Bab 14

Romance Series 33080

Udara malam itu terasa tegang ketika Sofia melangkah melalui bilik yang sesak, jantungnya berdebar di setiap langkah. Dia berada dalam keadaan berjaga-jaga, pandangannya tajam saat dia memerhatikan sekeliling. Dia bertekad untuk menjauhkan Emir dan mengelak daripada sebarang interaksi yang tidak diingini.

Pandangan mata Emir menambahkan kegelisahan dalam diri Sofia. Emir seperti awam gelap mengekorinya menyebabkan dia tidak dapat menikmati keindahan majlis Elly dengan tenang.

"Terima kasih semua," ucap Datin Fauziah atau lebih dikenali Sofia dengan panggilan Mama Gee.

Usai tetamu beransur balik. Sofia kelihatan lebih tenang. Emir tidak kelihatan dimana-mana. Dia membantu Elly mengangkat barang hantarannya masuk ke dalam bilik. Kemudian, dia dan Hani membersihkan Farish dan Irina sebelum tidur. Sesudah itu, dia segera masuk ke dalam bilik yang diberikan Fauziah.

Dia membuka sangulan rambutnya. Dibiarkan rambutnya itu terurai. Dia duduk di birai katil. Kepalanya ligat memikirkan Emir. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu adalah abang Elly. Bagaimana kalau dia tahu? Fikirnya. Dia mengeluh panjang sambil merebahkan badannya di atas katil empuk itu.Matanya dipejam lama.

Membuntang matanya saat mendengar suara lelaki berdehem. Emir sedang memandang dia dengan senyuman. Sofia menjerit terkejut. Wajah panik Emir jelas terpancar. Usahanya hendak menutup mulut wanita itu gagal apabila Sofia membaling bantal ke arahnya.

"Kenapa ni? Sofia... Emir?" Datin Fauziah menerpa masuk ke dalam bilik.

"Entahlah ma, anak angkat mama ni dahlah suka hati masuk bilik orang. Tiba-tibe menjerit macam tak betul aje," Emir menjungkit bahunya.

"Bilik orang? Mama suruh saya tidur kat sini tahu tak? Awak tu yang salah masuk bilik," Sofia merengus kasar.

Matanya terfokus pada gambar konvokesyen di belakang datin Fauziah. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Dia melihat meja komputer gambar lelaki itu bersama seorang lagi lelaki yang seiras.

"Aduh sayang... Ini bilik abang ngah. Mama suruh tidur kat sebelah," Datin Fauziah tergelak kecil.

Dengan wajah merah seperti tomato. "Sorry..." Sofia mengambil begnya terus keluar menuju ke bilik yang dimaksudkan.

"Sofi, jangan ambil hati dengan Abang Ngah ya. Mulut dia tu memang selalu jadi punca bergaduh," Datin Fauziah mengelus rambut ikal Sofia.

"Baik mama," Sofia tersenyum manis. Usai itu, dia terus menutup pintu biliknya. Dia menekup mukanya lalu menjerit sekuat hati. Malu, geram, tertekan semua bergabung menjadi satu.

Ding!

I can hear you voice from my room sweetheart.

"Eh dia ni!" Sofia menghempaskan telefonnya di atas katil. Tidak berpuas hati.

Selang beberapa minit, Sofia terdengar bunyi dari balkoni. Dia menyelak langsir, wajah Emir sedang tersenyum menyapanya. Laju sahaja matanya mencari kunci pintu gelangsar itu. Emir cuba membuka tetapi pintu itu dikunci.

Sofia menjeling lelaki itu dan terus menutup semula langsirnya. Ketukan Emir tidak diendahkannya. Dia tidak mahu melayan karenah Emir. Pintu biliknya dibuka perlahan. Hampir sahaja dia menolak pintu itu tetapi berhenti selepas mendengar suara Irina.

"Mama?" panggilnya.

"Ya sayang..." Sofia senyum.

Irina terus memanjat katil Sofia. "Tak dapat tidur?" soal Sofia lagi.

Irina mengeleng. "Rindu ayah," jawab Irina pendek.

"Esok pagi kita balik. Kita jumpa nenek dulu ya," pujuk Sofia lagi.

"Lelaki tadi tu siapa mama?"

Dahi Sofia berkerut. Lelaki mana satu yang dimaksudkan Irina.

"Lelaki yang nenek kenalkan dengan mama tu," sambung Irina lagi.

"Oh... Itu abang aci Elly. Kenapa Rin tanya? Rin kenalkah?" Sofia menyelitkan rambut anak kecil itu di telinga.

"Kenal," jawab Irina pendek.

Sofia terkedu mendengar jawapan Irina. "Itu BFF ayahkan," sambung Irina lagi.

Sofia teringat pada pertemuan antara mereka tempoh hari. Sofia mengucup lembut pipi Irina. Dia membiarkan Irina tidur disebelahnya. Selang 10 minit, satu lagi ketukan berbunyi di pintu hadapan.

"Mama... Ayish ni,"

Sofia membukakan pintu bilik. Wajah masam Farish dioles lembut.

"Kenapa marah ni?" Sofia melutut agar pandangannya selaras dengan mata Farish.

"Rin tu buat Ayish tak dapat tidur," Farish menunjuk Irina yang sudah lena.

"Apa Rin buat sayang?" Sofia mengurut belakang Farish cuba menenangkan anak itu.

"Dia kata uncle yang tadi tu... Yang BFF ayah tu... Papa kami. Betulkah mama?"

Soalan Farish memeranjatkan Sofia. Lebih mengejutkan, Emir yang sedang menuruni tangga menghentikan langkahnya. Matanya dan mata Sofia bertembung. Dia segera menghampiri Sofia namun tindakan pantas Sofia pintu biliknya ditutup tanpa sempat Emir berkata apa-apa.

Ding! Ding!

Let's talk.

Sofia! I'm serious we need to talk.

Mesejnya tidak dibalas Sofia. Hatinya rawan, Terngiang-ngiang kata-kata anak lelaki itu tadi. Dia mencuba untuk menghubungi Aidil tetapi tidak berjaya. Dia segera menghubungi Sofia. Tidak berjawab.

Dia mengetuk pintu gelangsar di bilik Sofia. Tiada sebarang pergerakan yang kedengaran. Bilik itu juga sudah gelap. Dia meraup rambutnya. Pipinya tersembul ditujah lidahnya. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat jam 12.30 pagi.

Sudah hampir 15 minit dia berdiri di balkoni. Rintik-rintik hujan mulai membasahi lantai. Dia menghela nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia segera mematikan lampu bilik dan membuka bajunya sebelum berbaring di atas katil.

Badannya keletihan, matanya dipejam tetapi fikirannya masih ligat mengenangkan Sofia. Berkalih tidurnya ke kiri ke kanan tidak juga selesai masalahnya. Dia menghempas-hempaskan badannya.

Dia melihat jam di telefonnya. Sudah 2 jam dia cuba untuk melelapkan mata. Hujan lebat diluar tidak membantu tidurnya. Dia menuju ke tingkat bawah sambil memicit-micit bahunya. Sempat dia mengerling bilik Sofia. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia merempuh bilik itu.

Langkahnya terhenti. Sofia yang memegang gelas berdiri di hadapannya segera tunduk melihat lelaki itu tanpa baju. Sebelum sempat Sofia berkata apa-apa dia menarik wanita itu ke ruang tamu. Sofia meronta-ronta hendak melepaskan diri namun pegangan tangan Emir kejap.

"Lepaslah!" Sofia menarik tangannya. Suaranya cuba dikawal agar tidak menganggu isi rumah itu.

"I will but only if you agree to talk," Sofia memandang tangan Emir kemudian mengangguk.

Emir mengangkat kedua belah tangannya paras bahu. "We need to talk,"

Sofia meletakkan gelas dipegangnya atas meja. Sesaat dua saat dia memandang lelaki itu tanpa bersuara sebelum membuka langkah seribu. Emir mengejar wanita itu lalu mendepakan tangannya menutup laluan naik ke tangga.

"Really? Kita nak main polis pencuri ke apa?" Emir bernada sarkastik.

Sofia berlari ke arah dapur lalu menapak keluar dari rumah itu. Hujan di luar tidak diendahkannya. Yang dia tahu saat ini dia mahu mengelak daripada lelaki itu. Dia berpusing ke sisi rumah. Langkahnya mati, lelaki itu sudah berada di sana.

"Sofia Irdina!" Suaranya ditinggikan untuk melawan bunyi kerpasan yang membasahi bumi.

"Boleh tak jangan macam budak-budak?"

Sofia meletak jati telunjuknya ke bibir. Bimbang kalau-kalau ada sesiapa terdengar. Emir menarik wanita itu masuk ke dalam rumah.

"Janganlah pegang-pegang. Saya tak sukalah!" Sofia mengawal suaranya.

"Awak ni kenapa keras kepala sangat ni? Dulu awak tak macam ni tahu tak?" Emir menujah dahi Sofia.

Sofia menepis tangan Emir. "Sakitlah!" marah Sofia.

"Kita dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan yang nak dibualkan. Tak ada." Sofia menyeka air hujan di mukanya.

"Siapa kata? Banyak benda yang kita nak cakap. Pasal awak, pasal saya. Pasal kita," Emir menekankan perkataan kita itu.

Sofia tergelak sinis. "Kita? Awak mimpi ke? Cerita kita dah tamat selepas awak ceraikan saya 8 tahun lepas. Awak lupa eh?" Sofia membuka langkah hendak meninggalkan Emir.

Lelaki itu meletakkan kedua tangannya di dinding memerangkap wanita itu daripada bergerak. Serta-merta Sofia menjadi tidak keruan.

"Apa awak buat ni? Awak nak saya jerit ke?" ugut Sofia memukul lengan Emir.

"Jeritlah. Kalau mama bangun. I will tell her everything about us." Emir senyum sinis.

"Dah terlambat Emir. Lapan tahun terlambat," Sofia merenung mata Emir.

"I don't care!" bentak Emir.

"I love you. I still love you," suara lembut Emir menikam-nikam gegendang telinganya.

Kata-kata itu bagaikan halilintar yang menikam terus ke jantung Sofia. "It's too late Emir,"

Sofia menolak Emir sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Emir memegang lengan Sofia.

Mata mereka bertatapan. Tidak terdaya melawan mata Emir. Sofia tunduk. "I'm not doing this," Dia menuju ke tangga.

"I'm sorry, okay? Now will you just talk to me?" Emir mendekati Sofia. Matanya basah.

"No! You don't get to come back after eight years and expect me to give you some answer?" Sofia menolak dada Emir.

"Awak tahu tak macam mana kehidupan saya lepas awak pergi? Awak hilang macam itu aje Sofia! Saya balik rumah, awak dah tak ada!"

"Kehidupan awak? Macam mana dengan saya? Yes, awak suruh saya tunggu awak di rumah. Awak kat mana? Awak bertunang Emir! Dalam tempoh iddah, awak dah move on!"

"Awak ingat saya nak? Saya terpaksa akur dengan permintaan mama. Kalau awak bersabar  sikit, kita tak akan sampai tahap macam ni. Awak yang nak bercerai," kali ini suara Emir bergerar. Air matanya mencurah-curah ke pipinya.

Sofia menarik nafasnya. " Sebab saya dah penat! Setahun Emir, setahun awak buat saya macam perempuan simpanan awak. Bila mama datang, awak sorok saya," Sofia teresak-esak menangis.

"Saya penat! Saya nak awak fight untuk kita! Saya nak awak pujuk saya walaupun saya minta awak lepaskan saya. Saya cakap semua itu sebab saya penat! Saya marah! Saya nak awak pujuk saya tapi..."

"Tapi awak kata awak benci penipu," suara Emir kendur.

"Saya tahu kalau saya pujuk awak. Awak tak akan maafkan saya," Emir memandang tepat ke anak mata Sofia.

"You know the saddest part is, I had many reasons to leave but I choose to stay. You... you had many reasons to stay but you choose to give up," Sofia memegang dadanya.  Sakit menahan tangisan hanya Allah sahaja yang tahu.

Lama mereka diam tidak berkutik. Yang kedengaran hanyalah tangisan kedua-duanya.

"Mama?" Kedengaran suara Farish memanggilnya.

Sofia segera menyeka air matanya dan memanjat anak tangga.

"Sofi, the twins. Are they mine?" Pertanyaan Emir mematikan langkahnya.

"Are they mine?" Ulang Emir.

"Awak rasa kenapa saya namakan Farish, Emir Farish?"

Jawapan Sofia membuatkan Emir terduduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience