dia sekali. Don't worry Sofi, dia dah lupakan kau. Dah ada anak pun, wife dia baru bersalin tiga bulan lepas" Athirah ketawa kecil, cuba menenangkan Sofia.

Sofia mengetap bibir, wajahnya jelas risau. Tiba-tiba dia terpandang Nadhir dan Emir menghampiri meja mereka. Dia menelan air liurnya, tekaknya terasa berpasir. Resah dan gelisah silih berganti.

"Sofi?" suara Nadhir dan Emir berselang seli, serentak mata mereka saling berpandangan penuh tanda tanya.

Athirah menjemput kedua-duanya duduk. Tanpa diarah, Emir terus duduk di sebelah Sofia. Nadhir menarik kerusi dari sebelah Athirah lalu duduk di sebelah Sofia tanpa mengendahkan pandangan tajam Emir . Dia menarik kerusi Sofia agar dekat dengannya.

Athirah, yang duduk di hujung meja tersenyum kaku. Sofia mengetap bibirnya, kakinya perlahan-lahan menendang kaki Athirah di bawah meja.

Athirah tersentak dan tersenyum canggung. "Nad, ini suami Sofi, Emir Faiz," Athirah cuba memecahkan suasana hening.

Nadhir memalingkan wajahnya ke arah Sofia dan Emir. Senyumannya sinis, nadanya jelas penuh kekecewaan. "So, kau boleh terima dia semula lepas dia tipu kau? Bila aku, kau terus tinggalkan aku tanpa kata apa-apa?"

Sofia membulatkan matanya, kaget dengan kata-kata itu. Dia segera memandang Emir yang sedang memandangnya, wajahnya kini berubah serius.

Athirah cuba mengawal keadaan, tetapi jelas teragak-agak. "Nad, jangan macam ni. Kau kata kau nak jumpa aje, tak nak ungkit kisah lalu," katanya cuba memujuk.

Nadhir mengalihkan pandangannya ke Athirah, nadanya mula meninggi. "Bila dah depan ni, aku jadi panas hati pula,"

"Senang hidup kau kan? Masa dia mengandung dulu macam-macam berlaku kat dia, aku yang jaga tahu tak? Sekarang dah bersalin, anak dah besar tiba-tiba muncul pula,"

"Kau ni Sofi, dah lupa eh? Kau kata kau tak akan maafkan jantan tak guna ni sampai bila-bila! Kau lupa?"

"Nadhir!" Sofia bersuara tegas, nadanya bergetar antara marah dan tidak percaya. Namun, kata-kata itu membuat Emir mengenggam penumbuknya dengan kuat, tangannya mula bergetar.

Sofia, menyedari keadaan itu, segera meletakkan tangannya di atas tangan Emir, cuba menenangkannya.

Athirah cuba meredakan keadaan, wajahnya mula kelam. "Nad, benda ni dah lama kot. Dah 8, 9 tahun lepas. Kau pun dah kahwin dengan Alisa, kan? Dahlah... tak payah ungkit lagi," katanya dengan suara yang lebih tegas.

Namun, Nadhir tidak menghiraukannya. Dia mendekatkan badannya sedikit ke meja, matanya menikam Sofia.

Emir mendengus perlahan, suaranya seperti menahan ledakan yang mahu keluar. Sofia menggenggam tangan suaminya lebih kuat, cuba mengalihkan perhatian Emir.

"Kau tahu tak betapa sakitnya aku rasa masa tu?" suara Nadhir meninggi. "Aku sayang kau sungguh-sungguh, aku nak kahwin dengan kau. Kau boleh putuskan hubungan kita macam tu aje?!"

Athirah segera bangun, menyedari keadaan semakin tidak terkawal. Dia mengambil begnya dan menarik tangan Nadhir. "Nadhir, cukup! Sofi, Emir, I'm so sorry. Aku tak tahu dia nak buat drama macam ni," katanya dengan nada serba salah.

"Aku belum habis Thirah!" Nadhir bersuara lagi, cuba melontarkan kata terakhir, tetapi Athirah segera menariknya menjauh dari Sofia dan Emir. Athirah memandang Sofia, cuba meminta maaf dengan pandangan matanya.

Di meja, Emir masih diam, tangannya masih terkepal erat. Matanya tajam memandang ke arah Athirah dan Nadhir. Nafasnya kelihatan berat, menahan setiap kemarahan yang memuncak.

Emir mengalihkan pandangannya ke Sofia, matanya merah, tetapi dia berusaha mengawal nada suaranya. "Dia... dia jaga awak? Dia ada masa awak pregnant? Saya ingatkan Elly dengan Hani aje yang jaga awak dulu?" soalnya perlahan tetapi penuh tekanan.

Sofia menggeleng dengan air mata yang mula berkaca. "Emir, listen..."

"Sofi," suara Emir lebih rendah, tetapi berat. Dia menghela nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. Sofia terdiam, air matanya mengalir tanpa henti. Dia tahu, tiada jalan lain melainkan untuk membuka kisah yang cuba disimpannya selama ini.

Merkea berdua segera balik ke hotel. Emir menarik tali lehernya dengan gerakan agresif, melemparkannya ke atas meja kecil di sisi. "Sit," arah Emir, suaranya tegas dan terkawal, sambil menarik tangan Sofia untuk duduk di atas katil. "Tell me. Now. Please," rayunya dengan nada yang tidak mahu dibantah.

Sofia menarik nafas panjang, cuba menenangkan hatinya yang berdebar. "Okay, saya mengaku," katanya dengan suara rendah. "Saya dan Nadhir... ada hubungan. Tapi hubungan kami berdua tak pernah declare. Cukup untuk saya tahu yang kami ada sesuatu."

Dahi Emir berkerut, tubuhnya menegang. Kata-kata Sofia seperti pisau yang perlahan-lahan menyayat hatinya. Sofia menyambung, "Tapi semua tu berlaku selepas saya bersalin. Sepanjang pregnant memang Elly dan Hani yang jaga saya. Tapi kat kolej, dia... dia banyak bantu saya."

Emir berdiri kaku, memproses setiap patah perkataan itu. "So?" desaknya, nada suaranya semakin berat.

"Mula-mula saya cuma anggap dia best friend aje," Sofia cuba menjelaskan. "Tapi lepas bersalin, cara dia handle anak-anak... buat saya rasa selesa dengan dia."

Wajah Emir semakin tegang. "Handle anak-anak?" ulang Emir, suaranya bergetar menahan marah. Hakikat bahawa anak-anaknya pernah dijaga lelaki lain membuatkan hatinya bagai disiat-siat.

"Masa tu," Sofia meneruskan, suaranya semakin perlahan, "Dia kata nak kahwin dengan saya lepas grad. Dia kenalkan saya dengan mama ayah dia. Mama dia buka gerai makan tak jauh dari uni."

Emir mengerutkan dahi, tangannya kini mencekak pinggang, cuba memahami tetapi semakin tenggelam dalam rasa terganggu. Sofia menghela nafas berat sebelum menyambung, "Sebulan selepas itu, mama dia jumpa saya. Dia cakap... dia tak setuju Nadhir ada hubungan dengan saya."

Emir mengangkat wajahnya, mata tajam memandang Sofia. "Kenapa?"

"Sebab masa depan anak dia akan gelap kalau kahwin dengan saya," jawab Sofia, suaranya sedikit bergetar mengenangkan kembali perasaan waktu itu. "Masa tu, baru saya tahu... dia tipu saya. Dia bukan anak orang biasa, tapi anak orang kaya."

Emir mengerutkan dahi lebih dalam, otaknya berpusing-pusing memikirkan maksud kata-kata Sofia. "Dia tipu awak?" soalnya.

"Ya, dia tipu. Awak tahu saya macam mana kan? Lepas itu terus saya mengelak dari dia sampai dia putus asa nak jumpa saya"

Emir meraup wajahnya dengan kedua tangan. Kata-kata Sofia mengenai perkahwinan membuatkan hatinya semakin remuk. Perasaan cemburu dan kecewa bercampur menjadi satu.

"Kenapa awak jumpa dia hari ni?" soalnya, matanya memandang Sofia dengan kekecewaan yang jelas terpancar.

Sofia memandang Emir lama. "Saya tak tahu pun dia nak datang," jawabnya, suaranya kini sedikit tegas.

Emir berdiri, tangannya masih di pinggang, Dadanya terasa berat. Terbit keluhan dari binirnya.

Sofia menarik nafas dalam. "It's not that I loved him, Emir," jawab Sofia, jujur dan penuh emosi. "Lagipun, saya bukannya terdesak sangat nak kahwin dengan dia. Saya tak kata ya pun. Dia yang ajak saya jumpa his so called mama,"

Emir menundukkan wajahnya, kepalanya dipenuhi pelbagai emosi yang bercelaru. "How were you ready to get married to someone without love, Sofi?" soalnya masih tidak berpuas hati.

Sofia mengerutkan dahi, nadanya pula berubah sinis. "I did that with you, right?"

Kata-kata Sofia membuatkan Emir terdiam. Seolah-olah dia baru ditampar dengan kebenaran yang pahit. Matanya tertutup rapat, cuba mengawal gelodak emosi dalam dadanya.

Tanpa berkata apa-apa, dia mencapai tuala yang tergantung dan melangkah pantas ke arah bilik air. Bunyi pintu bilik air yang tertutup membuatkan Sofia tersentak. Sofia menghela nafas panjang, memegang dadanya yang kini terasa sesak dengan penyesalan.

Usai mandi, Emir keluar dari bilik air dengan wajah yang kelihatan tenang. Dia mencapai jaket yang tergantung di kerusi tanpa sebarang kata. Sofia memandang Emir dengan dahi berkerut.

"Awak nak ke mana?" tanya Sofia perlahan.

Emir menjawab sepatah, nada acuh tak acuh, "Keluar."

"Keluar ke mana?" soalnya lagi, suaranya lembut tetapi tegas.

Emir berpusing menghadap Sofia. Wajahnya kelihatan penat, matanya redup. "Tak ke mana-mana pun. Saya nak ambil angin kat luar sendirian." Tanpa menunggu jawapan Sofia, Emir terus keluar, membiarkan pintu tertutup perlahan di belakangnya.

Sofia memicit dahinya dengan kedua tangan.  Dia bangun dan mengambil tuala untuk mandi. Selepas selesai mandi dan menunaikan solat, Sofia duduk di sisi katil sambil menyikat rambutnya. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nama Athirah tertera di skrin. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Hello, Thirah."

"Sofi, semua okay?" suara Athirah kedengaran cemas di hujung talian.

Sofia menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya sendiri sebelum menjawab. "Okay aje, jangan risau,"

Athirah terdiam seketika sebelum mengakui, "Aku rasa bersalah sangat, Sofi. Aku tak sangka benda ni jadi macam ni. Sumpah, aku tak tahu Nadhir nak buat perangai macam tadi. Kalau aku tahu, aku takkan ajak dia jumpa kita."

Sofia mengeluh kecil. "Thirah, tak apa. Bukan salah kau pun."

"Tapi Sofi, kau tahu tak? Sebenarnya dia yang contact aku dulu. Dia tahu kau ada kat KL, tapi aku tak tahu dari siapa dia dapat tahu. Aku cuma fikir dia nak catch up. Aku tak tahu langsung dia nak ungkit benda-benda lama tu."

Sofia mengetap bibir, cuba menahan perasaan yang mula bercampur-baur. "Serius, Thirah, aku malas nak fikir. Dah lama sangat benda ni berlalu."

"Kalau kau perlukan aku, call aku tau, Sofi. Sumpah aku tak sangka benda ni jadi macam ni."

Sofia tersenyum kecil walaupun Athirah tidak dapat melihatnya. "Kau tak perlu risau, Thirah. Semuanya okay. Tak perlu rasa bersalah. Benda dah jadi, biar ajelah."

Athirah akhirnya mengalah. Sofia mematikan panggilan dan meletakkan telefon di meja sisi katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience