Bab 23

Romance Series 33257

Sofia akhirnya berjaya mendapatkan perintah perlindungan dari mahkamah terhadap ayahnya, Sofian. Dengan perintah itu, dia berharap dapat melindungi dirinya dan anak-anaknya dari ancaman yang terus menghantui mereka.

Namun, Sofian tidak putus asa. Setiap hari selama seminggu, dia terus menghubungi Aidil mendesak untuk bercakap dengan Sofia. Aidil, yang sudah muak dengan gangguan tersebut, memberi amaran keras kepada ayahnya. 

"Ayah, jangan desak kami lagi. Kalau ayah terus ganggu, ayah akan menyesal."

Ancaman itu membuat Sofian marah besar. "Kau tak tahu siapa kau berdepan, Aidil. Aku akan buat apa saja untuk buat Sofia menyesal dan tunduk pada aku, walaupun terpaksa buat dia koma!"

"Sampainya hati abah. Sofia tu anak abah tahu tak?" marah Aidil. Sofian mematikan terus panggilannya. 

Sofia yang sedang bekerja menekan skrin telefonnya selepas telefon itu bergetar, dia serta-merta berhenti melakukan tugas hakikinya. 

Ayah non stop call aku sepanjang minggu. Dia nak cakap dengan kau. Pls, be carefull sis.

Thanks for the heads-up

"Sofia, petang ni jom kita keluar makan malam. Saya dah tempah meja di restoran kegemaran awak" kata Alvin dengan penuh harapan.

Sofia teragak-agak seketika, tetapi kemudian mengangguk. "Baiklah. Petang ni kita keluar."

Habis waktu kerja, Sofia balik sekejap di rumahnya sebelum dijemput Alvin. Alvin memilih sebuah kafe yang nyaman di tepi pantai sebagai tempat pertemuan mereka. Suasana yang tenang dan angin sepoi-sepoi membuatkan hati Sofia berasa sedikit lega. Namun, perasaannya tetap berkecamuk.

Semasa makan malam, Alvin memandang Sofia dengan penuh kasih. "Sofia, saya sayangkan awak. Saya tahu ini mungkin nampak macam tiba-tiba, tapi saya betul-betul serius dengan perasaan saya."

Sofia menarik nafas panjang sebelum mula bercerita. "Alvin, ada sesuatu yang awak perlu tahu,"

Sofia memandang Alvin. Rasa bersalah pada lelaki itu mengunung. " Saya... Saya tak boleh beri komitmen sepenuhnya sekarang. Ada banyak perkara yang sedang berlaku dalam hidup saya."

"Lagipun, masa tu saya tak nak malukan awak depan semua pelajar," Sofia berterus terang.

Alvin cuba memegang tangan Sofia tetapi Sofia menarik tangannya. "Saya tahu... Saya nampak riak muka awak masa tu tapi saya tak kisah,"

"I'm sorry," Sofia menemukan kedua belah tapak tangannya.

"It's okay. Tapi, apa kata kalau kita cuba untuk sebulan? Kita tengok bagaimana hubungan kita berjalan," Alvin senyum manis.

Sofia terdiam seketika, kemudian mengeleng perlahan. "Tak boleh, Alvin. Bekas tunang saya muncul semula, dia ajak saya kahwin," kali ini wajah Alvin berubah.

"Awak nak kahwin dengan dia?" mata Alvin membuntang menatap wajah Sofia. Sofia mengeleng.

"Kita cuba sebulan. Mana tahu, dia nampak awak dah ada kekasih, dia terus tak jadi nak kahwin,"

Sofia diam. 'Ada betulnya juga. Kan dia nak kahwin dengan aku sebab aku single,' bisik hatinya.

"Selepas sebulan, kalau hati awak masih tak rasa apa-apa.Kita tetap kawan," Alvin menambah. Sofia angguk tanda setuju.

Selepas makan malam, Alvin menghantar Sofia pulang ke rumah. Namun, ketika mereka tiba di hadapan rumah, Sofia terkejut melihat Emir sedang berdiri di luar, menunggu.

Emir memandang Sofia dengan wajah yang sukar dibaca. "Awak pergi mana, Sofia? Saya dah lama tunggu."

Sofia membalas dengan nada sedikit kasar, "Saya nak pergi mana, itu bukan urusan awak, Emir. Awak tak perlu risau saya, keluar dengan Alvin."

"Kenapa awak sentiasa nak campur tangan dalam hidup saya, Emir?" tanya Sofia dengan nada marah.

Emir menarik nafas panjang. "Saya cuma risau tentang anak-anak kita, Sofia. Dan saya...saya masih peduli tentang awak."

Sofia menggigit bibirnya, cuba menahan emosi yang bercampur baur. "Awak tak ada hak untuk peduli tentang saya lagi, Emir. Kita dah lama berpisah."

Emir mendekat sedikit. "I'm worried sick about your safety. Every time you go out, I can't help but think about all the things that could go wrong. I feel like..." suara Emir bergetar.

"I feel like I'll die if something happens to you," tambah Emir.

Sofia terdiam, terkejut dengan pengakuan Emir. Namun, sebelum dia sempat berkata apa-apa, Alvin keluar dari kereta dan berjalan mendekati mereka.

"Tuan, can I call you by name? Kerja pun dah habiskan," Alvin menarik Sofia ke belakangnya.

Hati Emir panas melihat tindakan lelaki itu. Pipinya tersembul keluar ditolak dengan lidahnya. Tangannya mengengam penumbuk.

"Emir, saya hargai keprihatinan awak, tapi Sofia sekarang bersama saya. Tolong beri kami ruang," kata Alvin dengan tegas.

Alvin berundur apabila Emir menghampirinya. Dengan suara separuh berbisik dan sinis. "Ruang? Awak nak ruang?"

"Emir, please..." rayu Sofia. Dia segera berdiri di hadapan Alvin. 

Emir mengetap bibirnya. Dia mengangguk perlahan, berundur  beberapa langkah ke belakang. Tanpa berkata apa-apa, Emir terus masuk ke dalam rumah. Sofia hanya memandang belakang lelaki itu sehingga lelaki itu masuk ke dalam rumah.

"Thank you for tonight," Sofia senyum canggung.

"Saya balik dulu. Good night," Alvin meminta diri.

Sofia segera masuk ke dalam rumah dan menutup pintu perlahan-lahan. Dia bersandar pada pintu sambil menghela nafas panjang, cuba menenangkan degupan jantungnya yang masih berdegup kencang. Perlindungan daripada amukan abahnya,'trial relatinship' dengan Alvin, dan perasaan yang bercelaru terhadap Emir membuatkan dia merasa seakan-akan berada di tengah-tengah ribut emosi.

Dia menuju ke dapur kemudian membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air. Sambil meminum air itu, fikirannya melayang kepada perbualannya dengan Alvin. Mungkin memberikan hubungan itu peluang selama sebulan bukanlah idea yang buruk. Ianya mungkin memberi sedikit masa dan ruang untuk dia memikirkan perasaannya yang sebenar, serta menjauhkan ancaman Khaleel buat sementara waktu.

"Banyak fikiran ke?" Sapa Wafa.

Sofia mengeluh. "Macam nak meletup kepala aku,"

"How's your date?" Soal Hani pula yang tiba-tiba muncul.

"Terkejut aku!" Sofia memegang dadanya.

Serentak mereka ketawa. "He's okay. Aku bagitahu dia hal sebenar tapi dia nak cuba sebulan,"

Hani dan Wafa saling berpandangan. "So..." Hani mendekati Sofia.

"Sofia Irdina dah ada boyfriend!" Wafa dan Hani berpelukan.
"Selepas 8 tahun single! Akhirnya!" Hani menepuk tangannya.

"Dengar sini wahai penduduk Taman Greenview! Sofia Irdina binti Sofian, kini bertukar status! Oleh itu, marilah kita membuat kenduri kesyukuran!" Tambah Wafa.

"Yak!Yak!Yeah!" Serentak mereka menari mengikut gaya barkoba dalam 16 puasa.

Mata Sofia berkelip beberapa kali. Wajahnya penuh kebinggungan melihat gelagat kedua sahabatnya itu.

"Aku nak tidur! Good night!" Sofia meninggalkan mereka.

"Good night baby, i love you. Muah muah," mereka mengusik Sofia.

Di dalam biliknya, Sofia segera membersihkan badan dan menukar pakaian kepada baju tidur yang selesa. Dia duduk di tepi katil, matanya merenung ke arah cermin.

"Aku tahu kau penat tapi kau mesti lawan. Sampai bila nak jadi lembu Sofia," dia berkata sendiri.

Sementara itu, Alvin memandu pulang dengan perasaan bercampur-baur. Dia sedar hubungan antara dia dan Sofia bermula atas sebab yang salah, tetapi dia benar-benar berharap Sofia akan memberinya peluang.

"Sebulan," dia berkata kepada dirinya sendiri.

"Aku ada sebulan untuk membuktikan perasaan aku pada Sofia,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience