Bab 19

Romance Series 33080

"She's gone..." lapor Jeremy.

Jeremy menunjukkan gambar yang diterima daripada pekerja mereka tadi. Bilik Sofia kosong. Emir menghentak meja. Mukanya diraup beberapa kali. Dia menekan skirn telefonnya.

"Dia off  telefon..." kukunya diketuk-ketuk di atas meja. Lidahnya mulai bergerak menyucuk dinding pipi. 

Sekali lagi dia meletakkan telefonnya di telinga. "Assalamualaikum, Dil.."

"Apa kau buat kat Sofia ni?" tanpa menjawab salam Emir suara Aidil kasar kedengaran.

Emir menghela nafas dalam. " I lost control. I got mad at her," suara Emir kendur.

"Dia kata kau malukan dia depan semua orang. Dia menangis tak berhenti sejak dari tadi aku ambil dia," cerita Aidil.

"I'm coming..." dia terus mematikan talian. 

"Tuan..." panggil Jeremy. Emir terus menekan pedal minyak.

Sesampainya dia di rumah Sofia, dia memberi salam beberapa kali namun tiada siapa menjawab.

Pls come out. I need to talk to u

Seminit, Aidil yang keluar dari rumah. Dia menghampiri Emir dengan kerutan jelas di mukanya. Emir membasahkan bibirnya.

"Sofia mana? Aku nak jumpa dia," mata Emir kini tertumpu pada pintu rumah Sofia.

"Dia tak nak jumpa kau. Look what you've done," Aidil membuka tapak tangannya. Sim kad kecil yang dipatahkan berada di dalam tangannya.

Emir pandang wajah Emir dengan penuh tanda tanya. Dia mengambil sim kad itu, "Apa ni?" 

"Dia patahkan sim kad dia. Dia tak nak jumpa kau lagi. Dia dah warn kami, kalau kami bagi nombor dia yang baru dengan kau. Dia tak nak jumpa kami lagi," cerita Aidil.

Emir menarik nafas dalam sambil mencekak pinggangnya. Wajahnya tampak tegang. 

"Since kau dah datang ni aku rasa aku kena bagitahu kau juga," Aidil mengajak Emir masuk.

Emir mengekori Aidil masuk ke dalam rumahnya. Dia duduk di atas sofa sambil memandang tangga rumah Aidil.

"Kau pandang tangga tu sampai tangga tu roboh pun tak ada gunanya. Adik aku tinggal kat sebelah," Aidil gelak kecil.

"Kau ni, aku kata bodoh nanti kau marah. Dah elok dah Sofia tu nak bercakap dengan kau demi anak-anak. Kau cari pasal pula," Aidil menyandarkan badannya.

"Memang aku bodoh pun..." Emir menjawab perlahan.

"Weh... Kau siapa? Mana kawan aku?" Aidil duduk tegak. Jarang benar dia mendengar lelaki itu akur dengan kata-katanya.

"Aku ajak dia rujuk, dia kata banyak benda nak kena fikir. Tapi, dia terima pula jadi girlfriend  Alvin," keluh Emir.

Aidil terpandang tangan Emir yang berbalut. "Tu dah kenapa?" 

Emir memandang sekilas tangannya. " Tak ada apalah," Emir geleng.

"Marah betul kau ya? Kau tumbuk apa?" soal Aidil.

Terbayang di tubir matanya cermin yang pecah di biliknya tadi. Kalau tidak disebabkan Jeremy menghampiri dia sendiri tidak menyedari penumbuknya sudah berdarah. Pembantunya itu segera membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Apa yang kau nak bagitahu?" tanya Emir tanpa menjawab soalan Aidil. Mereka berpandangan.

"Khaleel?" Emir bertanya lagi.

Hampir tersembul keluar mata Aidil memandang Emir. "Dia cari kau juga?" 

Emir mengangguk. " Dua hari lepas. DIa hantar mesej ni..."

Emir menghulurkan telefonnya pada Aidil. Jantung Aidil berdegup kencang memikirkan kemunculan Khaleel semula.

 I'll be coming for you. I will take what is supposed to be mine.

"Abah aku datang tadi, dia nak jumpa Sofi," cerita Aidil.

Mereka sekali lagi berpandangan. Mereka dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan mesej yang diterima Emir.

"Aku tak bagitahu Sofi lagi ni," Aidil memicit tengkuknya.

"Tak payah bagitahu. Nanti aku fikirkan cara untuk pastikan tak ada apa-apa berlaku," Emir cuba menyakinkan Aidil.

Aidil pandang Emir sambil tersenyum sinis. "Nak fikirkan apa lagi? Kalau kau tak mengamuk tadi, sah-sah kau boleh protect adik aku," 

"Tak apa aku ada caranya. Dia tak nak jumpa aku, dia tak nak aku tahu nombor telefon dia. Tak apa. I have my own ways to protect her," 

"Aku kenal abah aku Mir... Dia pun ada cara untuk dapatkan apa yang dia nak. Azam Jaya tu memang dia idamkan selama ni. Itu aje syarikat yang banyak dapat tender buat jalan kat Sabah ni," 

"Lagi senang kerja aku. Sambil menyelam minum air," Emir gelak kecil.

"Yalah, aku bagi aje abah kau duit atau apa-apa dia nak. Dapat rujuk semula dengan Sofia," tambah Emir.

"Jangan main gila dengan abah aku. He will squeeze you until you have nothing left to offer. Abah aku tu opportunist Mir," 

"Aku bersyukur sangat dia tak tahu kau siapa. Nasib baik juga kau ni low profile. Tak ada gambar terpampang kat mana-mana," sambung Aidil.

Emir mengangguk sahaja mendengar cerita Aidil. Rasa simpatinya mengunung mengenangkan nasib Aidil dan Sofia. 

"Okay, first thing first. Aku ambil balik kereta aku tu ya. Esok pagi aku datang ambil kau. Kita pergi cari kereta untuk Sofia," ujar Emir.

Dia meminta diri untuk balik. Banyak perkara hendak diselesaikan dalam masa yang singkat. Dia bersalaman dengan Aidil. 

"By the way, Sofia kata kalau kau nak jumpa anak-anak. Kau kena melalui aku," 

"Emir mendengus. "Semua salah Alvin. Apa pasal dia nak mengorat Sofia? Aku nak pujuk dia rujuk balik dengan aku tahu tak?" bebel Emir sambil memakai kasutnya. 

"Assalamualaikum. Jumpa esok," dia mengangkat tangannya sebelum masuk terus ke dalam perut kereta.

Dikerling rumah Aidil dan Sofia lama. Terukir senyuman di bibirnya. 'Ini lagi senang,' bisik hatinya.

Pagi itu, dia sudah tercongok di hadapan rumah Aidil bersama Jeremy. Dia mengerling jam di dashboard sudah menunjukkan jam 6.30 pagi. Sempat dia bertemu dengan anak-anaknya sebelum mereka ke sekolah tadi. 

"Thank you so much," ucapnya memandang Wafa. Wafa mengangguk.

"Papa, kenapa mama menangis semalam? Papa marah mama?" soal Farish.

"Tak sayang. Papa yang ada buat salah dekat mama," jawab Emir.

"Nanti papa minta maaf dengan mama ya," Emir memeluk keduanya sebelum mereka memanjat kereta Wafa.

Ketukan di tingkapnya, membuatkan dia terkejut. Aidil terketawa besar melihat gaya Emir. 

"Kau fikir apa? Berangankan Sofia lagikah?" usik Aidil.

Dengkuran Jeremy mematikan bicara Aidil. "Kau ni tak kena saman ke? Anak orang ni kau tak bagi balik rumah eh?" Aidil tunjuk Jeremy yang terbongkang tidur di kerusi belakang.

"Lepas ni aku lepaslah dia," jawab Emir bersahaja. Dia menguap besar.

"Kau ada tidur tak ni?" Aidil menilik muka Emir.

Emir mengurut tengkuknya. "Nanti lepas ni aku tidur," jawab Emir terus menekan pedal minyak.

Selepas menempuhi kesesakan lalu lintas, mereka akhirnya tiba di sebuah gudang kereta. Jeremy mengeliatkan badannya. Seorang lelaki cina bernama Ken mendekati Jeremy. 

"Bos, ini yang you minta," kunci kereta bertukar tangan. Jeremy terus menuju ke kereta Proton Iriz berwarna hitam itu. 

"Yang saya minta ada?" soal Emir. Rokok yang disuakan Ken diambil lalu diletakkan di bibirnya.

Ken meraba-raba poketnya mencari mancis sebelum dinyalakan rokok di bibir Emir. "Beres bos. GPS ada, auto shut down engine," Ken menaikkan dua ibu jarinya ke arah Emir.

"You download ini apps saja," Ken menyuakan telefonnya pada Emir. 

Selepas mengajar Emir dan Aidil. Trio itu segera menuju ke rumah Aidil yang terletak di Taman Greenview. Dari kajauhan, dia nampak ada dua buah lori sendang memunggah barang masuk ke rumah bernombor 12 di sebelah rumah Sofia.

"Eh, ada jiran barulah..." bisiknya.

"Nanti kau pandailah ya goreng. Yang penting dia kena guna kereta ni," Emir menyerahkan kunci pada Aidil.

"Kereta aku ni... Aku tarik baliklah ya," Emir berseloroh diikuti gelak Aidil.

"Terima kasih Mir," Aidil memeluk Emir lama.

"Aku dah janjikan aku akan tolong kau lepas kau tolong aku dulu," Emir menepuk bahu Aidil.

"Okay, aku balik dulu. Assalamualaikum," Emir menghidupkan keretanya yang sudah lama diparkir di garaj Aidil.

"Waalaikumsalam. Hati-hati memandu," pesan Aidil.

Emir mengundurkan keretanya lalu berhenti di tepi rumah nombor 12 itu. Aidil terkebil-kebil memandang Emir yang bersahaja melambai ke arahnya. 

Dia segera menjawab panggilan Emir. "Aku jiran baru kamu," Emir tersenyum nakal.

"Seriuslah?" soal Aidil. Kakinya laju melangkah menuju ke rumah itu.

"Yalah! Aku dah sewa rumah ni. Lepas ni senang nak lepak dengan kau. Senang nak jumpa anak-anak aku," Emir bersuara riang.

"Anak-anak aje? Mama diorang?" soal Aidil sambil mematikan panggilannya.

"Sekalilah tu. Senang aku nak protect dia kalau aku dekat," Emir pandang Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience