Bab 39

Romance Series 33080

Simbahan air sejuk mengenai tubuh Sofia, menyedarkannya dari kegelapan. Dia terengah-engah bernafas, matanya membuntang terkejut melihat dirinya diikat dalam posisi dengan kedua tangan terentang di udara. Dia cuba menyesuaikan matanya yang kabur dan selang beberapa saat, pandangannya kembali normal. Dia memandang sekeliling, cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Alvin keluar dari tempat persembunyian, menayangkan muka pada Sofia yang sangat terkejut. Dengan senyuman sinis di wajahnya, Alvin menghampiri Sofia.

"Good morning, sunshine. How are you?"Alvin memegang rambut Sofia dan dibawa ke hidungnya.

"Alvin?"

Alvin ketawa. Pandangan matanya tidak seperti selalu menyebabkan Sofia kebinggungan.

"Kenapa? Awak terkejut tengok saya kat sini?" Dia mengelus lembut pipi Sofia. Sofia menjauhkan kepalanya.

"Kau ingat boleh main-main dengan perasaan aku?" Alvin memicit muka Sofia sebelum menolak kepala wanita itu.

"Alvin, jangan macam ni. Awak buat saya sakit. Lepaskan saya, please," rayu Sofia.

Alvin menelengkan kepalanya. Senyumannya sinis. Dia merapatkan mukanya dengan muka Sofia.

"Supaya kau senang nak menggatal dengan lelaki-lelaki tak guna tu?" Lembut suaranya.

"Elok aje kau bercuti dengan bekas laki kau ya lepas break dengan aku! Dasar perempuan murahan!" satu tamparan hinggap di pipi Sofia menyebabkan Sofia menangis kesakitan.

Alvin mundar mandir d hadapan Sofia, meregangkan badannya. Dadanya berombak, wajahnya jelas terpancar api kemarahan sedang marak.

"Alvin, saya minta maaf. Saya tak maksudkan untuk menyakiti awak. Tapi ini bukan cara yang betul. Lepaskan saya, kita boleh bincang." Suara Sofia bergetar.

Alvin berhenti di hadapannya kemudian dia menundukkan sedikit badannya mengikut paras mata Sofia.

"Nak bincang apa? Too late! Kau ingat aku tak tahu yang kau melayan Khaleel dan Emir? Aku ada kat sini untuk kau tapi kau pandang aku sebelah mata aje kan?"

"Alvin, tolong. Saya janji saya akan sambung semula hubungan kita. Lepaskan saya, please,"

"Tak! Aku tak akan lepaskan kau! Aku cintakan kau sama macam aku cintakan isteri aku dulu,"

"Saya janji saya akan sambung semula hubungan kita, saya janji. Tolong lepaskan saya Alvin," andai sahaja dia boleh berlutut, sudah pasti dia melutut.

Alvin ketawa kecil, mendekati Sofia dengan langkah perlahan. Riak wajahnya berubah menjadi Alvin yang dikenalinya di kolej, seorang yang murah dengan senyuman dan baik hati. Air mata mula mengalir di pipi Alvin.

"Saya minta maaf, Sofia. Saya tak sepatutnya buat macam ni. Saya cuma terlalu cintakan awak,"

Alvin perlahan-lahan membuka ikatan di tangan Sofia. Sebaik sahaja ikatan terbuka, Sofia terus membuka langkah seribu. Alvin senyum sinis dan merentap rambut Sofia menyebabkan dia terbaring di lantai.

"Kau ingat kau boleh lari macam tu aje? Kau jangan buat tindakan bodoh, Sofia," Alvin duduk di atas badan Sofia.

"Alvin, tolong... Jangan buat macam ni," Sofia mulai panik.

"Kau fikir kau boleh tinggalkan aku begitu aje? Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa," Alvin mencengkam pipi Sofia dengan kuat.

"Alvin, saya janji saya tak akan tinggalkan awak. Tolong... Lepaskan saya,"

"Diam!" Alvin menampar Sofia menyebabkan bibirnya pecah. "Kau sudah terlambat untuk janji palsu kau tu, Sofia. Kau dah hancurkan hati aku, dan sekarang kau akan tanggung akibatnya,"

"Aku tak akan biarkan kau pergi begitu sahaja. Kau fikir aku bodoh? Kau fikir aku tak tahu tentang hubungan kau dengan Khaleel dan Emir?" bentak Alvin. Matanya mencerlung memandang Sofia.

Air mata mula mengalir di pipi Sofia. Dia tahu bahawa dia perlu mencari jalan untuk meredakan kemarahan Alvin sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Dengan suara bergetar Sofia bersuara lembut. "Alvin, I'm sorry, I'm really sorry. Saya tak pernah berniat untuk menyakiti awak. Tolong lepaskan saya, ya? Kita boleh bincang dengan tenang."

Alvin bangun seraya menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri. Namun, kemarahan dalam dirinya kembali membara. Dia melangkah ke arah Sofia dengan langkah yang penuh amarah.

"Bincang? Kau ingat ini masa untuk bincang? Kau ingat aku tak tahu tentang perempuan macam kau? Kau sama seperti dia... isteri aku dulu. Dan ibu aku. Kamu semua perempuan curang!"

Sofia terkejut dengan kenyataan Alvin. Dia tidak pernah tahu bahawa Alvin mempunyai masa lalu yang begitu kelam. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, Alvin mengangkat tangannya dan menumbuk pipi Sofia dengan kuat.

"Alvin, tolong... Jangan buat macam ni." Sofia menjerit. Tangannya menahan tangan Alvin yang masih hendak memukulnya.

"Diam! Aku tak mahu dengar apa-apa dari kau lagi. Aku dah cukup menderita kerana perempuan macam kau." Alvin menendang kaki Sofia tanpa belas.

Sofia menangis kesakitan, Alvin tidak berhenti di situ. Dia menendang perut Sofia dengan kuat, menyebabkan Sofia senak. Dia terasa ada cecair panas mengalir dari hidungnya. 

"Kau patut rasa apa yang aku rasa selama ini. Kau patut tahu bagaimana rasanya dikhianati." 

Sofia cuba melindungi dirinya, tetapi Alvin terus menyerangnya tanpa belas kasihan. Setiap pukulan yang diterima oleh Sofia membuatkan dia semakin lemah dan tidak berdaya.ia.

"Semua perempuan sama! Kau semua penipu dan pengkhianat!" Air mata Alvin mengalir, menunjukkan perasaan kecewanya yang mendalam. Namun, dia tidak menghentikan kekerasannya. Sofia masih cuba memujuk Alvin, tetapi setiap kata-katanya hanya membuat Alvin semakin marah.

"Alvin, saya benar-benar minta maaf. saya janji tak akan tinggalkan awak. Stop, please." tangis Sofia.

Alvin merentap rambut Sofia dengan lebih kuat, menyebabkan Sofia menjerit kesakitan. "Janji? Kau fikir janji kau bermakna apa-apa bagi aku sekarang?"

"Mulai saat ini, kau akan belajar, Sofia. Kau akan belajar betapa sakitnya dikhianati!" Alvin menolak Sofia masuk ke dalam sebuah bilik. Pintu besi berat dihempas, mengunci Sofia di dalam.

Sofia merangkak dengan lemah selepas dipukul teruk oleh Alvin. Dia terduduk di lantai, terhimpit antara rasa sakit fizikal dan emosi. Di sudut bilik itu , Sofia melihat seseorang terbaring lemah. Dengan perlahan, dia mendekati orang itu.

Alangkah terperanjatnya Sofia. "Lana? Ya Allah, Lana!"

Alana membuka matanya yang lemah dan cuba mengukir senyuman ketika melihat Sofia. Sofia memeluk Alana erat, merasakan sedikit kelegaan melihat wajah yang dikenali di tengah-tengah mimpi ngeri ini.

"Sofi? Sofi kau kat sini? Aku ingatkan aku mimpi. Sofi, tolong aku Sofi. Aku takut," Alana membalas pelukan Sofia. Dia menangis teresak-esak. 

"Aku pun takut tapi kita tak boleh patah semangat. Kita kena keluar dari sini," Sofia mengusap lembut pipi Alana.

"Dia pukul aku Sofi, dia seksa aku. Aku takut, Sofi. Aku nak balik," rayu Alana.

"Aku janji dia tak akan sentuh kau lagi, Lana. Aku janji," bisik Sofia.

"Sofi, dia tahu semua maklumat tentang kita. Dia tahu semua pergerakan kita. Konco-konconya ada di mana-mana," terang Alana

Sofia tergamam mendengar kata-kata Alana. Lelaki yang nampak peramah dan introvert dikenali selama ini nampaknya hanyalah lakonan semata-mata. Mengenangkan perwatakan lelaki itu tadi dia menjadi takut. Dia benar-benar tersilap menghakimi lelaki itu. 

"Kita kena keluar dari sini, Lana. Kita kena cari jalan untuk larikan diri."

"Aku tahu, Sofi. Tapi macam mana? Alvin sangat berbahaya. Kita tak boleh buat sebarang kesilapan."

Sofia mengangguk, berusaha menenangkan perasaannya. Dia tahu bahawa mereka perlu bekerjasama untuk mencari jalan keluar. Walaupun keadaan tidak memihak kepada mereka, Sofia tidak mahu mengalah.

"Kita akan cari jalan, ALana. Kita akan keluar dari sini bersama-sama." Sofia memandang Alana sambil tersenyum. 

Alana mengangguk perlahan, matanya penuh dengan keazaman. Mereka berdua perlu bertahan dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari cengkaman Alvin.

Di sebuah bilik yang penuh dengan monitor CCTV, Alvin masuk sambil menyinsing lengan bajunya. Bibirnya tersenyum melihat orang-orang yang berada di dalam gengamannya. Pandangan matanya penuh dengan kekejaman. 

"Aku akan pastikan tiada sesiapa dapat pisahkan kita, Sofia." Dia tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience