Bab 35

Romance Series 33080

Sofia sibuk mengemas barang-barang di rumahnya sepanjang hari. Semua orang hanya memerhatikannya dengan perasaan bercampur baur. Kali terakhir suara Sofia didengar adalah ketika dia menelefon pejabat untuk mengambil cuti kecemasan. Sejak itu, dia langsung tidak bersuara.

Aidil, Mia, dan Alana berkumpul di ruang tamu, memandang Sofia dengan kebimbangan. Mereka saling berpandangan, masing-masing kelihatan ingin berkata sesuatu tetapi tidak berani membuka mulut.

"Kita tak nak tanyakah? Aku takut tengok dia macam ni," bisik Alana. Aidil meletakkan dari telunjuknya di bibir.

Alana merengus perlahan. "Apa masalah kalau tanya? Kita semua risau."

Aidil menghela nafas panjang. "Kau tak kenal Sofi yang sekarang, Lana. Sekarang kalau dia kata dia tak nak, dia diam, tak ada benda boleh ubah."

Tiba-tiba, Wafa muncul di pintu. Mia dan Hani segera menariknya masuk dan bertanya dengan cemas.

"Fa, Kenapa dengan dia?" tanya Mia.

Wafa mengeluh. "Semalam, Khaleel datang pejabat dia lepas tu bergaduh dengan Alvin. Malulah Sofi sebab ramai yang cuba meleraikan Khaleel dan Alvin," Masing-masing terlopong mendengar cerita Wafa.

"Dia nak bawa anak-anak bercuti di Mystic Valley Hilltop Resort. Plus, untuk menghalang Khaleel buat sesuatu pada anak-anak." sambung Wafa

"Khaleel nak buat something dengan Ayish dan Rin? Gilalah mamat ni"marah Hani.

"No offense,"dia memandang Alana yang khusyuk mendengar.

"None taken. Dia memang gila," Alana senyum.

Tanpa menunggu lebih lama, Aidil masuk ke bilik Sofia yang sedang sibuk mengemas. "Sofia, aku nak ikut,"

Sofia berhenti seketika dan memandang Aidil dengan tegas. "Tak payah. Jaga aje Mia kat sini,"

Mia yang baru masuk ke bilik segera menyampuk. "Aku boleh jaga diri, biarlah Aidil ikut kau,"

Sofia tidak menjawab, hanya meneruskan mengemas barang.

Aidil merayu, "Sofia, untuk keselamatan kau dan anak-anak. Biarlah aku ikut. Tolonglah."

Sofia menghela nafas panjang. "Aidil, aku faham kau risau. Tapi aku tak nak susahkan kau. Lagipun, kau ada tanggungjawab di sini."

Aidil tidak berputus asa. "Sofia, kalau apa-apa terjadi, aku tak akan maafkan diri aku. Aku tak kira, aku nak ikut juga. Sekurang-kurangnya, aku boleh pastikan kau dan anak-anak selamat."

Sofia memandang Aidil dengan mata yang penuh dengan keletihan. "Kalau ada apa-apa jadi kat rumah, macam mana? Mia, Lana... Kalau ada apa-apa jadi kat diorang aku pun tak akan dapat maafkan diri aku,"

Mia memegang bahu Sofia. Mata sahabat baiknya itu ditatap lama. "Aku dengan Lana akan jaga diri. Lagipun, kau tu yang si Khaleel tengah angau. Kau yang dalam bahaya. Biarlah Aidil ikut, aku dengan Lana okay aje,"

Ketika itu, Wafa muncul di pintu. Dia memandang Sofia dengan senyuman. "Aku setuju dengan Mia. Biarlah Aidil ikut, ya?"

Sofia menghela nafas. Baru hendak membuka mulut. Wafa menyambung lagi. "Kami tahu kau tak nak menyusahkan sesiapa tapi kalau Aidil tak ikut, kami tak benarkan kau keluar dari rumah ini."

Sofia kelihatan bingung, tetapi akhirnya mengangguk. "Baiklah. Tapi aku masih rasa kau patut fikir dua kali. Tanggungjawab kau kat sini, Dil. Aku yakin aku bolah jaga diri,"Dia memandang Aidil.

Aidil tersenyum hambar. "Aku dah fikir lebih dari dua kali, Sofi. Ini yang terbaik untuk sekarang."

Dengan itu, Sofia meneruskan mengemas barang-barangnya, sementara Aidil,Mia dan Wafa saling berpandangan dengan perasaan yang bercampur baur. Mereka tahu bahawa Sofia sedang melalui masa yang sukar, tetapi mereka juga sedar bahawa dia memerlukan sokongan dan perlindungan mereka.

Setelah semua persiapan selesai, Sofia, Aidil, dan anak-anak Sofia berangkat ke Mystic Valley Hilltop Resort. Perjalanan itu sunyi, masing-masing tenggelam dalam pemikiran sendiri. Sofia merasakan beban yang berat di hatinya, tetapi dia tahu ini adalah langkah terbaik untuk menjaga keselamatan anak-anaknya.

Setibanya di resort, mereka disambut dengan suasana yang tenang dan damai. Sofia berharap ini akan memberi sedikit ketenangan dan keamanan kepada mereka semua.

Mereka segera mendaftar masuk dan menuju ke bilik masing-masing. Sofia mengambil kesempatan untuk berbincang dengan Aidil mengenai rancangan mereka seterusnya.

"Aidil, kita kena pastikan Khaleel tak dapat jejak kita di sini. Apa-apa pun, jangan beritahu sesiapa lokasi kita. Termasuk abah," kata Sofia dengan serius.

Aidil mengangguk. "Jangan risau, Sofia. Aku akan pastikan semuanya selamat. Kita akan lalui ini bersama-sama."

Sofia tersenyum lemah. "Terima kasih, Aidil. Aku hargai bantuan kau."

Malam pertama di Mystic Valley Hilltop Resort, Sofia dan keluarganya memutuskan untuk menikmati malam berbumbungkan langit sambil melihat bintang. Anak-anak Sofia, Farish dan Irina, sangat teruja. Mereka tidak berhenti melompat kegembiraan sebaik sahaja melihat langit yang penuh dengan bintang.

"Mama, tengok ma! Banyaknya bintang!" teriak Farish dengan mata yang bersinar-sinar.

"Ya, sayang... Indahnya malam ini," balas Sofia dengan senyuman, walaupun hatinya terasa sedikit pilu.

Irina menarik tangan Farish dan mereka berdua berbaring di atas rumput, memandang langit. Aidil dan Sofia berdiri tidak jauh dari mereka, memerhatikan anak kembar dengan perasaan bercampur baur.

Farish berpaling ke arah Irina dan berbisik, "Rin, kalau papa ada di sini, mesti lagi seronok kan?"

Irina mengangguk perlahan. "Yalah, Ayish. Kalau papa ada, kita semua boleh stargazing sama-sama. Mesti best sangat."

Sofia mendengar perbualan mereka dan hatinya terasa pedih. Dia tahu anak-anaknya merindui Emir, tetapi dia juga tahu ini adalah keputusan terbaik untuk menjaga keselamatan mereka.

"Kau okay?"Aidil memandang Sofia. Sofia angguk.

"Kau betul-betul okay?" soalan Aidil menyebabkan Sofia binggung. Berkerut dahinya memandang Aidil.

"I'm okay," dia menjawab dengan suara yang jelas.

Ökay... Chill... Aku tanya aje," Aidil menghirup kopinya sambil memandang Sofia.

"Kenapa? Ada apa-apakah?"soal Sofia.

Aidil meraba-raba poketnya. Nama isterinya tertera sebagai si pemanggil. Beberapa saat, wajah Mia, Hani dan Wafa terpapar di skrin telefonnya.

"Assalamualaikum, Sofi! Macam mana kat sana? Semuanya okay?" tanya Wafa dengan senyuman.

"Waalaikumsalam, Fa. Alhamdulillah, semuanya okay. Anak-anak pun gembira dapat tengok bintang malam ni," jawab Sofia dengan nada yang tenang.

Mereka berbalas senyuman. "Alhamdulilah, tadi bukan main merayu-rayu nak Emir ikut. Tadi Emir dan Isha cuba baju kat butik. Emir tanya pasal Aidil, jadi aku bagitahulah kamu kat mana," Mia bersuara.

Sofia tidak menjawab, hanya tersenyum tipis. Dia tidak mahu memikirkan tentang Emir dan Isha, terutamanya dalam keadaan sekarang.

Hani menampar belakang Mia. Mia menjerit kesakitan. "Tak perlu kot bagitahu yang tu!"

"Have fun Sofi... " Hani menarik telefon Mia dari tangan Mia.

Sofia mengangguk. "Ya, Hani. I'll try. Terima kasih sebab selalu ada untuk aku."

Mereka mengakhiri panggilan dengan ucapan selamat malam. Sofia melihat anak-anaknya yang masih menikmati pemandangan bintang dengan senang hati. Dia tahu bahawa dia perlu kuat untuk mereka, walaupun hatinya penuh dengan pelbagai perasaan.

Setelah beberapa saat, Aidil mendekati Sofia. "Sofia, aku tahu ini bukan mudah untuk kau. Tapi kau kena kuat untuk anak-anak. Mereka perlukan kau."

Sofia menghela nafas panjang dan mengangguk. "Aku tahu, Aidil. Aku akan cuba yang terbaik."

"Anak-anak, jom! Dah malam ni," AIdil menyuruh mereka masuk ke dalam bilik.

Farish dan Irina menuruti arahan Aidil. Mereka membasuh kaki dan mengosok kaki sebelum memanjat katil.

"Ma..." panggil Rin.

"Ya... Kenapa sayang?" Sofia mengelus lembut pipi Irina.

"Kenapa papa nak kahwin dengan mama Isha?"

Soalan Irina membuatkan Sofia terkedu. Hatinya berkocak. Bagaimana hendak dijawab persoalan anak perempuannya itu.

"Rin nak cakap dengan papa tak?" Sofia mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg. Irina mengangguk laju

Dia menekan nombor Emir lalu ditekan butang panggil. Seminit kemudian muka lelaki itu memenuhi skrin telefon Sofia.

"Pandai pula call saya?" sapaan pertama Emir sebaik sahaja dia mengangkat panggilan Sofia.

"Bukan saya yang nak call awak, anak perempuan awak nak cakap dengan awak."

Sofia menyerahkan telefon ke tangan Irina.

"Papa! Papa tak nak datang sini? Best papa kat sini," Irina menayangkan sebaris giginya.

"Betul papa. Sini memang be st tapi lagi best kalau ada Papa," sampuk Farish,

"Mama tak ajak papa. Kalau mama ajak, papa dah lama ikut," Emir menjawab dengan nada sedih.

Berkerut dahi Sofia mendengar kata-kata Emir. 'Eh... Dia ni!'

"Rin, tanyalah soalan Rin tadi. Papa mungkin ada jawapan," Sofia berbisik di telinga Irina.

'Biar padan muka kau nak menjawab?' gerutunya dalam hati.

"Oh ya, papa. Rin ada soalan..."

"Apa dia? Tanyalah," Emir berdehem.

"Kenapa papa nak kahwin dengan mama Isha? Kenapa tak kahwin dengan mama aje? Papa tak sayang mamakah?"

Mencerlung mata Sofia mendengar soalan Irina. Bukankah tadi soalannya pasal Isha saja. Kenapa namanya terbabit sama.

"Dah...Dah malam ni. Nanti esok sam..."

"Siapa kata tak sayang? Sayang, cinta Papa pada Mama tak pernah pudar. Tapi kadang-kadang, cinta juga tentang melepaskan orang yang kita sayang untuk kebahagiaan orang yang kita sayang tu." Sofia terkejut mendengar jawapan Emir.

"Papa dan Mama pilih jalan ini sebab kami nak yang terbaik untuk kita semua, termasuk kamu. Walau apa pun, kamu tetap yang terpenting dalam hidup Papa." Emir senyum. Matanya melirik ke arah Sofia.

"Mama sayang papa?" Soal Farish tiba-tiba.

Sofia pandang skrin telefon. Emir senyum seakan menunggu jawapan darinya. Dia segera mematikan panggilan video itu.

"Habis bateri pula telefon mama. Esok kita call papa lagi ya,"

Farish dan Irina memandang Sofia dengan muka tak puas hati. Sofia senyum nipis. Dia mengarahkan mereka untuk tidur. Walaupun terbit rungutan di bibir masing-masing, mereka turuti juga arahan Sofia.

Kenapa off??

Saya nak tahu awak masih sayangkan saya atau tak?

Sofi? Hello? Jawablah! Atau awak nak saya datang sana. Awak ingat saya tak kenal ke owner Valley Hilltop?

Mesej Emir dibiarkan seketika tidak dijawab tetapi ugutan lelaki itu menganggu ketenangannya. Jarinya menari-nari di dada skrin.

Tak payahlah ugut! Sayang as a friend aje. Perasaan yang lagi 1 tu dah lama mati. Puas? Good night!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience