Bab 17

Romance Series 33080

~ Kini ~

Kedua-duanya diam selepas mengetahui cerita masing-masing. Sofia mengerling ke arah Emir.

"We're done here, right?"

Emir mengeleng. "Rujuk semula dengan saya, please. Saya nak hidup dengan awak dan anak-anak,"

Sofia gelak sambil menepuk tangannya. Tawanya terhenti apabila terpandang wajah serius Emir.

"Saya tak buat lawak Sofi," suara Emir mendatar.

"You know we don't have future together, Emir. Kisah kita dah lama tamat," Sofia berubah serius.

"You don't know that. Kalau ya pun, so what? I want us to be happy in the present even if that's all we have," pandangan mata Emir redup memandang Sofia.

"Awak nak saya fight untuk kita. I'm doing it now," sambungnya lagi.

Sofia mengeleng. "Saya tak nak terluka lagi. Biarlah saya hidup dengan anak-anak saya. Awak teruskan aje dengan tunang awak,"

Emir memicit dahinya. Rasa geram menapak dalam dada. "Awak ni tak dengarkah atau buat-buat tak dengar? Saya dah kata pertunangan saya tu sebab terpaksa. Faham tak?" Emir mendengus kasar.

"Terpaksa. Faham maksud terpaksa?" Emir menujah dinding pipinya.

"Tak kisahlah terpaksa atau tak, awak dah bertunang," ujar Sofia.

"And I deserve to be happy too,"gumamnya.

"Apa dia?"Emir menyoal. Mukanya ketat menahan marah.

"Tak ada apa. Hantar saya balik, saya kena siapkan pakaian sekolah anak. Please," Sofia menjawab tanpa memandang Emir.

Emir terus membuat pusingan U dan menekan minyak menuju ke rumah Sofia.  Setibanya mereka di rumah Sofia, dia membiarkan wanita itu keluar dari perut keretanya tanpa berkata apa-apa. Sofia mengerling ke arah Emir seraya menghela nafas dalam.

"Terima kasih. Nanti saya contact  awak untuk temukan awak dengan anak-anak."

Emir tidak menjawab. Sofie ketap bibir sambil menutup pintu keretanya. Belum sampai ke pintu rumah, Emir memanggil namanya. 

"Yes! You deserve to be happy. But, not with anyone else but me! Me Sofi, Me! "Emir memukul dadanya.

"Baliklah Emir..."Sofia merenung wajah Emir.

Emir mengangguk. Keretanya hilang dari pandangan Sofia barulah dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia memukul bahunya yang lenguh. 

"Yes! You deserve to be happy. But, not with anyone else but me! Me Sofi, Me!" Mia meniru gaya Emir.  

"Adoilah... Apa nasib badan? Terlepas dari mulut buaya, masuk pulalah ke mulut harimau," rungut Sofia.

Dia merebahkan badannya di atas sofa. Matanya dipejam. Satu pukulan hinggap di pahanya menyebabkan matanya terbuka luas.  Pandangan mata kedua orang sahabatnya itu dapat dibaca jelas.

"Apa yang kau orang berdua fikir. Betulllah tu,"jawab Sofia malas.

"Betul apa?"Mia menarik tangan Sofia.

"Aku penatlah wei," Sofia berbaring semula. "

"Tunggu Hani baliklah ya. Nanti nak kena cerita ulang-ulang aku penat. Topik ni memenatkan tahu tak,"

"Worry not!"Mia keluarkan telefonnya bersedia menekan butang rakam. Kening Sofia bertaut. Otaknya ligat berpusing. Adakah perlu dia maklumkan pada anak-anaknya sekali? Dia memejamkan matanya mengharapkan semua yang terjadi ini hanyalah mimpi buruknya.

"Mama..."panggil Irina. 

Anak kecil itu duduk bersila di sebelahnya diikuti Farish. Wajah kedua anak itu sukar untuk difahami. 

"Uncle yang hantar kita tadi..." Farish tidak menghabiskan ayatnya. Dia memandang Irina. Kerutan dahi Irina jelas kelihatan.

"Uncle tadi tu... Papa kan mama?"soal Irina tanpa teragak-agak.

Mia dan Wafa menutup mulut mereka. Serentak pandangan mereka beralih kepada Sofia. Membuntang mata Sofia.

"Ini papakan, ma. Betul tak?"Irina memegang sekeping gambar.

Sofia menarik gambar itu. Emir! Dia memandang Irina dengan pandangan ingin tahu. Kepalanya mulai berdenyut. 

"Mana Rin dapat gambar ni?"soal Wafa.

"Dalam kotak merah yang mama simpan atas almari,"Irina senyum bangga.

Sofia mengambil bantal, menutup mukanya lalu menjerit. Farish dan Irina terperanjat melihat reaksi ibu mereka segera memeluk Sofia.

"Ma, sorry ma.. Rin minta maaf ya," pujuk Irina.

"Ayish pun... Maafkan Ayish ma. Tapi, yang selongkar barang-barang mama bukan Ayish ma, Rin ma..."

"Ala bagitahu ajelah Sofi. Anak-anak kau ada hak nak tahu siapa bapa diorangt,"Mia bersuara.

"Eh kau ni. Sabarlah.. Biar dia aje yang buat keputusannya," bantah Wafa.

Irina dan Farish mulai saling menolak. Mia dan Wafa pula saling berdebat. Suara meraka memenuhi ruang tamu rumah mereka.

"Stop!!!" jerit Sofia.

Mereka semua terdiam. Mata semua menghala ke arah Sofia yang sedang bercekak pinggang. Wajahnya merah padam.

"Rin! Siapa suruh selongkar barang mama? Rin tahukan mama tak suka!"

"Ayish, boleh tak jangan betray your twins? Kalau mama dah mati, kamu cuma ada each other,  tahu tak?"

"Aku tengah fikirlah ni nak bagitahu anak-anak. Cuba bersabar sikit!" Mia dijeling tajam.

"Kau!" Sofia menunjuk muka Wafa.

"Thank you." suaranya kendur.

Emir merebahkan badannya di sofa. Matanya dipejam dengan tangannya diletakkan di atas dahi.  Selepas perbualannya dengan Sofia tadi, berbakul-bakul perkara menyesak dalam fikirannya. 

Dia menuju ke taman di tepi rumah mereka dan duduk di buaian yang sering memberikan keselesaan padanya.  Udara petang yang sejuk ditemani dengan bunyi desiran bunga-bunga mamanya sangat menenangkan. 

"Hei, kenapa muka ketat aje ni?"Datin Fauziah duduk di sebelahnya.

"Tak ada apa-apa ma. Penat sangat kerja kot, lama sangat tak duduk ambil angin kat luar ni,"Emir senyum nipis.

Elly datang membawa minuman panas dan goreng pisang lalu diletakkan di atas meja. Dia duduk di hadapan Emir. "Lawa tak Sofi, ngah?" Elly senyum mengejek.

"Elly..."Datin Fauziah memukul lembut paha Elly.

"Taklah ma.. Kalau Elly jadi kak Isha, Elly tak nak bertunang dengan angah ni. Awkward ma,"Elly memperlahankan suaranya.

"Dah papa yang beria sangat nak teruskan hubungan keluarga dengan pak cik Is. Mama pun tak boleh nak buat apa,"

"Kalaulah awak kita kenal dengan Sofi, boleh aje terus jodohkan dengan angah,"sambung Datin Fauziah.

"Macam mana mama kenal dengan dia ma? Dia tak ada suamikah?"Emir menyoal.  Dia cuba mengawal riak wajah ingin tahunya.

"Dia housemate  Elly masa study dulu. Tapi dia lambat sikit habislah sebab dia ada tangguh setahun kalau tak silap. Dia belajar sambil bekerja dengan anak kembar lagi. Kesian sangat ngah," sampuk Elly.

"Kesian?" Emir meneguk kopinya. Matanya tidak lepas memandang adiknya.

"Sem 3 kalau tak silap, dia pengsan masa tunggu bas nak balik. Masa tu, mama dengan papa datang ambil Elly. Kami yang jumpa dia. Terus aje bawa ke hospital. Doktor bagitahu dia anemia," cerita Elly.

"Mama nampak dia masa tu automatik teringat masa mama mengandungkan angah dengan along. Relatable sangat. Tapi, masa mama dulu ada tok ma yang jaga. Sofia ni, memang sendiri aje, mama dah meninggal. Ayahnya pula entah kemana,"dahi Datin Fauziah berkerut.

"Kawan-kawan dia? Elly ni? Kau tak function eh dik?" Emir menguis bahu Elly.  

"Kawan-kawan dia ada tapi ngah, masing-masing dengan komitmen. Lain yang tengah belajar lain lagi yang tengah kerja. Yang paling hati mama sedih sangat tu, dahlah dia mengandung kembar, nak makan apa-apa tak dapat. Dia muntah tu non-stop," sambung Darin Fauziah. Terbayang-bayang wajah Sofia masa itu.

"Kalau angah ingat ada sekali papa ja balik. Mama tinggal. Masa tu mama jaga Sofi. Dia jatuh, dagu koyak lepas tu kaki pula terseliuh. Mana dapat nak bergerak,"sambungnya lagi. 

Emir khusyuk mendengar butir bicara mamanya. Dia segera menundukkan kepalanya mengelak daripada kedua-dua wanita dihadapannya menangkap perubahan riak mukanya. Matanya yang panas digosok beberapa kali menghalang air jernih melimpah keluar.  

"Alhamdulilah, anak-anaknya pun dah besar. Kalau angah single, mama sanggup terima Sofia tu tahu tak,"Datin Fauziah senyum menampakkan sebaris gigi putihnya.

"Ala ma... Belum kahwin pun. Boleh lagi tu,"Elly memasukkan goreng pisang ke dalam mulutnya. Pukulan Datin Fauziah segera dielakknya.

"Cuba mama cakap dengan papa. Boleh tu,"Elly membuka langkah sebaik sahaja Datin Fauziah berdiri mendekati anak bongsunya itu.

Emir menghela nafas dalam. Ya, lapan tahun lalu dia juga terkesan dengan penceraian itu tetapi tidak sesakit Sofia. Dia menekan-nekan telefonnya membiarkan mama dan adiknya berdebat di sebelahnya.

Sofi...When you were here I had no idea, you're the best thing I never knew I needed. But, now it's so clear, I need you here always.

Butang hantar ditekan. Terukir senyumannya apabila tanda kelabu bertukar biru. Dia tidak kisah mesejnya tidak dibalas. Yang dia tahu, wanita itu tahu hati dan perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience