Bab 27

Romance Series 33080

"Saya rasa kita semua perlu lebih berhati-hati. Pastikan tiada yang pelik berlaku di sekeliling kita," pesan Emir

"Dan satu lagi, Alvin, kalau awak dan Sofia nak keluar dating, guna kereta Sofia. Kereta dia ada GPS tracker,"tambahnya lagi.

Berubah wajah Sofia mendengar pendedahan Emir. Emir dan Aidil senyum canggung.

"Baiklah, Emir. Keselamatan Sofia lebih penting sekarang,"jawab Alvin. Wajahnya yang tadi ketat berubah kendur. Dia memandang Emir dengan senyuman seakan-akan berterima kasih.

Sofia tidak berpuas hati. "Excuse me? GPS Tracker?"

Emir tersenyum nipis. Dia menyiku Aidil yang berpura-pura tidak mendengar soalan Sofia. Huh? Oh... Eh... Kami buat semua untuk keselamatan kau,"

"Mama..."panggil Farish dari tingkap kereta.

"Cepatlah balik... Ayish dengan Rin dah lapar ni,"mulut Farish muncung sedepa.

Sofia mengoles lembut pipi Farish. "Yalah sayang... Jom kita balik,"

Sofia hendak membuka pintu kereta Emir tetapi lengannya ditarik Alvin. "Nanti kita jumpa kat rumah ya. Uncle ajak mama beli makanan dulu,"

Farish terus menyandar dan menyilangkan tangannya ke dada. Emir yang baru masuk ke perut kereta tersenyum melihat gelagat anak lelakinya.

"Dah kenapa anak papa ni?"

"Ayish tak suka uncle tu. Ayish nak mama balik dengan papa," luah Farish.

"Balik dengan papa atau balik dengan uncle Alvin. Sama aje sayang. Tetap balik kat rumahkan," Emir memujuk.

"Pa, kenapa rumah papa dan mama lain? Tak bolehkah duduk satu rumah?" Irina pula menyoal.

Emir terdiam. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus memandu balik ke Taman Greenview.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Emir menghantar anak-anaknya masuk ke dalam rumah. Hani dan Wafa yang juga baru tiba terus menyambut anak kembar itu.

"Papa tak jawab lagi soalan Rin," Irina menghentakkan kakinya.

"Apa sayang?" Emir merendahkan badannya. Matanya separas mata Irina.

"Kenapa rumah papa dengan mama lain? Rin nak satu rumah aje," wajahnya masam mencuka.

Emir pandang Wafa mengharapkan bantuan. Wafa cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Rumah banyak baru best. Kalau satu rumah aje, bosanlah."

Emir menoleh. Alvin beriringan dengan Sofia menjawab soalan Irina.

"Sorry sayang," Emir mengucup lembut ubun-ubun Irina.

Wajah masam Irina ditatap lembut. Irina menepis tangan Alvin yang hendak memegang pipinya lalu berlari masuk ke dalam rumah.

"Saya balik dulu," Emir meminta diri.

Emir membuka pagar rumahnya. Dia perasan kereta Elly diparkir di hadapan rumahnya. Jeremy yang sedang duduk di laman mengiringi lelaki itu masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," dia memberi salam.

Elly yang sedang baring terus duduk. Matanya merenung tajam wajah abang keduanya itu.

"Waalaikumsalam, angah pergi mana? Lama Elly tunggu,"

"Ada urusan sikit. Kenapa kau datang ni dik? Mama suruh jadi spy?" Sindir Emir.

Dia menolak Elly dari sofa. Kemudian ganti berbaring. Paginya terganggu dengan babak hangat Alvin dan Sofia.

Elly dan Jeremy berpandangan. Elly menyerahkan sampul coklat cair pada Emir.

"Apa ni?" Soal Emir sambil membuka sampul itu.

Dia segera duduk sebaik sahaja terbaca isi sampul itu.

"Mana kau dapat ni dik?" Tanyanya dengan panik.

"Pak guard kat pejabat kata ada yang bagi semalam suruh serahkan dengan Datuk," Jeremy menjawab.

"Papa nampak?" Soal Emir lagi. Elly geleng.

"Inikah punca penceraian angah dengan Sofia? Sebab kontrak ni?" Elly bertanya.

"Cerai?" Emir teragak-agak menjawab. Matanya berkalih ke arah Jeremy.

Elly membetulkan duduknya. Dia menghela nafas dalam. "Angah tak payah nak berlakonlah. Elly dah dengar semua perbualan angah dengan Sofi,"

Emir terdiam sejenak, kemudian mengangguk perlahan.

Elly berdiri lalu memukul lengan Emir. "Apa kau dah buat ni ngah?!"

"Kontrak ni wujud sebab kami nak protect Sofia," Emir tunduk. Dia memicit dahinya.

"Adalah saya Emir Faiz Emran akan memberikan 60% saham dalam hotel yang bakal ditubuhkan kepada Mohammad Khaleel Lee Khalid dengan syarat berikut. Encik Mohammad Khaleel bersetuju untuk memutuskan pertunangan dengan Sofia Irdina dan Encik Mohammad Khaleel Lee Khalid adalah dilarang mendekati atau berjumpa dengan Cik Sofia Irdina Sofian. " Elly membaca initipati kontrak di tangannya.

"Elly tak faham satu benda ngah, kenapa angah buat semua ni? I mean do you know her before you got married with her?" Elly mencekak pinggangnya.

"Aku nak tolong Aidil selamatkan adik dia macam mana dia tolong aku selamatkan kau dulu dik," Emir meraup mukanya. Elly terus terkenangkan saat dia kemalangan dan perlukan darah dengan segera. Aidil sudi membantu tanpa teragak-agak.

"Aku tak pernah kenal dia siapa pun tapi aku kenal Khaleel. Aku kotakan janji aku dengan Aidil untuk balas balik apa yang dia tolong aku dulu. Tapi, plan kami backfire," tambahnya lagi.

"Kenapa angah kahwin senyap-senyap?" Elly bertanya.

"Papa nak aku settle down dengan Isha. Kalau aku bagitahu papa, kau rasa papa masih nak anggap aku anak?" Soal Emir pula.

Elly diam.Terngiang-ngiang suara papa selepas kematian Emir Faiq 9 tahun lalu.

"Kenapa kau tak mati aje? Sepatutnya kau yang mati bukan Along!"

"Niat aku nak membantu aje, Dik." Kendur suara Emir.

"But I fell for her... And now, she is moving on with her life. While me still lost," ujar Emir.

Elly memandang wajah Emir lama sebelum mendekati abangnya lalu memeluk erat satu-satunya abangnya.

"Angah nak teruskan dengan Isha juga?"

Emir senyum nakal. "Ngah, apa lagi rancangan angah ni?"

"Lagi satu, mama. Mama berhak tahu yang si kembar tu cucu kandung dia. Ni nasib baik Elly yang dapat benda ni. Kalau mama, macam mana kau nak jawab?"

"Aku janji aku sendiri yang akan bagitahu mama tapi... bagi aku masa,"

Elly menjeling Emir tanda tidak berpuas hati. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengetuk kepala Emir.

"Kesianlah dekat kawan Elly tu ngah!" Elly mendengus.

Di rumah Sofia, dia sedang berbincang dengan Hani dan Wafa tentang keselamatan mereka.

"Aku rasa kita perlu buat sesuatu untuk pastikan keselamatan kita. Mungkin kita boleh pasang CCTV atau apa-apa langkah keselamatan tambahan," cadang Sofia.

Wafa mengangguk.  "Aku setuju. Kita tak boleh ambil risiko lagi."

Sofia tersenyum, rasa lega sedikit dengan sokongan Wafa.

Sofia memandang Wafa dan Hani. Matanya berkaca. "Sorry guys... Sebab aku, porak peranda kehidupan kau orang berdua,"

"Kita kan permah berjanji, susah senang tetap bersama. Tak akan nak biarkan kau seorang nak hadap semua ni?" Hani memeluk Sofia.

"Aku tak tahu apa dosa aku dengan abah aku sampai dia sanggup buat semua ni. Tak pasal-pasal, kamu semua terlibat." Sofia mulai menangis. Rasa bersalahnya berbak-bakul. Hani juga mulai menangis.

Wafa memandang kedua-dua sahabatnya itu dengan kerutan jelas di dahi. "Kenapalah aku ada kawan drama queen macam kamu ni?"

"Kau tu tak payah nak nangis sangat, sekurang-kurangnya kau tu dah ada boyfriend," Wafa bersuara.

Serentak Hani dan Sofia memandang Wafa. " apa kaitan hal aku dengan boyfriend?"

"Kau menangis macam mana pun tetap ada yang memujuk, kami ni? Asyik aku pujuk dia," Wafa tunjuk muka Hani.

Sofia ketawa. Air matanya dikesat. "Kau emosi ni sebab kau nak boyfriend ek?

"Mama aku call nak kahwinkan aku tahun depan kalau aku masih tak ada calon. Aku tak
nak..." Wafa tiba-tiba merengek.

Suasana sayu tadi bertukar menjadi riuh dengan gelak tawa mereka bertiga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience