Bab 16

Romance Series 33080

~Lapan tahun lalu~

"Aku tahu kamu berdua perlu ruang. Tapi, aku rasa kau kena bagitahu dia pasal ni," omelan Hani tidak diendahkannya.

Sofia merebahkan kerusi penumpang seraya menutup mukanya dengan kain. Pening kepalanya masih bersisa. Risau kalau-kalau dia muntah lagi.

Perutnya yang mencucuk-cucuk dari tadi dipegang. Bibirnya diketap kuat. Seolah-olah perbuatan itu akan menghalang dirinya daripada muntah.

Sebaik sahaja tiba di rumah agam 3 tingkat itu, dia terpempan apabila melihat gambar Emir dan seorang wanita yang bernama Isha Farisha.

"Sofi... Kau okay?" Hani mengusap belakang Sofia.

Sofia angguk. Tiba- tiba sahaja perutnya memulas dan dia memuntahkan semua isi perutnya. Matanya berair. Terasa berpusing dunianya.

"Bawa aku balik Ni..." rayu Sofia.

Hani memapah Sofia masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan balik, Sofia menangis tanpa suara. Hanya bahunya kelihatan turun naik, sesekali kedengaran esakan halus tangisannya.

'Kenapa aku kena jatuh cinta dekat dia? Kenapa aku lupa yang perkahwinan kami bukan atas dasar cinta?Kenapa aku senang aje maafkan dia? Kenapa aku cintakan kau Emir,' hatinya menjerit sakit.

"Sofi..." Hani mengoyangkan badan Sofi.

"Jomlah masuk. Dah sampai ni," pujuk Hani.

Sofia angguk. Hani membantu sahabat baiknya itu masuk ke dalam rumah.

"Rehat dulu. Jangan banyak fikir. Kau ingat doktor kata apa tadi, jangan stresskan." Pesan Hani. Dia menutup badan Sofia dengan selimut.

"Nanti Emir balik kau cakaplah dengan dia ya," Hani usap lembut rambut Sofia.

"Kau dah nak balikkah?"  Soalan Sofia dibalas dengan anggukan.

Sofia terus duduk dan memeluk erat sahabatnya itu. Tangisan yang pada mula hanyalah esakan halus bertukar kuat.

"Aku tak boleh Ni.. Aku tak boleh..." dalam tangisan Sofia membuka bicara.

"Aku tak nak tinggal sini. Aku boleh gila Ni... Dia dah move on padahal aku masih di sini. Iddah pun tak habis lagi Ni dia dah bertunang," Sofia memukul-mukul dadanya. Pipinya sudah dibasahi oleh air jernih yang meluncur lajundari matanya.

Hani menahan tangan Sofia. "Sofi... Jangan macam ni. Aku sakit tengok kau macam ni," Air matanya mulai gugur.

Sofia merentap tangannya. Dia menyambung semula memukul dadanya. "Aku tak dapat bernafas Ni.. Aku tak dapat bernafas. Tolong aku Ni. Tolong aku! Ya Allah Ni dada aku sakit Ni," Sofia berdiri sambil menjerit.

Dia menolak semua barang yang ada di meja soleknya. Tidak cukup dengan itu, dia menarik lamgsir yang menutupi tingkap biliknya. Sofia seperti kerasukan memusnahkan barang-barang dalam biliknya.

"Mengucap Sofi... Jangan macam ni aku takut..." esakan Hani mulai kedengaran bersatu dengan tangisan Sofia yang suda mengila.

Hani menghubungi jeremy. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,"

Hani membuang telefonnya apabila melihat Sofia jatuh tertiarap. Dia menjerit kesakitan.

"Ya Allah... Sofi, jangan macam ni," luka ditangan Sofia diimbas seketika. Kaca yang melekat di telapak tangan Sofia dicabut perlahan.

"Sofi... Ingat Allah. Kau mengandung Sofi. Kalau ada apa-apa jadi dengan kau dengan baby dalam perut kau. Macam mana aku nak jawab Emir?" Hani memeluk Sofia.

Sofia gelak. Hani pandang wajah Sofia seketika. Sesaat kemudian, Sofia kembali teresak-esak menangis.

"Bawa aku ke KL ni. Aku tak nak stay sini jadi orang bodoh. Aku tak nak harapkan apa-apa dah. Bawa aku ya," Sofia memegang kedua belah bahu Sofia.

"Aku merayu Ni," air mata Sofia yang masih membasahi pipi diseka Hani seraya mengangguk.

Sofia mengemas kesemua barangnya yang dibawa semasa dia mulai tinggal di rumah ini. Dia meninggalkan satu nota untuk Mak Jah, pembantu rumah Emir. Dia meneliti keadaan rumah itu sebelum dia keluar. Air matanya diseka dengan hujung baju.

Matanya tidak lepas dari memandang rumah itu dari cermin sisi kereta. Air matanya semakin galak meninggalkan tasik bundarnya.

'Selamat tinggal Emir,'

Sebaik tiba di rumah Hani, dia terus baring mengerekot di sofa tanpa mengendahkan pesanan Hani untuk menjamah makanan yang dibeli mereka tadi. Pandangannya kabur dek air mata yang tidak mahu berhenti mengalir. 

"Ni..."panggil Sofia. Dia menghulurkan tangannya. Hani yang sedang mengemas barang bergegas mendekati Sofia.

"Tolong aku Ni.. Aku ta..." Sofia menarik nafasnya.

"Aku tak... Aku tak boleh bernafas..." Sofia mengengam tangan Hani. 

Hani menangis melihat betapa kecewanya Sofia saat ini. Dia segera menghubungi Wafa. Wafa yang berada di Selangor turut panik. 

"Sofi.. Hei, aku ni.. Wafa.. Kau dengar tak?" Wafa menahan tangisannya sebaik sahaja gegendang telinganya disapa dengan suara tangisan Sofia.

"Tarik nafas guna hidung lepas tu hembus guna mulut. Boleh?" sambung Wafa lagi.

Sofia menumbuk-numbuk dadanya. "Fa... Kenapa sakit macam ni? Aku tak faham kenapa aku sakit macam ni Fa," 

"I'm so sorry.. . Let's try together okay?" pujuk Wafa.

Sofia menuruti ajaran Wafa beberapa kali sehingga pernafasannya kembali normal. Dia memegang perutnya. Sesaat kemudian, dia berlari menuju ke tandas mengeluarkan isi perutnya yang sudah kosong itu.

"Apa aku nak buat ni Fa?" soal Hani. 

"Kau kena kuat untuk Sofia. Aku tunggu di airport nanti ya," 

Usai berkemas, mereka terus menuju ke lapangan terbang. Selepas 2 jam 30 minit, mereka tiba di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja Wafa ternampak sosok tubuh Sofia. Dia berlari mendapatakan sahabat baiknya itu.

"Aku minta maaf," dia memeluk erat Sofia.

"Aku janji aku sendiri akan jaga kau," Wafa mengusap rambut Sofia.

"Jom..." dia menyilangkan tangannya di lengan Sofia.

Apabila mereka tiba di ruang menunggu kereta. Langkah Sofia terhenti sebaik sahaja matanya bertembung dengan Mia. 

"Jomlah... Sampai bila kau nak marah dia? Dia aje ada rumah kat KL ni," bisik Wafa.

Dalam sedunya dia masuk ke dalam kereta tanpa menegur Mia. Beberapa minit kemudian Hani masuk ke dalam perut kereta. Kereta mulai menelusuri jalan yang tampak asing buat Sofia.

"Dah tidurkah?" Mia bersuara. Hani mengerling ke ara Sofia. Matanya tertutup rapat.  

"What happen?"  soal Mia sebaik sahaja Hani mengangguk.

"Long story short, She's pregnant and now, Emir is someone fiancé,"

"She's in love with Emir but she asked for a divorce?" Mia mengeleng kepalanya.

"Kau bercakap kadang-kadang tak fikirkan?" Wafa mulai bersuara keras.

"Okay guys. Please, tak payah gaduh. Kita kena tolong Sofi. Kita aje yang dia ada sekarang ni," Hani memberi peringatan.

"Aku dah cek application job dia. Macam dia dapat kerja ni kat KPT," ujar Hani lagi.

"Kita kena tolong dia. Aku tak pernah nampak dia macam ni. Ini semua salah kita," wafa menmandang Sofia.

"Kita buat semua ni untuk kebaikan dia. Mana kita tahu yang plan kita backfire,"  kata Mia.

"And who knows? He fell for her first," sambung Mia lagi.

"But she fell harder," Hani separuh berbisik.

Suasana dalam kereta menjadi sunyi. Masing-masing mengakui kebenaran kata-kata Hani. Kalau tidak, mustahil Sofia akan sesakit ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience